Tepat pukul 1 pagi 31/03/2001 Nur Yasmin Farzana
atau nama manja di kalangan keluarga,Kakak
dilahirkan kedunia.Membesar,menjadi anak yang sihat
mendengar kata,ada masa je macam tak dengar,
menggembirakan hati ibu dan abah bila kakak selalu mendapat
keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Kakak, ibu lihat seorang yang sangat mengambil berat
cuma kadang2 cara kakak tu membuatkan ibu dan abah tak paham.
Ibu dan Abah suka bila kakak buat salah,kakak akan minta maaf dengan
segera,tak kira la dengan siapa.Ibu dan Abah doakan kakak
akan terus berjaya ke menara gading seperti mana
cita-cita kakak untuk menjadi seorang Doktor.
Doktor Farzana,sweet jugak kan?yang paling ibu terharu
bila kakak kata,bila jadi Doktor,nak bagi rawatan percuma
pada orang yang tak berkemampuan..sejuk perut ibu
mengandungkan kakak..waktu kakak lahir tu pun
memang ibu kesejukan dalam air cond.
Kakak nak tahu,lahirnya kakak kedunia
menggembirakan hati ibu dan abah bila kami
dapat tahu bayi yang lahir itu seorang bayi perempuan.
Bahagia tak terkata sebab selama mengandungkan kakak
ibu selalu tak dapat lihat jantina kakak bila buat scan
Doktor kata ,baby suka main cak-cak.
Dan yang paling penting sekali,ibu tak mahu
kakak lupa,21 jam selepas kakak dilahirkan
ibu kehilangan Adik perempuan ibu,
Allahyarhammah Yeni Suhana dalam suatu
kemalangan jalan raya.AL-FATIHAH
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat-NYA.
Amin.
Incoming Search Terms:
- selamat ulang tahun (5)
- kata kata ulang tahun (1)
- selamat hari lahirmu (1)


{ 16 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327