Home >> Food & Receipe, My Family >> Bertuah kan saya?UPDATED!

Bertuah kan saya?UPDATED!

by cikmin on April 14, 2010


Salam selamat malam semua.Entri ni di buat bagi menjawab pertanyaan seorang teman yang cemburu dengan saya.Pertanyaan beliau melalui kotak email saya dan saya sepakat hati mahu menjawab disini.Tak perlu saya tunjukkan kepada anda semua apakah pertanyaan teman itu kepada saya,Tapi cukup membuat hati saya hangat,sehangat mentari.Saya cuba bertenang untuk mengarang entri ini supaya segala pertanyaan Teman itu akan terjawab!Ya,saya seorang yang sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang..


cukup pandai memasak.Profession beliau suatu ketika dahulu adalah seorang Chef.Gambar yang anda lihat diatas tu adalah ketika beliau bekerja di sebuah Restoran Irish di Tuam,Ireland.Dan gambar-gambar makanan yang anda lihat di bawah ni pula,adalah masakan beliau untuk makan tengahari siang tadi.Tiada istilah ‘Memerintah’ atau ‘Queen control’ dalam perkahwinan kami yang akan mencecah usia ke 13 tahun pada tahun 2010 ini.Jangan anda tersalah sangka dengan saya atau suami,memang itu cara kami dari dulu.Saya tetap memasak seperti surirumah yang lain juga.

sila drag ke new tab untuk melehkan air liur anda

sila drag ke new tab untuk melehkan air liur anda

sila drag ke new tab untuk melehkan air liur anda

sila drag ke new tab untuk melehkan air liur anda

Kalau anda baca entri-entri masakan di blog saya sebelum ni,anda akan tahu ada masanya saya yang memasak.Kalau suami yang masak,secara jujur saya beritahu kepada pembaca itu masakan suami,walaupun suami ada meminta saya bagitahu masakan itu dari saya sendiri.Kerana itu saya sangat sayang kan dia,kerana setiap detik dia dalam hidup saya,dia sentiasa ringan tulang.Kerana itu juga saya ulang menaip disini memberitahu kepada anda ‘Saya memang seorang yang sangat=sangat bertuah’ dan akhir kata saya tujukan kepada teman yang cemburu itu,jika anda berhajat nak merasa ‘air tangan ‘suami saya,sila lah buat temujanji dan berkunjung la kerumah kami. :)

p/s kalau tekak melayu anda teringin nak makan western pun kami boleh sediakan.

p/s Email yang kedua diterima pada pagi ni.Memberi respon pada entri diatas.Ermmm,bagi saya url blog anda.Nanti saya sedekahkan anda beberapa keping gambar makanan untuk anda pamirkan di blog anda. :) anda boleh kata itu masakan anda,masakan suami anda ataupun masakan saya.ngeeee! eh..macam lari maksud dah ni,owhh nak resepi ya,bak la url blog.Ada blog ada resepi..ada BRAN??

Number of View :4127

Incoming Search Terms:

  • nasi minyak (22)
  • resepi ayam goreng berempah (13)
  • sos yong tau fu (2)
  • resepi yong tau fu cikmin (1)
  • resepi yong tau fu sup perak (1)
  • RESIPI YONG TAU FU (1)

{ 66 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: