Home >> Info >> Pelik

Pelik

by cikmin on March 12, 2010

gambar kartun pelik

gambar dari google



Selamat Petang semua..hari ni kat sini hujan tau, jadi sepanjang siang hari tak la terasa panas seperti hari-hari sebelum ini..alhamdulillah.Cikmin seperti biasa.. rutin harian sebelah pagi selepas anak-anak semua ke sekolah,cikmin akan ON lappy dulu walaupun perut meminta untuk diisikan dengan makanan..ngeeeee..adakah cikmin sudah menjadi Blogger Tegar sekarang ini?

Ahaaaa..disini cikmin membuat pengakuan..memang sekarang terasa sayang nak tinggalkan workstation(tempat berinternet) dimana setiap hari dan hampir setiap waktu masa cikmin terisi di workstation ni..dapat suami dan anak-anak yang sangat memahami..mereka tengok ibu/isteri happy, itu akan menyenangkan hati mereka..kalau ibu stress karang sape yang susah..hehehe. :D
Perkara pertama cikmin suka buat bila ON internet..tengok earning di ***** dulu..alhamdulillah..selalu tak menghampakan :D kedua cikmin akan buka 2 blog cikmin iaitu cikmin.com dan kasehabadi..ketiga suka buka web Nuffnang..tengok Analystic dulu..earning selalu bukak seminggu sekali jek..ngeeee.Kenapa Analystic? sebab cikmin suka tengok trafik yang masuk ke blog cikmin menggunakan Keyword apa..macam kat bawah ni..
keyword yang digunakan
Ini Keyword minggu lepas..membuatkan cikmin tertanya-tanya disitu..siapa yang dok google nama Balqis Sorfina tu?pelik la jugak kan..agaknya orang ni google mungkin nak cari nama anak kot..mungkin dia dah bercadang nak bubuh nama Balqis Sorfina tu, jadi dia pun google la nak tengok ada ke sesapa pakai nama serupa macam bakal nama anak dia nanti..hahaha..jauh ohh pemikiran cikmin ni pergi tau.Kalau nak ikutkan dari minggu lepas lagi mesti ada nama tu..Opssss..lupa pulak nak bagitahu,Balqis Sorfina tu nama anak perempuan cikmin yang ke-4..huahuahua..tapi takde kerja la cikmin nak google nama dia kan.Rupanyakan..empunya nama tu sendiri yang cari nama dia..suatu hari kantoi dengan cikmin.. Balqis ni berumur 6 tahun masih bersekolah di Tadika..agaknya dia baru tahu spelling nama sendiri tu yang sambil-sambil dia goolgle games kegemaran dia di Puffgames dia google sekali nama dia..cikmin memang ada buat entry tentang kelahiran dia suatu ketika dulu.keyword minggu iniIni keyword minggu ni,yang cikmin bulatkan tu dah jatuh ranking dah..masa cikmin baru buat posting di SINI,keywords tu memang top1 hari-hari.Yang malam jumaat tu pulak..apa la yang terlintas difikran diorang bila google ayat tu ye..ngeeeee..malamjumaat.com tu pulak tu merujuk entry cikmin di SINI.Sejak berSelfhosted ni kan,memang seronok bermain dengan keyword..dulu tu macam blur-blur je :)

Number of View :2459

Incoming Search Terms:

  • gambar water park gambang kuantan (60)
  • gambar pelik (39)
  • blog cerita pelik (20)
  • cerita seronok (18)
  • seks pelik (14)
  • pelik (10)
  • nama pelik (8)
  • selamat petang (8)
  • gambar kartun (7)
  • gambar kartun comel (6)

{ 23 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: