Home >> Cerita Artis, Filem dan Drama >> Jiwa Kacau-Telefilem Asmawi Ani(mawi world)

Jiwa Kacau-Telefilem Asmawi Ani(mawi world)

by cikmin on April 11, 2010

Idea dan cerita asal dari Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi World atau sekarang lebih sinonim dengan Mawi Ekin.

Telemovie Jiwa Kacau merupakan buah tangan kedua MW production dan bakal ditayangkan pada 11 April ini di Astro Prima pada pukul 10.30 malam. Antara pelakon lain yang menjayakan Telemovie ini ialah Intan Ladyana, Hafidzuddin Fazil, Sheila Mambo, Faizal yusuf, Along Cham dan ramai lagi serta penampilan istimewa daripada penerbit iaitu Mawi sebagai Inspektor Johar.

Kisah tentang penagih dadah yang kepulangannya tidak diterima masyarakat sehingga menyebabkan dia terjebak semula ke kancah itu. Pemuda bernama Kamil yang sentiasa dipersalahkan oleh masyarakat akhirnya kembali menagih akibat dari patah hati dengan teman wanitanya. Banyak lagi pengajaran yang cuba diterapkan dalam telefilem ini.

sumber

Tak sabar cikmin nak tengok cerita ni sebab tayang kat tv,kalau filem yang mawi belakon sebelum ni Jin Notti dan Magika tayang kat panggung,cikmin takde hati pulak nak tengok. :P


Mawi sekarang ni lebih suka dengan kerja dibelakang tabir,memang jarang dah dengar dia menerima undangan nyayian sekarang ni,macam la cikmin tahu sangat jadual kerjaya dia,ntah-ntah sekarang memenuhi nyayian dari majlis-majlis koperat atau istana. :P sudah cikmin jangan kau nak jadi tukang sebar fitnah lak,baca kat bawah ni.

SEJAK kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi gemar melakukan kerja di belakang tabir.

Kini, Mawi kerap mengerah ideanya untuk menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu.

Menyelami jiwa baru yang dilakukannya sekarang, Mawi berkata dia selesa dan gembira apatah lagi tugas ini kurang mendatangkan kesibukan kepadanya.

“Saya suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks,” jawabnya jujur.

Di bawah syarikatnya, MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi sedang dalam rangkaan untuk menerbitkan beberapa drama dan telefilem yang bakal disiarkan di kaca televisyen.

Malah salah sebuah telefilem yang telah dihasilkan oleh syarikatnya itu turut dilakonkan olehnya.

sumber

Tu dia mawi,kencang buat bisnes walau belakang tabir sahaja.Semoga bertambah murah la rezeki si Mawi ni ye,semoga cepat jugak isterinya Ekin mengandung lagi setelah 2 kali keguguran.

Number of View :3999

Incoming Search Terms:

  • asmawi ani (21)
  • jiwa kacau (11)
  • mawi world (7)
  • telemovie jiwa kacau (4)
  • telefilem – jiwa kacau (1)
  • pengajaran jin notti (1)
  • mw entertainmet sbn bhd (1)
  • jiwa kacau drama (1)
  • jiwa kacau 2010 download (1)
  • jiwa kacau 2010 (1)

{ 30 comments… read them below or add one }

kulanz April 11, 2010 at 12:41 am

Salam cikmin,
lama dah tak dengar cerita pasal Mawi tu, mula baca entri ni berabis mengingat siapa Asmawi Ani tu, adehh..
.-= kulanz´s last blog ..2 Acer Aspire One Percuma Akan Menjadi Milik Anda =-.

Reply

cikmin April 11, 2010 at 1:02 am

salam lanz..amboi kau kan..sampai macam tu sekali kau lupakan dia..ekekek..yang benar cikmin pun dah hampir nak melupakan dia jugak.. :P

Reply

hasni April 11, 2010 at 1:47 am

dah xda org nak hire dia kot kak
gpon dah ada syarikat sndri kan
hehe

Reply

cikmin April 11, 2010 at 1:54 am

hehehe,dah tak bape laku la ni citenya,peminat dah berkurangan,teringat malam anugerah bintang popular dia kena boo dengan peminat :P

Reply

Ali ridha January 22, 2011 at 9:24 pm

@hasni, syarikat dia ada di ipoh la.
Ali ridha´s last [type] ..Jiwa kacau bilau

Reply

Bb Hussain April 11, 2010 at 1:49 am

oo dia dah belakang tabir ke rupa2nyer
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.

Reply

cikmin April 11, 2010 at 1:54 am

hehehe,baru tahu ye bb… :P

Reply

Ali ridha January 22, 2011 at 9:26 pm

@Bb Hussain, nampaknya la macam tu la.
Ali ridha´s last [type] ..Jiwa kacau bilau

Reply

salju April 11, 2010 at 1:50 am

dia punya alasan yang tersendiri…tapi cara dia sekarang…boleh diterima…
.-= salju´s last blog ..SEMUA TENTANG GIGI LAGI, AKU DAH CABUT =-.

Reply

cikmin April 11, 2010 at 1:55 am

ye la kan,apa dia nak buat sekarang,apa-apa aje lah. :)

Reply

Ali ridha January 22, 2011 at 9:31 pm

@salju, jiwa kacau bilau aku tak boleh terima cara dia ni.
Ali ridha´s last [type] ..Jiwa kacau bilau

Reply

darkbatman April 11, 2010 at 3:29 am

aie ingat cikmin yang jiwa kacau..mule2 tengok komen cikmin dalam belog ”jiwa kacau”..otak dah pikir, apsal cikmin jiwa kacau.ahaha..biler buka belog, rupenye entri baru..bgs la kak skg..rajin update entri..syokk nk masuk salu.hehe
.-= darkbatman´s last blog ..!..Rm50 For Free..! =-.

Reply

cikmin April 11, 2010 at 8:28 am

ekekek,kira kau takde rasa tertipu la kan.. :P insya’ALLAH kalau boleh setiap hari ada satu entri..sama-sama la kita baca ye… :P

Reply

yanmie April 11, 2010 at 7:51 am

xblh nam tgk rasanya sbb skrg TV aiman yg konker :) TV kt bilik xde astro..takpe tggu akak citer je nnti bley :) hahaha

Reply

cikmin April 11, 2010 at 8:29 am

hahaha,saje je nak bagi akak jawatan xtra pulak.Kalau bes akak buat review kalau tak akk diam je :P

Reply

kakngah April 11, 2010 at 8:49 am

ms gali2kan.. jumpa n3 psl segmen langkah mawi. kbtln mlm td ada tgk. btl la.. nampak kerek jek dia mengacara rancangan tu. yg minik dia pulak.. sibuk jeknk enter frame gak..
.-= kakngah´s last blog ..pujaan hatiku =-.

Reply

cikmin April 11, 2010 at 11:13 am

hahaha..ko ingat ye ngah..aku pun berbulu la ngah oiii..macam dia sorg ada laki.. :P

Reply

shiori April 12, 2010 at 9:06 am

huhuhu…memang menyepikan diri la mawi ni sejak2 kawin dgn ekin…lagu baru pun takde….sejak maestro takde dia pun merudum je
.-= shiori´s last blog ..My new toy =-.

Reply

cikmin April 12, 2010 at 10:20 am

ye la shi,nak wat camne..saham dah jatuh..kalau felda memang support dia lagi..kalau bandar dah merundum :)

Reply

mimi April 12, 2010 at 9:38 am

hidup umpama roda yanag berputar….taksemestinya berada di atas selalu….
.-= mimi´s last blog ..TELAPAK KAKI =-.

Reply

cikmin April 12, 2010 at 10:23 am

ye saya setuju..ahaks.. :P

Reply

zik April 12, 2010 at 1:04 pm

erm harap best telemovie nie.. :-)
.-= zik´s last blog ..Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia! =-.

Reply

cikmin April 12, 2010 at 7:53 pm

zik,cite nya macam cite sebelum2 ni la..kisah penagih dadah.. :)

Reply

atie April 15, 2010 at 11:23 pm

aku dah tgk telemovie ni 4hari lepas cnl 105 kul 9.30mlm.mmg best.menginsafkan bagi sesiapa saje yg menontonnya.harap2 aku dapat tgk siaran ulangannya nanti.kepada sesiapa yg belum menontonnya lagi elok la tgk,bagi pengajaran kat diri sendiri dan anak2…..
.-= atie´s last blog ..Malaysia Maps =-.

Reply

along cute April 18, 2010 at 8:03 am

jiwe kacau…mla2 tu mlas gak nk tgk…akak asyk tkar chnel ln jer..tp lps tu….bla tgk btl2 cite tu… best la…mmg m’insafkan…nyesal lak x tgk dr awal…tahniah mawi…lps ni bikin cite yg blh mginsafkan manusia…mcm cite skrg nie kes buang bayi…jgn cite psl ekin tu…nti org jdk x ska lak..hehehehe

Reply

suki May 12, 2010 at 1:36 am

hoh..tak bley blah

“sape suh kamil ni azan? skrg ni azan tak sah azan tau”

“saya igt tadi nak semayang kat sini.. tapi kat sini ade najis…..”

Reply

faiz July 8, 2010 at 7:04 am

sapa tau tajuk lagu mawi dalam drama ni.. aku mcm tertarik ngan lirik dia.. kerjasama anda adlah amat dihargai..

sekian terima kasih..

Reply

sukermawi September 16, 2010 at 6:25 pm

sy tengah tgok citer mawi-jiwakacau yg ditayang semula sem[pena raye nih,,bagus citer die..
bwk msg tersendiri..tgok dgn hati yg terbuka..jgn sempitkan aty kalo tak suker mawi..cube terima aper msg die..
semoga niat baik semua org Yang Maha ESa kabulkan amin..
tq cik min..jgn lupekan mawi ye,,heh heh

Reply

sukermawi September 16, 2010 at 6:40 pm

faiz: nama tajuk lagu tu hijab..kalo tak jumper, cr OST jiw3a kacau..leh jumper..;)

Reply

Ali ridha January 22, 2011 at 9:22 pm

padan sangat la dengan tajuk
entri aku hari ni.
jiwa kacau bilau.
Ali ridha´s last [type] ..Jiwa kacau bilau

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: