Home >> Info >> AL-FATIHAH

AL-FATIHAH

by cikmin on April 2, 2010


Salam buat semua,AL-FATIHAH buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.Baru semalam cikmin buat entri tentang berita yang cikmin baca di Utusan Online.Bangun pagi tadi,cikkamal sampaikan berita sedih ni pada cikmin,terkedu sekejap,kerana ralat dengan berita yang disebarkan oleh pelbagai pihak sebelum ni bahawa beliau terkena jangkitan tikus,rupanya denggi berdarah(yang ni pun dah tahu semalam).Dan katanya semalam di Twitter pun dah kecoh mengatakan Din Beramboi dah meninggal dunia.
Pelawak,pengacara,pelakon,penyampai radio Din Beramboi


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Sumber@Bharian

Number of View :1957

Incoming Search Terms:

  • surah al fatihah (417)
  • surah alfatihah (139)
  • Alfatihah (139)
  • surah al-fatihah (103)
  • ayat al fatihah (56)
  • surah fatiha (49)
  • ayat al-fatihah (36)
  • al fatihah (31)
  • al-fatihah (11)
  • ayat alfatihah (7)

{ 8 comments… read them below or add one }

ieda April 2, 2010 at 10:25 am

Al-Fatihah…semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman…
.-= ieda´s last blog ..DIN BERAMBOI KESAYANGAN KU TELAH PERGI SELAMANYA…. =-.

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:48 pm

Amin.. terasa sunyi tak dengar lawak spontan arwah :(

Reply

imran April 2, 2010 at 2:39 pm

Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

p/s : Entry ke-3 mengenai arwah dibaca menerusi blogwalking :D

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:44 pm

amin..ha ye imran,semua orang tak mahu ketinggalan :)

Reply

yanmie April 2, 2010 at 6:19 pm

Al-Fatihah buat arwah din beramboi…moga rohnya dicucuri rahmat, amin
.-= yanmie´s last blog ..Din Beramboi meninggal dunia =-.

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:44 pm

amin.. :(

Reply

ezany April 3, 2010 at 12:22 am

al-fatihah.. semoga roh beliau ditempatkan dlm golongan2 orang yg beriman.. :)
.-= ezany´s last blog ..Aina : "Wedding Contest" =-.

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:43 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: