Ini la masalah yang kerap cikmin hadapi setiap kali selepas melahirkan anak,tak kira lahir anak lelaki ke perempuan ke memang tak boleh lepas dari masalah yang agak besar pada cikmin ni.Mengikut pengalaman cikmin yang lepas Keguguran Rambut ni akan berlaku sekitar anak berusia 3-6 bulan.Lagi pulak sekarang faheem dah pandai semburkan air liur nya,apa kaitannya pulak eh,tapi orang tua2 kata kalau anak tengah menyembur air liur tu rambut mak nak gugur la tu..haishhhh! kata doktor yang cikmin jumpa sebelum ni,hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan rambut keguguran.
Tak lama lagi mesti anak cikmin yang besar2 tu akan komplen jumpa rambut dalam sayur la,dalam gulai la,dalam lubang air kt bilik air,kat merata-rata la nanti.Keadaan ni membuatkan cikmin boleh jadi trauma sebab bila sikat je rambut..akan ada banyak rambut melekat disikat,kalau shampoo rambut pun time nak buang buih shampoo tu pun rambut terlekat banyak kat jari.yang paling trauma sekali kalau cikmin usap dengan jari rambut yang baru lepas kering tu ala-ala model iklan rejoice tu pun rambut akan ikut sekali..uhh! boleh jadi botak hoo.
Dan cara penyelasaian terbaik..cikmin akan pergi saloon amoi kat bandar tu,potong pendek terus!ingatkan boleh la nak vogue2 dengan rambut panjang.Nasib baik la ini kali last cikmin preggie..hehehe! sedikit research di internet:-
Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang tidak normal?
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:
- Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
- Sakit yang serius
- Pembedahan besar
- Selepas bersalin
Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.
klik SINI untuk selanjutnya:-
Kalau cikmin jadi botak macam ni..alahai
Incoming Search Terms:
- potong terus rambut sampai pendek (12)
- rambut bayi gugur (11)
- minyak rambut titisan mutiara (5)
- perempuan botak (4)
- rambut pendek perempuan (4)
- rambut pendek lelaki (3)
- rambut botak (2)
- petua rambut bayi gugur (2)
- rambut pendek lelaki 2012 (2)
- perempuan keguguran (2)

{ 32 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327