Home >> Info >> Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009

Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009

by cikmin on April 5, 2010

Salam pagi semua,ekceli keputusan ni dah siap sebaik je habis siaran langsung Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2009 ni kat tv3,tetiba jiwa cikmin kacau bilau ter’emo lebih tak tentu pasal terus padam lappy sambil dukung faheem berlari-lari manjer naik ke tingkat atas,Erkkk..hanya bacaan orang dewasa sahaja dan yang sudah berkahwin :P Keseluruhan nya keputusan ni memuaskan hati cikmin la,dah target awal-awal diorang ni akan menang :) Pengacara malam tadi tu si Raja Azura dan Sharifah Shahira memang hapenning,shira siap bawak latest production dia naik ke pentas..comels kan?


Tapi kan,cikmin terperasan sesuatu(dah bertahun sebenarnya perasan) perkara ni,ABPBH ni mesra dengan sindir menyindir kan,memang dah skrip diorang macam tu ke..agaknya artis-artis ni kena sign surat perjanjian awal-awal,apa je yang berlaku semasa siaran berlangsung tak boleh saman selepas habis siaran,ekekeke!Tak pasal bikin gosip pulak pagi ni.Tahniah kepada Dato Siti Nurhaliza kerana diangkat sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2009 ni dan merupakan tahun terakhir dia beraksi.Sebab ni ke dia dapat Bintang Paling Popular ni? :) eh tak la,ini kan undian dari peminat-peminat Siti sendiri sebankyak 200k++ lebih kan,tapi sape pun tak boleh lawan jumlah undi untuk Mawi Ekin kan(dah tak world lagi)pada suatu ketika dulu,ketika zaman kegemilangan Mawi Ekin.Cikmin tak pernah undi sesapa sebab tak beli paper BH. :P

Pada artis yang lain-lain tu okey je la,tak mahu komen lebih-lebih kan dah kata emo terlebih malam tadi.Eh jap,Nasib baik nabil raja lawak tak peluk Irma hasni tahun ni :P pelakon Zizie pun ada bawak abang bung dia kan,eeeewww suwittt ahh!Okey la,meh tengok keputusan penuh Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009

  1. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
  2. Pengacra TV Wanita Popular-Fara Fauzana
  3. Penyampai Radio Lelaki Popular-Faizal Ismail
  4. Penyampai Radio Wanita Popular-Fara Fauzana
  5. Penyanyi Duo/Artis berkumpulan-Bunkface
  6. Artis Komedi Lelaki Popular-Nabil
  7. Artis Komedi Wanita Popular-Noorkhiriah(hidup orang PAHANG!)
  8. Artis Baru Lelaki Popular-Black Mentor
  9. Artis Baru Wanita Popular-Yuna sebenarnya
  10. Pelakon TV Lelaki Popular-Remy Ishak
  11. Pelakon TV Wanita Popular-Tiz Zaqyah
  12. Artis Nasyid Popular-Rabbani
  13. Penyanyi Lelaki Popular-Aizat
  14. Penyanyi Wanita Popular-Dato Siti Nurhaliza
  15. Pelakon Filem Lelaki Popular-Que Haidar
  16. Pelakon Filem Wanita Popular-Lyana Jasmay
  17. Anugerah Sepanjang Hayat-Datuk Khadijah Ibrahim
  18. Bintang Paling Popular-Datuk Siti Nurhaliza(orang pahang lagi weii)

Tahniah kepada semua Bintang-Bintang yang Popular untuk 2009!

Number of View :1482

Incoming Search Terms:

  • fesyen artis abpbh 2010 (12)
  • skrip pengacara anugerah bintang (1)
  • skrip pengacara abpbh (1)
  • siaran langsung abpbh 2009 (1)
  • mawi bintang paling popular jumlah undian (1)
  • lyana jasmay dato (1)
  • jumlah undian siti abpbh 2010 (1)
  • jumlah undian bintang paling popular siti nurhaliza (1)
  • jumlah undian bintang paling popular 2009 (1)
  • jumlah undian abp2009 (1)

{ 26 comments… read them below or add one }

ieda April 5, 2010 at 9:39 am

tahniah buat yang menang :) suka tgk nurkhairiah bagi ucapan, heheh!! comel je :)
.-= ieda´s last blog ..BUDAK KURANG AJAR KUTUK KEMATIAN DIN BERAMBOI! =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 9:44 am

ye kan ieda,cikmin pun suka tgk dia..hihihi.. :P teruja betul dia..

Reply

Leen April 5, 2010 at 9:45 am

haah…bagus si nabil tu tak menang..hahahaha!…makin
besor kepala lak nanti…
tapi sedih part nyanyi utk arwah ustaz Asri…tak ada galang ganti suara lunak merdu arwah…
.-= Leen´s last blog ..Aisyah lagi… =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 9:47 am

Betul leen,aku siap syahdu2 lagi,dah la kan aku malam td terEMO..hahaha..jangan la laki aku baca komen ni..

Reply

yanmie April 5, 2010 at 9:50 am

yan yg paling teringat 2 smlm yg remy ishak tu..hahaha adoiii gelak yan ngan hubby tgk remy sampai x tau nk kata apa, nmpk mcm dh xleh nk bernafas..wakaka
.-= yanmie´s last blog ..Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular ABP 2009 =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 10:03 am

ye la kan,seb bek ada bang rosyam.. :P hero pujaang hati ku..yg heroin remy tu pun sama..sampai dah terbelit belit ckp..pestime dpt awards yan..tgk Datuk Khaty tu,30 tahun baru nak dpt award..steady je kan speech dia..

Reply

arieza April 5, 2010 at 10:07 am

heheh layankan aje sape pemenangnye pun :p hehehe sape rajin undi, mesra peminat, rajin promo, dpt la rasa pegang trofi :p

auwwww emosi kenapa kah itu duhai cikmin? :p
.-= arieza´s last blog ..::: Kenapa Aku Tiada Nuffnang =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 10:23 am

ye la dik,yang penting ada yang menang,karang takde sape yang menang lagi la susah pulak kan..erkkk,kena berumah tangga dulu baru boleh cite..ahaks…ntah apa je cikmin merapik kan.. :P

Reply

shiori April 5, 2010 at 10:12 am

hehehe…nape emo je cikmin…ingat2 faheem hahaha…biasa la ABPBH nih….sape je yang menang takleh nak kata apa kan? sebab dah undian peminat macam tu…kita pun macam cikmin jugak…tak pernah mengundi sebab tak pernah baca berita harian…dedulu beli harian metro je tu pun sebab ada member reporter kat sana….bila dia tukar berita kita tak beli dah harian metro baca online je…hehehe…apapun keptusan tu taklah mengejutkan sangat kan..lagipun kebelakangan ni datuk CT dah naik balik dia..hehehe
.-= shiori´s last blog ..Takziah buat keluarga Din Beramboi =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 10:22 am

hehehe,ada la sikit-sikit,asam garam rumah tangga… :P ye la kan,memang dah peminta undi tu..lagipun peminat rasa baik bagi kat CT,kalau bagi nabil asik peluk2 jek..ekekek..kalau CT peluk suami dia takpe.. :P

Reply

kakngah April 5, 2010 at 10:41 am

aku tgk xhbs. mata tk blh tahan lg.. elok jek khatijah ibrahim nyanyi.. aku pun hanyut…
.-= kakngah´s last blog ..Gali-gali-gali-gali-gali lobang =-.

Reply

cikmin April 6, 2010 at 10:28 pm

aku tahan ngah masa tengok ni,sampai aku nak blogwalking pun tak sempat,tapi sempat pulak draft pemenang malam tu..hehehe. :P

Reply

Bb Hussain April 5, 2010 at 10:59 am

cikmin org pahang ker?
.-= Bb Hussain´s last blog ..Apa ada pada 310310 =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 3:12 pm

cikmin orang kedah :P besar kat pahang…

Reply

ezany April 5, 2010 at 2:04 pm

sy tak tgk pun smalam.. kurang berminat dengan dunia hiburan lepas siti kawen.. ekeke.. so layan bola sepak je la..

p/s: ade typo sket kat no8 tu cikmin.. boleh terjejas seo tak.. hehe..
.-= ezany´s last blog ..Aina : "Wedding Contest" =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 3:07 pm

ye ke..takpe la kalau tak minat..bukan ada untung pun sebenarnya kan..hiburan semata je ha..tenkiu cikmin dah betul kan typo tu.. :P

Reply

iman April 5, 2010 at 5:30 pm

best gak tgok ABPBH..bnyk lawak..ha2
.-= iman´s last blog ..30 sen =-.

Reply

cikmin April 6, 2010 at 8:05 am

apa yang lawa-lawa dik? :P

Reply

imran April 5, 2010 at 6:11 pm

Tahniah pada yang menang. Pengacara punya skrip memang memerli sahaja. Perasan masa Sharifah shahira cakap pada Raja Azura tak elok menangisi pemergian arwah Ustaz Asri. Lepas tu Raja Azura balas balik. Awak tu tak tutup aurat ;)
.-= imran´s last blog ..Malaysian Smart Car =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 6:18 pm

Ha betul,dah format program kot..xkan la sume tu spontan sgt… :)

Reply

kulanz April 5, 2010 at 11:37 pm

tak sempat abis tengok semalam.. tengok mana yg patut jak.. lagipun dah tahu mesti ramai yg update keputusan, jadi dapat juga tahu, kan? :D
.-= kulanz´s last blog ..Beg Duit Hilang, Nak Buat Macam Mana? =-.

Reply

cikmin April 5, 2010 at 11:41 pm

ekekeke,ye betol encik kulanz,sekarang trend kena up to date..dah macam fesyen kan..cikmin pening bah..2 blog mau jaga.. :P belasah je apa yang terlihat dan terlintas..ni pun sdg draft lagi cerita up to date hari ini..hehehe..tapi mau yg aman-aman jak.

Reply

mona April 7, 2010 at 4:38 pm

eleh kat malaysia mawi,ct.bosan.takde artis lain ke.cuba la kasi artis lain menang.peminat yang rajin gunting bh tu mesti budak sekolah.tahun depan setem naik mungkin orang malas nak hantar borang.penat-penat undi artis kesayangan peminat bukan dapat ape pu.disuruhnyaleh kita beli produk barangan kosmetik atau konsert amal yang kena bayar kalau nak tengok.

dah tu artis makin kaya tak kasi sumbangan pun kat peminat.paling palaing tunjuk kereta baru,rumah baru dan honeymoon kat luar negeri.beg tangan baru..ada apa sumbangan artis kat peminat kalau dah menang…

Reply

cikmin April 7, 2010 at 7:00 pm

Dah lumrah artis kat malaysia ni,kalau diorang tunjuk pun tapi takde orang nak expose kan pun tak jadi jugak mona.Tapi dah kita-kita ni pun lebih kan,terutama wartawan,serba salah agaknya artis-artis tu semua,tak tunjuk kang kata tak bagi kerjasama..hehehe..aku sokong sape ni beb?

Reply

mimi April 12, 2010 at 9:44 am

tak sempat nak tengok sleep awal..beby meragam..
.-= mimi´s last blog ..TELAPAK KAKI =-.

Reply

cikmin April 12, 2010 at 10:26 am

owh..rugi ahhh…ada 2 artis kena booo malam tu..tahu sape?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: