Home >> Info >> Setelah 58 hari

Setelah 58 hari

by cikmin on March 30, 2010


Salam semua,wah3x,sekarang blog cikmin asik cerita pasal 18sx ye,itu antara teguran yang cikmin terima.Terima kasih kerana memberi teguran..cikmin sangat menghargainya. :) Kebelakangan ini cikmin banyak menghabiskan masa bersama bayi kecik cikmin di Playground..seronok pulak main-main kat sana..ngeee.Jangan salam paham,bukan la cikmin pergi ke taman permainan kanak-kanak tu,cikmin suka lepak di blog lama yang dah bertukar namanya dari MyLife MyLove MySoul kepada Playground..cuma tukar nama saje..url tak tukar pun..hehehe..terasa sayang pulak Ranking blog tu di Alexa sebanyak 664,281 dan PR03(UPDATED! 4.4.10 PR2)..(erkkk..ada yang nampak PR00 lak)walaupun blog merapu dan tak la mantap isi dalaman nya.Oh ya..blog itu akan meraikan Ulangtahun nya yang ke-2 pada 1 April 2010.


Merujuk kepada tajuk diatas,apa yang 58hari ye,nak kata pantang bersalin bukan lagi dah 58hari dah, berhabis habisan pantang dah pun..ahaks :P sebenarnya hari ni merupakan hari ke 58 cikmin.com berdomain dan berhosting sendiri..Syukur alhamdulillah..terasa semakin seronok dengan berblog,jika cikmin mengimbau kembali entri-entri yang lama,terasa lucu dan terasa semakin naik taraf diri cikmin sebagai blogger(puji diri sendiri je) apa yang cikmin maksud kan adalah dari segi penulisan di dalam blog ini..tiada lagi penggunaan bahasa sms yang cukup terkenal suatu ketika dahulu..cecewah.

Pada ketika ini Ranking Alexa cikmin.com berada di tahap 398,960..perghhh! berbelas juta asalnya dulu,semakin kecil nombor tu semakin bagus ranking kita kan..itu yang cikmin tahu la..lebih-lebih jangan tanya..hahaha.PR lak masih 00..huhuhu! takpe cikmin pelan-pelan kayuh..heh..mana boleh pelan-pelan karang tertinggal pulak tak pun karam terus..ngeee :P Sebenarnya cikmin.com ni belum memenuhi tahap piawaian hati cikmin sendiri..masih banyak yang cikmin perlu baiki,banyak segi terutama penulisan.Tapi kalau istilah blog aku ,aku punya suka lah..memang dah puas hati lah..hahaha!

Okey,cikmin ingin mengambil kesempatan di sini,nak beritahu tentang widget follower tu,please..please..please kamu jangan nakal..opppsss!(laku betol ayat ni) korang follow cikmin jika korang suka dan tolong jangan buat cikmin serba salah tak follow korang balik ye.Cikmin hanya akan follow balik jika cikmin dapati blog korang tu mampu menggetarkan jiwa cikmin ni..hahaha..ada jugak cikmin follow blog orang tapi orang tu tak follow pun..cikmin tak kisah pun dan tak pernah paksa diorang dengan tinggal kata-kata polo..polo..kat cetbox tu. :P harap maklum sangat-sangat.

Number of View :2271

Incoming Search Terms:

  • menu hari jadi kanak kanak (2)

{ 15 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: