Home >> Food & Receipe >> Aku bosan dah

Aku bosan dah

by cikmin on May 15, 2010

Salam pagi semua,semalam server untuk cikmin dot com down,trafik yang mencanak dek kerana Adamaya sebelum ni terus menjunam ke laut,owhhhhh! i miss adamayamani :P semalam boleh nyer berjam-jam duduk depan lappy ni,tanpa berbuat apa-apa,hahaha.Semangat nak blogwaking pun takde,nasib la ada My Playground,boleh la menggedik kat sana :)

Feeling pagi ni masih lagi bosan dengan blog,hehehe.Nasib la blog ni dah berbayar setahun,kalau tak ai kunci ketat-ketat jangan bagi sape-sape yang muka-muka ketat masuk! cheers! Oleh kerana kebosanan yang amat melampau,pagi ni dengan rajin separa minima,terhasil lah benda ni,hahaha,kalau tak suka baca jangan klik,shooh-shooh!


Hahaha,kecoh macam ayam berak kapur je kan,setakat menu sardin pun nak letak sini,alooooo,suka hati mak bapak ai la kan,menu ni dah jadi kegemaran keluarga :) letak je la,senang esok anak-anak ai nak refer resepi kat sini,kot-kot la masa tu ai ni demam,tak daya nak masak menu favourite diorang ni.

kari sardin best

Resepi Kari Sardin

Bahan-bahan:

1 tin Sardin besar
Santan(pakai santan kotak jek)
Cili kering(diblender)
3 ulas bawang merah(ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
sedikit halia
2 sudu besar serbuk kari
1 btg serai ketuk
4 biji kentang
Asam keping
sedikit herba campur
Daun kari
Garam/gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumis bahan2 yg telah ditumbuk,masukkan daun kari ,herba campur,halia ketuk,serai juga masukkan pes kari dan cili hingga garing.Masukkan santan,asam keping,kentang.Setelah kentang separuh empuk masukkan sardin dan sosnya sekali.Masukkan garam ikut rasa dan biarkan sehingga pecah minyak.
Dihidang bersama nasi,roti prata,roti canai atau lempeng..perghhhhh!

Nota kaki: Ketinggalan episod Adamaya? tonton online di dramamelayu.com

Number of View :3112

Incoming Search Terms:

  • kari sardin (480)
  • resepi kari sardin (346)
  • cara masak kari ikan (103)
  • resepi kari ikan sardin (72)
  • resepi sardin masak kari (65)
  • resipi kari sardin (60)
  • resepi ikan sardin (58)
  • resepi gulai sardin (56)
  • cara masak kari sardin (53)
  • resepi sardin kari (52)

{ 5 comments… read them below or add one }

kakngah May 15, 2010 at 11:02 am

aku gulai kari ikn tongkol mlm td.
pg ni ada belen lg..
akubuat cekodok kosong cicah kari smlm…
kemain melambung adeeb puji sedap
pdhal dia tgh kebulur
hahhahah!!!
kemabng sikit montot mak dia..

Reply

cikmin May 15, 2010 at 1:28 pm

wahh..baru adeeb puji montot ko kembang ye..klu laki ko puji..terbelah terus aku rasa ngah.. :P

Reply

kakngah December 31, 2010 at 9:35 pm

@cikmin,

kahkahkah!! mmg sedia terbelah dah..

Reply

tom May 15, 2010 at 1:29 pm

nyum2.. cambesh jek =P

Reply

kakngah December 31, 2010 at 9:36 pm

@tom,

yummy!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: