SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang ini.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.
Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu ‘Janji Kita’ terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang
semalam.
Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata
setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta
beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.
“Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang
menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih
yang sungguh mengejutkan saya,” katanya.
Katanya minggu lepas beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya
setelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk
mengecatnya.
“Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk ‘melihat’ isteri dan
anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan,” katanya.
Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau
berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.
“Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.
Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.
“Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang
semalam sebab keretanya jauh sedikit…..tahu-tahu jam 6 petang dia sudah
meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana
lihat anaknya panggil ayah,” katanya.
Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan
aktif.
“Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini,” katanya.
Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.
“Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun,” katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.
Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.
“Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana
melalui khidmat pesanan ringkas,” katanya. - Bernama
Nota cikmin: Cerita tentang arwah cikmin abadikan disini untuk tatapan cikmin khususnya sebagai peminat Arwah Achik Spin.AL-FATIHAH.
Number of View :1475Incoming Search Terms:
- kebumikan jenazah (29)
- cara kebumikan jenazah (16)
- lan kristal dan isteri (4)
- selamat tinggal dunia (4)
- jenazah (3)
- kematian achik spin (3)
- tasha isteri achik spin (3)
- anak lan kristal (2)
- samarinda - achik spin feat (1)
- saat terakhir achik spin (1)



{ 12 comments… read them below or add one }
takziag buat keluarga )’:
.-= syiera´s last blog ..+ harus KERAS untuk hidup + =-.
AL-FATIHAH…
.-= cikmin´s last blog ..8 cara tingkatkan kesuburan =-.
al-fatihah untuk arwah & takziah untuk isteri, anak & keluarga…moga rohnya dicucuri rahmat dariNYA
.-= Fiza Nordin´s last blog ..Kritikal!!! =-.
Amin ye fiza..
.-= cikmin´s last blog ..8 cara tingkatkan kesuburan =-.
haish.. maut tak kenal sapa2… moga semua amik iktibar… al-fatihah…
.-= samanosuke_04´s last blog ..Teknik Membuka 8 Website Secara Mengejut!! =-.
ye betol..tiada pilih-pilih..AL-FATIHAH..
.-= cikmin´s last blog ..8 cara tingkatkan kesuburan =-.
al fatihah…..pun terkejut bila baca berita kat metro n kosmo hari ahad
.-= shiori´s last blog ..The Largest Blogger’s Gathering with Gatsby Deodorant Street Fair ( Part 1 ) =-.
ye shi..cikmin pun memang terkejut sgt2..
haish.. maut tak kenal sapa2… moga semua amik iktibar… al-fatihah…
.-= samanosuke_04´s last blog ..Teknik Membuka 8 Website Secara Mengejut!! =-.
amin…ye semua kena ambil iktibar..
Untuk Tasha isteri arwah,sabar la ya sesungguhnya kamu wanita terpilih yang diduga oleh Allah dengan dua kejadian(anak & suami).Ada hikmahNya….
walau pon da lme achik pergi tp smpi skrg kte sdih ble bce ape2 cerita psl dye..knape ye??