Salam semua,Terima kasih atas ucapan selamat dari kamu,kamu,kamu yang sangat prihatin tentang masalah kesihatan yang cikmin hadapi.Alhamdulillah tangan sebelah kiri cikmin ni tak patah atau retak,cuma dislocated je tulangnya mungkin sebab dah lama sangat menanggung sakit hampir 2 bulan.Sekarang tangan sebelah kiri ni dah bersimen separuh,nak menaip pun hanya boleh dengan satu jari,huhuhu.Doktor kata rest untuk seminggu,lepas tu baru boleh enjoy blogwalking! sementara tu korang layan la entri-entri yang berupa petikan artikel yang menarik perhatian cikmin untuk dikongsi bersama dengan korang disini.Segala komen-komen korang yang terdahulu tu cikmin akan balas dengan gaya slow motion
maaf atas kelewatan.
Berbalik pada tajuk entri kat atas tu,beruntung kan adik kecil tu,tak payah beli contact lens pun,hehehe.Teringat zaman kegedikkan cikmin ketika muda-mudi dulu,macam-macam kaler contact lense ni cikmin ada,sampai pernah pakai sebelah lain-lain pun ada,hahaha! ingat lagi tak sayang? Kalau nak tahu bagaimana mata adik kecil yang berumur 1 tahun 4 bulan ini boleh bermata biru ,sila la klik more…
SUNGAI PETANI 23 April – Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang kanak-kanak lelaki Melayu bermata biru.
Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang.
Datuk kepada Mohd. Aizat Aiman, Ahmad Mustafa, 62, memberitahu, kejadian pelik itu berlaku selepas beberapa bulan cucunya dilahirkan.
“Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.
“Kami sekeluarga hairan kerana tidak mempunyai darah kacukan orang barat ataupun Asia Barat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Ahmad berkata, keluarganya pernah membawa Mohd. Aizat Aiman menjalani pemeriksaan di beberapa hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang.
Namun, katanya, doktor mengesahkan mata Mohd. Aizat Aiman itu tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.
Ditanya tentang kejadian aneh sebelum Mohd. Aizat Aiman dilahirkan, Ahmad berkata, semasa mengandung, ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, dikatakan gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.
“Noraini suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruan. Orang tua-tua kata, mungkin kejadian mata biru Mohd. Aizat Aiman ada kaitan dengan kenan kucing,” ujarnya.
Bekas nelayan itu berkata, Mohd. Aizat Aiman itu juga mungkin mewarisi ciri-ciri bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, yang mata kanannya sedikit kebiruan tetapi tidak ketara.
“Noraini dan Mohd. Rizal merupakan insan istimewa kerana mereka berdua bisu dan mempunyai masalah pendengaran. Mereka bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai dan hanya pulang ke kampung dua minggu sekali,” katanya.
Tambahnya, dia bagaimanapun berasa bimbang dengan masa depan Mohd. Aizat Aiman yang mungkin mewarisi kecacatan ibu bapanya yang tidak boleh mendengar.
“Doktor memaklumkan bahawa cucu saya ini disyaki mengalami masalah pendengaran dan perlu menjalani pemeriksaan dua bulan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya.
Ahmad bagaimanapun berharap, cucunya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan normal.
“Dia seorang yang aktif dan sering menarik perhatian ramai kerana ciri anehnya yang bermata biru. Kini, dia juga mula petah bersuara walaupun setakat ini tidak dapat pastikan sama ada dia boleh bercakap atau tidak dalam beberapa tahun lagi. Kami doakan agar dia mempunyai sifat sempurna seperti orang lain,” katanya.
Number of View :1411Incoming Search Terms:
- budak melayu mata biru (23)
- budak mata biru melayu (20)
- budak bermata biru (4)
- budak melayu sekarang (3)
- gambar kanak - kanak malaysia yang bermata biru (3)
- budak melayu bermata biru (2)
- KOTA KUALA MUDA DULU-DULU (1)
- melayu mata biru (1)
- mohd aizat aiman mohd rizal (1)
- ibu mata biru (1)


{ 17 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327