Idea dan cerita asal dari Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi World atau sekarang lebih sinonim dengan Mawi Ekin.
Telemovie Jiwa Kacau merupakan buah tangan kedua MW production dan bakal ditayangkan pada 11 April ini di Astro Prima pada pukul 10.30 malam. Antara pelakon lain yang menjayakan Telemovie ini ialah Intan Ladyana, Hafidzuddin Fazil, Sheila Mambo, Faizal yusuf, Along Cham dan ramai lagi serta penampilan istimewa daripada penerbit iaitu Mawi sebagai Inspektor Johar.
Kisah tentang penagih dadah yang kepulangannya tidak diterima masyarakat sehingga menyebabkan dia terjebak semula ke kancah itu. Pemuda bernama Kamil yang sentiasa dipersalahkan oleh masyarakat akhirnya kembali menagih akibat dari patah hati dengan teman wanitanya. Banyak lagi pengajaran yang cuba diterapkan dalam telefilem ini.
Tak sabar cikmin nak tengok cerita ni sebab tayang kat tv,kalau filem yang mawi belakon sebelum ni Jin Notti dan Magika tayang kat panggung,cikmin takde hati pulak nak tengok. ![]()
Mawi sekarang ni lebih suka dengan kerja dibelakang tabir,memang jarang dah dengar dia menerima undangan nyayian sekarang ni,macam la cikmin tahu sangat jadual kerjaya dia,ntah-ntah sekarang memenuhi nyayian dari majlis-majlis koperat atau istana.
sudah cikmin jangan kau nak jadi tukang sebar fitnah lak,baca kat bawah ni.
SEJAK kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi gemar melakukan kerja di belakang tabir.
Kini, Mawi kerap mengerah ideanya untuk menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu.
Menyelami jiwa baru yang dilakukannya sekarang, Mawi berkata dia selesa dan gembira apatah lagi tugas ini kurang mendatangkan kesibukan kepadanya.
“Saya suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks,” jawabnya jujur.
Di bawah syarikatnya, MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi sedang dalam rangkaan untuk menerbitkan beberapa drama dan telefilem yang bakal disiarkan di kaca televisyen.
Malah salah sebuah telefilem yang telah dihasilkan oleh syarikatnya itu turut dilakonkan olehnya.
Tu dia mawi,kencang buat bisnes walau belakang tabir sahaja.Semoga bertambah murah la rezeki si Mawi ni ye,semoga cepat jugak isterinya Ekin mengandung lagi setelah 2 kali keguguran.
Number of View :3997Incoming Search Terms:
- asmawi ani (21)
- jiwa kacau (11)
- mawi world (7)
- telemovie jiwa kacau (4)
- telefilem – jiwa kacau (1)
- pengajaran jin notti (1)
- mw entertainmet sbn bhd (1)
- jiwa kacau drama (1)
- jiwa kacau 2010 download (1)
- jiwa kacau 2010 (1)

{ 30 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327