
Salam semua,harap semua bergembira di hari ahad ni,sekarang kan cuti sekolah dah bermula..yehaaaaa!Esok pagi cikmin akan balik kampung belah suami di Pendang Kedah..selama 4hari la kot
rindu nanti kat korang semua..okey2 sejujurnya rindu nak blogging je..hehehe.Bercakap pasal jujur ni..Tag yang dikenakan kepada cikmin oleh Kulanz ni ada kait berkait la.Meh kita tengok apa kaitannya..
Cikmin pun baru tahu semalam pasal Tag ni..tuan yang mengeTAG cikmin tak drop mesej di shoutbox tau..itu tandanya cikmin memang selalu pergi ke blog kulanz dan baca entri-entri dia..sehari kadang tu berkali-kali dok melepak situ,macam SIFU pun suka pergi sana..ngeeee
Ermmm..Tag ni ada cara-caranya tau..
Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
(sudah)
Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
(perghh! nasib baik..kalau bahasa omputih mau berpeluh ketiak ni)
Sila jawab dengan jujur..
(tu..kat atas sekali tu jari dah jujur menaip ayat tu..ngeeeee)
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan:Cikmin seorang isteri(yang pertama tiada kedua) kepada suami dan ibu kepada 5 orang anak.
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan:Nak tanya kawan baik tu dia tiada pulak kat sini,tak pasti la.
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan:Mengikut turutan
Nak kuruskan badan macam dulu balik(dulu dah selim tetiba naik balik)
MPV(tak kira la buatan mana)
dalam saving sendiri ada rm100k(bila la nak cukup)
banglo(kalau boleh nak buat atas tanah lot sendiri)
bercuti seluruh dunia(insya’ALLAH satu hari nanti bila anak2 dah dewasa)
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: Saiful Kamal bin Che Omar
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan:5 je ke?
Dia kacak(itu yang buat saya terpikat dulu).
Dia paling banyak buat kerja rumah berbanding saya(ringan betul tulang dia)
Ketika saya dalam berpantang selepas melahirkan,dia yang jaga saya 44hari.
Kalau merajuk dia suka pujuk(kerja saya pulak asik nak cari pasal la)
Dia memang banyak sabar dengan kerenah saya(kiranya saya ni manjer sangat la tu kan)
[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan:27hb september 1996
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan:suatu ketika dulu pernah ada ‘orang ketiga’
[#8] Lagu tema cinta anda?
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan:ada 6 pack..wakakakak..makan hati seh!
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
cikmin nak Tag rakan-rakan ketika di blog lama dulu..harapnya diorg sudi la buat..
Hana l Kak ain lJiya l Uda l Kakchik l Lyana lLove l Eryn l Kak Inahar l Kak Watie
Number of View :1177
{ 16 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327