Cinta Sufi

by cikmin on May 5, 2010

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka.
Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan.
Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.



Salam,frust berganda betul petang tadi berebut chanel dengan anak,cikmin nak tengok Sayang Cendana.Lepas tu bila cikmin tengok drama Adamaya petang tadi,macam-macam perasaan ada,kenapa la adam tak kasi pelempang sikit kat maya tu,seronok jugak tengok :P dah la episod akhir Asmaradana malam tadi pun macam hampeh,si amran mati kena tembak dengan azizah,cerita pun tamat.Malam ni pulak ada Noktah Erna pukul 10.30 malam,kita tengok pulak macam mana Rita Rudaini beraksi.

Emo pulak cikmin ye,hehehe.Sebenarnya nak update koleksi Novel cikkamal ni,Novel terbaru dari Penulis Thriller no 1 Malaysia Ramlee Awang Mursyid.Baru je beberapa hari beli,dah habis baca pun.Cikkamal cuma layan novel-novel thriller je,kalau cintan cintun ni tak minat dia.Hampir keseluruhan karya Ramlee Awang Mursyid tu ada ditangan cikkamal,rasanya ada sesbuah dua je yang tiada.Cikmin nak cari la novel yang tiada tu,boleh buat hadiah sempena birthday dia hujung Mei ni.(jangan la dia baca entri ni)

Review dari cikkamal tentang Cinta Sufi? ermmmm,seperti biasa pasti akan ada kesinambungannya.(sebenarnya dia nak suruh cikmin baca sendiri la tu)

Number of View :1491

Incoming Search Terms:

  • koleksi novel ramlee awang murshid (21)
  • laksamana sunan (10)
  • ramlee awang murshid (8)
  • cinta sufi (8)
  • koleksi laksamana sunan (4)
  • koleksi novel laksamana sunan (2)
  • novel episod akhir laksamana sunan (1)
  • novel2 awang mursyid (1)
  • senarai novel laksamana sunan (1)
  • photo emo cinta segitiga (1)

{ 18 comments… read them below or add one }

inahar ali May 5, 2010 at 11:44 pm

fuiyooooo cikminnn..mmg MELOTUPSSS header baru cikmin nih!!! i liiiiiikkkee!!!!moga lg dasat dgn content2 yg lg gempakk!! bravo dear..lebiuuuuu!!!
.-= inahar ali´s last blog ..DAPAT HADIAH APRON PINK..YAHUUU! =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:13 pm

hihihi..memang cikmin suka sangat kak ina..content tu biasa2 je la kak ina..takmo stress sangat..nak santai2 je..lebiu u too kak..mmuuaahh!
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

kulanz May 6, 2010 at 12:21 am

wah, cikmin rajin baca novel..
saya ni jarang betul dapat baca buku-buku camtu..
.-= kulanz´s last blog ..Perhargaan atau Penghinaaan Kearaajaan? =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:14 pm

kalau novel thriller..cikkamal yang baca lanz..cikmin layan yg jiwang jek.. :P tapi skg macam tak cukup masa la nak baca novel.. :)
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

zik May 6, 2010 at 2:08 am

hijab sang bercinta… :thumbup:
.-= zik´s last blog ..Cara nak lebatkan rambut. =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:15 pm

ye betul..cikmin pun tumpang baca.. :P
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

kakngah May 6, 2010 at 4:38 am

sayang cendana mmg aku xdan nak tgk la. timing x kene.

aku geram kt adam tu. apsal bengap sgt dh nampak bini pegang2 tgn ngn jantan. bg je pelempang sebijik..

last week aku x tgk. pengasuh ank aku yg bgtau mimi mati dh. amran gak ke yg bunuh mimi??

aku xtgk noktah erna. lom hbs bersamamu, aku bersamamu adb & adf tebongkang dah.

lps ni aku nk try layan novel RAM gak la.. asek layan novel2 leleh jek..
.-= kakngah´s last blog ..Korang Tak silap =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:19 pm

aku pun tak boleh nak layan sangat la sayang cendana tu ngah,anak2 aku ni ha..tme peberet cenel diorg time tu..ha ye,amran bangang tu yg bunuh bini dia,noktah erna..huhuhu..aku tak dapat tengok..laki aku lak layan cite omputih..ishhhh..
layan arr…bes wooo!
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

intanizani May 6, 2010 at 7:59 am

hubby kita suke sgt novel2 RAM…
.-= intanizani´s last blog ..suami toreh kemaluan isteri =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:20 pm

owh ye ke..sama la kan.. :)
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

Zida May 6, 2010 at 9:18 am

Ahahah Cinta Sufi mesti ada sambungan. Ending tak best sangat~ Hope ada la. Dahla best cite tu.
.-= Zida´s last blog ..Trafik Naik Sebab UPU dan Matrik | Terima Kasih Banyak Banyak Nuffnang =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:21 pm

ye dah agak dah..sume macam tergantung..adoiii.. RAM memang suka macam tu kot..thriller la katakan..
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

shiori May 6, 2010 at 12:20 pm

salam cikmin;
huhuhu…cik kamal punya minat sama dengan kita la….ada gak beli trilogi “bagaikan puteri” tuh tapi yang terbaru nih belum beli lagi…tak dan nak sambar tengok la bulan depan mesti beli gak nih…
.-= shiori´s last blog ..Jalan-jalan ke Tasik Titiwangsa =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:22 pm

salam shi..hehehe..cikmin pilih2 baca je novel RAM ni..kalau takde bahan esok habis la baca sumenye kot..hihihi…beli jgn tak beli ye.. :P
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

adda May 6, 2010 at 6:02 pm

saya pn suka sgt baca citer RAM ni cikmin.. mmg best sgt2
.-= adda´s last blog ..Sapa nak minyak wangi dari mama syafi? =-.

Reply

cikmin May 6, 2010 at 6:23 pm

ye memang best walaupun suka sambung2.. :)
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

sue May 7, 2010 at 6:29 pm

Macam best ja cita ni..Sue baru balik dr kedai buku..Tadi mcm ada ternampak buku ni..Rugi tak beli..
.-= sue´s last blog ..Recycle Bin =-.

Reply

akuvision May 7, 2010 at 8:18 pm

memang mengikuti kisah laksamana sunan selama ini
.-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: