Salam,
Makin lama mood nak berblogging makin tak ada,ditambah dengan masalah teknikal kat dalam blog ni.Tak tahu apa masalahnya bila setiap hari penggunaan sehingga 30GB!!sampai selalu sangat blog down.Kata FIVIO,sekarang ni unlimited set up,entah lah..dah lah kita ni tak pro bab2 nak settle masalah ni semua.Nak duduk google sendiri macam mana nak selesaikan pun tak berapa ada masa apatah lagi nak pergi tanya kawan-kawan yang lagi pro,almaklumlah..cikmin ni dah lah lama tak berblogwalking blog kawan-kawan..bila ada masalah baru nak cari kawan..ada jugak nanti kena sedas dua..
Makanya,redha je lah buat masa ni.Selagi terdaya nak menulis atau mengadap blog ni..buat je lah.Kalau agak-agak bertahun tak dengar cerita nanti atau link blog ni tak boleh bukak..tak ada dah lah tu.Ditambah dengan masalah tulang belakang yang sakit ni..terbatas segala aktiviti yang cikmin biasa buat.Mesti ada yang tertanya-tanya sakit belakang macam mana kan?cikmin ni sebenarnya mengalami masalah Lumbar Back Pain,macam gambar kat bawah ni kan..tulang lumbar cikmin yang no 5 tu agak melengkung kedalam,ni kata Pakar terjadi disebabkan Posture badan ketika buat kerja.
Masalah ni diatasi dengan physiotherapy,kena rajin pergi lah..tapi kadang tu tak larat nak drive ke kl,jadi bila datang sakit tu,rajin-rajin lah berhotpad/tungku modern panas letak kat belakang.Ini bukan masalah paling utama,rupanya cikmin ada satu lagi masalah,dimana tulang terlebih kiri kanan kanan dah tercucuk tulang punggung cikmin..macam gambar kat atas sekali nun..sumpah sakit sehingga nak duduk tahiyat akhir dalam solat tu tak mampu dah.
Bulan 1 hari tu dah dapatkan rawatan,Pakar bagi 2 suntikan melalui xray,ingatkan mampu lah tahan setahun ke,rupanya hanya bertahan 4 bulan,lepas tu sakit datang semula.Lepas bincang dengan Pakar,minggu lepas dapatkan lagi suntikan..masuk dewan bedah sebab suntikan melalui Xray,triple lagi dia bagi..kiri kanan,sakit sangat-sangat okeh.2 jam tak boleh gerak sampai kena pakai diapers sebab nak pee pee sangat..seumur hidup merasa pakai diaper/lampin pakai buang.
Tempoh pemulihan dalam 2 minggu ni,harapnya minggu depan cukup 2 minggu,belakang dan kaki ni dah sihat.Boleh sambung aktiviti membakar kek,rindu sangat nak baking..rindu nak buat Kedai Bergerak lagi.Apa2 pun doakan cikmin sembuh ya kawan-kawan..sapa2 je lah yang baca entri ni.Sekian untuk hari ini,Wasalam.
{ 9 comments }







