Home >> Info >> Virus Kencing Tikus dan Amaran Keras

Virus Kencing Tikus dan Amaran Keras

by cikmin on April 1, 2010

image virus dari pakcik google

Salam Selamat Petang semua,virus sudah melanda pada cikmin,virus ‘M’ ! iaitu virus yang sama bahaya dengan Virus Kencing Tikus tu tau,sebelum nak sambung merapik dalam keadaan diri sudah terkena virus malas ni,cikmin nak share jugak tentang artikel yang cikmin baca di Utusan Malaysia Online ni,


Berita terkini dari Utusan Malaysia OnlineSedih cikmin bila dapat tahu keadaan yang menimpa Penyampai Radio,Pengacara Televisyen dan Pelawak Terkenal Din Beramboi.Cikmin terhibur dengan lawak-lawak yang dibuat Din Beramboi ni,nampak macam tak baca skrip,kalau dengar suara Din Beramboi ni di Radio,boleh ketawa terbahak-bahak cikmin.Cikmin doakan agar Din Beramboi ni sembuh dari penyakit yang menimpa beliau walaupun kedengaran nya macam harapan itu tipis,Amin.

Kalau nak tahu apa itu Virus Kencing Tikus,boleh klik SINI. (sila drag link ke New Tab untuk membaca).

Okey,sekarang baru mahu merapik,uwaaaa!!cikmin dah dapat surat cinta dari nuffnang tentang Virus Fraud Click,ini salah satu virus jugak,yang sedang melanda dengan hebatnya.Padan muka kau kan,nak kaya cepat sangat! hahaha,takde maknanya boleh kaya kan dengan cara macam ni.Dulu-dulu kalau cikmin klik iklan kat blog orang, cikmin akan tinggal jejak ‘was here’ tapi bila diorang datang balik,sebut nama iklan yang diorang klik,cikmin pun dah terikut sama,hahahaha! pengakuan berani dari cikmin ni.Habis la lepas ni kena hentam dengan blogger yang anti klik-klik ni.

Mungkin susah nak hentikan tabiat ini,tapi cikmin akan cuba untuk tidak melakukan nya lagi,eh jap,tapi ada setengah iklan tu betul-betul menarik perhatian jugak nak klik,macam mana ni eh?(sekarang ni memang insaf ni) tapi rasanya cikmin takde la tubuh kan geng klik-klik ini,cuma sekadar membalas balik budi, bila orang tinggal mesej di cetbox tu kan sambil menjana trafik untuk diorang jugak win-win situation la kat sini.Tapi bila dikaji balik la kan,selepas cikmin belek-belek income buffered cikmin tu,sebab cikmin ada buffered lebih dari satu,(ada 6 yang masih running) takde la banyak pun hasilnya,setiap pagi kalau tengok ada la naik dalam rm1 lebih,hahahaha! macam mana tu?Padahal bukan main ramai la orang klik-klik.What ever lah.

Tetapi kan,oiiii cikmin!masih ada tetapi lagi ke,udah la tu,cepat-cepat la insaf ! Dengan ini cikmin umumkan bersara tidak terus dari klik-klik iklan ni,wakakakak! ada la pulak perkataan bersara tidak terus ye.Cikmin akan tetap akan berkunjung ke blog korang semua,jika ada yang menarik cikmin telek ok,kalau takde sekadar memberi trafik kepada korang pun dah cukup sebab blog cikmin ni masih jugak memerlukan trafik dari korang.Kalau blog yang content mantap-mantap ni tak payah blogwalking pun trafik macam peluru berpandu dah datangnya.Cakap pasal content,sifu cikmin(drag link ke New Tab kalau nak tahu,hehehe), sinonim betoi ayat ni dengan jari dia,ekekekek.Tapi tu la kan,cikmin berblog ikut rasa lah,apa yang nak diluahkan,nak kongsikan,nak sensasikan semuanya disini la.Kalau takde yang minat nak baca sebab content tak mantap pun,tak mengapa lah.Buat tatapan cikmin sorang pun dah cukup la(bunyik nada macam buat blog syok sendiri je ni).

p/s kata virus ‘M’ ,tapi merapik bukan main.

Number of View :1792

Incoming Search Terms:

  • virus (61)
  • virus kencing tikus (56)
  • kencing tikus (29)
  • bahaya kencing tikus (15)
  • apa itu virus kencing tikus (15)
  • apakah virus kencing tikus (13)
  • bahaya kencing kucing (7)
  • virus kucing tikus (5)
  • wwwutusanmalaysiaonline (2)
  • kalau terkena kencing tikus nak buat apa? (2)

{ 16 comments… read them below or add one }

penyubiru April 1, 2010 at 6:55 pm

semoga din beramboi cepat sembuh. tapi kan berita terbaru, Din bukan kena virus kencing tikus tapi kena denggi berdarah.

p/s : thanks link to my another blog (carca-marba)
.-= penyubiru´s last blog ..Berhati-hati Dengan Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit =-.

Reply

cikmin April 1, 2010 at 7:11 pm

amin..ha tu la..ada jugak baca tu,api yang tu je sempat letak dalam entri sebab nak kaitkan dengan virus lain jugak..hehehe.welcome penyubiru..comel betol nick tu.

Reply

yanmie April 1, 2010 at 6:55 pm

hahhaa…klik je kak klu berminat, yan mcm tu je..insap tp klu dh minat kan..ekeke, eh link lah sifu pnya blog tu..wakakaka..perasan sudah!

Reply

cikmin April 1, 2010 at 7:12 pm

ok2,jelas sudah,ekekekek,macam mana boleh tinggal pulak ni..ok2 akak letak ye.. :P

Reply

Ibu Mifzal Arsyad April 1, 2010 at 7:00 pm

wah..risau jugak ni..kan dpt plak..surat cinta dr nuffnang ni..huhu

Reply

cikmin April 1, 2010 at 7:12 pm

ye,berhati-hati di trafik nuffnang,hehehe :P

Reply

Bb Hussain April 1, 2010 at 8:15 pm

cikmin..td kita baca yan punya blog nak bersara..bulan ni je kita terjebak dgn klik2 tu..so kita pun nak bersara terus..tp klu kita jenguk blog2 org ada iklan..tak salahkan nak klik..heheh..btw..kit add link cikmin dlm bloglist kita erk ;)
.-= Bb Hussain´s last blog ..Apa ada pada 310310 =-.

Reply

cikmin April 1, 2010 at 8:43 pm

betol tu bb..cikmin pun separuh bersara la..kang kata bersara terus pun susah gak..sbb budak tecik kt rumah ni suka iklan potato dgn dragon tak ketinggalan miki..adoyaiii…ok nanti cikmin bb jugak dlm bloglist ye..thanks follow cikmin.

Reply

Noorma April 1, 2010 at 8:22 pm

sib baik takde virus kencing kucing kan..kucing aku ni suka beno pee kat merata2…

Reply

cikmin April 1, 2010 at 8:44 pm

kes kau lagi bahaya ni noorma..sbb kucing ko kencing merata..kena amik perlindungan yg maksimum ni..hahaha..aku merapik apa ni noorma?

Reply

umi April 2, 2010 at 8:38 am

dah meninggal dunia.. al-fatihah..

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:50 pm

Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang beriman.

Reply

shiori April 2, 2010 at 9:29 am

cikmin din bukan kena virus kencing tikus tapi kena demam denggi berdarah…..din pun dah meninggal dunia malam tadi…innalillah…
alfatihah untuk arwah…kehilangannya dirasai…
.-= shiori´s last blog ..Puding Roti berkismis =-.

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:49 pm

Ya shi,cikmin dah baca,,AL-FATIHAH.

Reply

imran April 2, 2010 at 2:34 pm

Ni amaran keras pasal nuffnang rupanya ;)

Reply

cikmin April 3, 2010 at 5:45 pm

Ya,sangat la keras bunyi nya kan..ehh..imran dah baca ke macam mana amaran tu.. :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: