Salam..
Sebuah drama lagi yang bakal membuatkan cikmin melelehkan air mata selepas Adamaya TV3.Padahal adamaya tu dah dekat nak akhir-akhir baru la meleleh air mata ni.
Gelora Di Hati Sara 2 ini kesinambungan dari Gelora Di Hati Sara terbitan Suhan Movie.Kalau GDHS 1 dulu,cikmin memang layan full episode,memang drama yang penuh dengan air mata sampai cikkamal gelarkan cikmin ni tok embun,hihihi.Cikmin terlepas episode 1 pada hari rabu 12hb yang lalu,baru petang ni dapat layan online di dramamelayu.com.
Episod pertama yang cikmin tengok tadi pun dah buat hati cikmin ni berdebar-debar,lagak hero melayu kesukaan cikmin yang romantis tu,siapa lagi kalau bukan Rosyam Nor,adegan sara(jee) bawak kek hari lahir buat asrul sambil minta asrul(rosyam) tiupkan lilin,asrul melafazkan sesuatu yang indah buat sara..
“abang tak mahu tiup lilin itu,abang nak biarkan ia terus bernyala membakar menerangi,
macam cinta sayang,cinta abang,cinta kita terus membara takkan padam,ia akan terus menyala sampai bila-bila”
Fuhhhh,berdebar-debar seh hati cikmin dengar asrul lafaz pada sara,kalau suami sendiri yang lafaz,tak tahu la jadi apa.
Tak rugi kalau layan drama ni,sebab lakonan mereka yang mantap,ye la kan,masing-masing dah matang dah beranak pinak.Ada perbezaan yang sangat ketara antara Gelora di hati sara 2 dengan Adamaya.

Full Promo – Gelora Di hati Sara 2
Fauziah Latiff – Ku Di Sini (Gelora Di Hati Sara 2 Soundtrack)
Gelora Di Hati Sara (GDHS) musim lalu telahpun berlalu, namun ceritanya terkesan kepada peminat yang mengikuti drama air mata terbitan Suhan Movie ini. Atas sambutan menggalakkan pada musim pertama, Rosyam yakin GDHS 2 bakal membawakan kesinambungan yang penuh dramatik berbanding sebelumnya.
“Pihak RTM sendiri datang kepada saya untuk menyambung drama ini ke musim kedua kerana rating yang bagus. Kiranya pelaburan kepada pelakon berbaloi kerana saya dapat pulangan dan kualiti drama yang bagus.
“Senang untuk bekerja dengan produksi yang sama kerana hubungan yang sedia erat dan para pelakon ada inisiatif sendiri untuk menjiwai watak yang diberi. Jee juga datang kepada saya untuk tampil dengan lagu yang ditulis sendiri dan itu satu usaha yang harus dipuji.
“Dan bukannya saya nak berlakon filem terbitan sendiri, semuanya atas permintaan stesen televisyen. Mereka meminta saya menjadi watak utama dalam drama ini,” ujar Rosyam Nor.
GDHS 2 mengisahkan pergolakan rumah tangga dan kisah percintaan suami isteri yang terpaksa berhadapan pelbagai cabaran untuk menemui kebahagiaan. Sara (Fauziah Latiff) dan Asrul (Rosyam Nor) yang pada mulanya ingin bercerai bagaimanapun terpaksa berhadapan ujian apabila Sara ditimpa kemalangan yang menyebabkannya kehilangan rahim.
Disebabkan itu, Asrul terpaksa membatalkan niat menceraikan isteri keduanya, Tengku Marina (Watie) atas dasar untuk mendapatkan zuriat.
Ikuti drama yang membariskan nama-nama besar seperti Fauziah Latiff, Rosyam Nor, Watie dan ramai lagi bermula 12 Mei 2010, setiap Rabu, jam 9.30 malam di TV2.sumber
Tonton Online Gelora Di Hati Sara
Number of View :3239Incoming Search Terms:
- gelora di hati sara 2 episod akhir (131)
- gelora di hati sara 2 (86)
- gelora di hati sara 2 episode akhir (77)
- gelora di hati sara 2 online (48)
- hati (22)
- gelora di hati sara 2 download (17)
- gelora di hati sara 1 (17)
- drama gelora di hati sara download (14)
- gelora di hati sara 2 full movie (14)
- youtube (14)


{ 20 comments… read them below or add one }
dulu mmg layan gelora di hati sara 1, tak tau pulak ada part 2 klu tak baca sini..ehehe…
yg nie tak tau lg nk tgk ke tak sbb mcm mls je nk buka RTM even cerita tu best..ehehe tak taulah kak napa..Yan x ingat bila kali terakhir buka rtm…ekekkee
rugi la yan..hihihi..akak rasa lagi mantap dari lakonan lisa dan sein…maklum la aktor/aktress senior yg bawak watak..thumbs up!
akak tak semua cite melayu kat rtm2 tu akak layan..yang betul2 best je..mcm biasa la..akak cukup suka layan kisah camni..
mmg layan citer sara ni dr season 1 dlu….tk suka tul la ngan kurina tu…menyampah..sian sara & asrul…kalo tgk citer ni sure nangis je…huhuuhuh
.-= mama tisya´s last blog ..lunch @ LAKSA SHACK, OneUtama =-.
tu la..sedih jugak tengok first epi..malam tu elok2 je romance kat atas katil..esok pagi2 dah dapat surat nak cerai..huhuhu..
suka sgt crita ni sebab rosyam noor ada..n gee…i like..
ye sama la..suka rosyam..huhuhu…lain benor tengok dia cukur misai..hiks..
eh dah mula ke crita siri kedua ni cikmin?
alah…tak nak terlepas…
ha ye dah mula..sila pastikan set reminder ye..hahaha..
mmg kene melekat kat cerita ni…
dulu mmg suka tgk gelora di hati sara…
xsabar2 nak tgk nih!
.-= izan ishak´s last blog ..Award Dari Kawan2 Yang Sayang Saya… =-.
lorrr..tak tengok la yang first dulu ye?takpe..nanti tengok balik..baru la bes layan…
agak2, cite dpt hits yg tinggi tak dr google? hehe
tak tahu la..tapi dah ada hit masuk ke cikmin.com ni..hihihi..
.-= cikmin´s last blog ..Gelora Hati Ku Tak Segelora Hati Sara =-.
cikmin yang comey..
ada award special utk anda =P.
terimalah dgn ati yg terbuka ye..
http://nakashimakureno.blogspot.com/2010/05/and-winner-goes-to.html
oh no!!!!
.-= cikmin´s last blog ..Gelora Hati Ku Tak Segelora Hati Sara =-.
Rosyam nie ..bagi aku mcm tak sesuai watak watak camni la…apa yang org cakap tu ..stereotaip…aku lebih prefer watak mcm dlm castelo…kl menjerit 2 …bagi aku kalau watak krisis cinta org kaya ker… drama ala ala koporat ker… mcm skit tak sesuai la..pendapat peribadi aku la… lain lain org lain pendapat.. kan kan kan kan :p
.-= Mr.K´s last blog ..myfriends2u.com a.k.a pesbuk malaysia ? =-.
aku xpernh tgk drama ni la..
xper.. xper..
sok aku dah fully SAHM
segala mak datuk drama blh review
hihihi!!
Apasal tak penah tau pun pasal cite ni? Huhuhu maybe sebab dok asrama kott
.-= Zida´s last blog ..Terima Kasih Guru, Kan Ku Ingat Selalu =-.
best citer ni
ada mp3 tak puas cari
nk download lagu ni
memang best..takde masa pulak nak pi cari..nanti kalau ada cikmin share okeh..
alamak… tak follow la GDHS ni…
{ 2 trackbacks }