Salam ,malam ni cikmin nak cerita macam mana nak merancang anak pulak,bagi pasangan yang baru berkahwin,mereka tak kisah sangat dengan jantina anak sulung mereka,lelaki atau perempuan,mana-mana dulu pun boleh,kalau dapat sepasang kembar lelaki dan perempuan lagi senang kan,tak payah nak fikir awal sangat nak tambah anak selepas ni,kira boleh la rehat dalam 3-4 tahun sementara menunggu production seterusnya.
Bagi pasangan yang dah ada anak terutamanya yang dah ada 1 atau 2 anak lelaki sebelum ni dan teringin pulak nak tengok hasil cetakan anak perempuan macam mana rupanya atau sebaliknya boleh la mencuba kaedah ni,diingatkan kaedah ini hanya bagi pasangan yang dah berkahwin dengan sahnya ok.Jangan pulak yang belum sah nak menerai pulak kan.Kami pernah mencuba kaedah ini sebanyak 2x alhamdulillah,tuhan makbulkan setiap usaha dan doa kami.
Disamping itu cikmin juga ada menelek kalender ini bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk conceive.
Merancang anak lelaki
Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anak perempuan.
5. Jangan adakan seks 3-4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).
Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari
hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman “Kesuburan dan Kemandulan”
3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum ‘ovulation’. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks – ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat ‘orgasm’ (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.
kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
Incoming Search Terms:
- jadual kesuburan wanita (121)
- macam mana nak dapat anak kembar (107)
- merancang anak lelaki (94)
- kesuburan dan kemandulan (86)
- macam mana nak dapat anak lelaki (74)
- macam mana nak dapat anak perempuan (71)
- laman kesuburan dan kemandulan (59)
- doa untuk dapat anak lelaki (58)
- doa dapat anak lelaki (51)
- jadual merancang jantina anak (50)



{ 28 comments… read them below or add one }
sue pun guna kaedah ni gak untuk rujukan yg sudah nih kak..tapi ada laa beberapa cara lg lain lagi kot sbg tmbahan tp kita nih susah nak pastikan bila ia ‘menjadi’ kalau asyik ‘usaha’ jer..huhu..mudah2an kali ni apa yg dirancang menjadi laa hendaknya
boleh la sue share nanti kaedah yang sue gunakan tu..hehehe..biasa la tu sue.Amin..
bhn rujukan utk nx projek.. hihihi!!
kalau ada lg ler…
ye ngah..silakan..aku paste dari blog faheem ni,sebab keyword kaitan dengan entri ni banyak masuk.Mesti ada la kan,ko muda lagi la ngah..
ada sepupu wanes, mcm2 petua dah cuba tpi tak menjadi, 9 orang anak dia lelaki dan yg ke-10 baru perempuan..bagaimanapun wanes suka sgt dgn petua2 mcm ni.wanes teringin nak bagi award “Beautiful Blogger” utk cikmin. sudilah kiranya menerima award dri wanes.
.-= wanes´s last blog ..Blog | Malu Dapat Award =-.
wow!! banyak nya anak dia! kalau cikmin pengsan dah ni..hehehe.Thanks wanes,cikmin dah ambil cuma belum ready nak letak sini.
boleh dijadikan rujukan bile dah bergelar bapa nnti..uhuhhuu
.-= apiih´s last blog ..10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak =-.
ye apihh,sila la jangan malu singgah sini bila saat nya tiba nanti ye..
fuhh.. pakai jadual tue.. hehe, planning nampak. Ahaks, kte takde komen senanye sebab takde anak lagi, gilfren pun takde lagi.. jadual kelas ade laaa.. ahah!
hahaha,planning mesti ada dik..
eh takpe..ikut dulu jadual kelas tu ye,nanti tiba masanya baru boleh ikut jadual ni..ahaks..
salam cikmin;
nak tambah lagi ke? hehehe…dah pernah baca pasal nih kat mingguan wanita ke kat mana tak ingat dah….tapi bagus lah info nih untuk adik2 yang baru kawin nih kan…hehe
.-= shiori´s last blog ..sambutan hari ibu =-.
salam shi,takde la..saje nak share dengan kawan2 kat sini.Tu la..masa first babu dulu cikmin tak kisah pun,bila dah nak plan yang kedua baru la tanya2 pendapat dan petua.
bagus tips nie !
boleh bg petua kat sepupu yg baru kahwin .. haha
.-= zqah´s last blog ..TATiUC Mula Ambil Pelajar Luar Negara =-.
ye bagus dik,nanti boleh buat rujukan ye..
Ifti nak anak laki huhu..dah usaha berbagai tp blom ade rezeki lagi huhuh..nti try cikmin nye info mana tau kot leh dapat anak laki …kot allah nak bagi secepat mungkin
.-= ifti´s last blog ..The Day After Tomorrow =-.
insya’ALLAH..doa banyak2 ifti.Kena jugak berusaha kan.Rezeki tak datang macam tu je.Cikmin doakan agar hajat ifti nanti tercapai..amin.
thanks for sharing good info, org2 baru kawin mcm saya ni mmg tak tahu apa2 pun hehehe
.-= farenova´s last blog ..Perkataan dan Illustrasi =-.
welcome dear,lepas ni boleh la cuba fare..
sharing is not only caring but loving too bebeh!
one more boleh jugak cuba petua ni, tuk sape nak anak pompuan,dari hari pertama mengandung tu cubalah mengiring tidor belah kanan tiap2 mlm…Insyaallah jadi….
agak2 camne nak tahu hari pertama kita mengandung tu? ihiks..
Cikmin buat perkongsian dengan entri kaedah merancang anak kembar
ProfHariz´s last [type] ..Harga Petrol Ron 97 Naik 5 sen
@ProfHariz, erkkk..bila masa pulak hang komen entri ni..tak perasan cikmin..malas nak kaji dah sebab bujang kenit dah last..
cikmin´s last [type] ..Tepat 12 malam ni takde hadiah dah!
HAI SEMUA BLH JOIN X??SY ADA ANAK KEMBAR SEPASANG
salam saya dah 4 thn berkahwin mmg nk sgt ank lelaki,tp saya dapat ank perempuan setahun satu.yg sulong 2thn5bln yg kecil 1thn 6 bln.jd saya merancg nk ank lelaki mgkin dalam tahun 2012.klu dapat seorang lelaki pun jadi la.saya ingin cuba kaedah diatas.harap2 dapat la.
cek min mksh atas info ni,,,tmi akak tk pham klau best dy kita bln 11 klau nk merancang lah kn nk dpt bby boy kna ikot kolom umur 32/33 untuk th 1212,,tlong tngok kan cik min jasa mu di kenag,,,,,manusia hanya berusaha tuhan yg tentukan
bagi sy pulak, kalau nak dapat ank lelaki banyakkan pusing sebelah kanan, kalau perempuan pulak banyakkan pusing sebelah kiri….
alahai..kalau ikut anak yang no 1 dan 2 betul..dan yang no 3 pun bakal lelaki juga…
salam cik min,
anak sy dua2 boy..tingin nak anak pompuan..
ikutkan besday sy bulan 9,2011 ~ 29thn..so camne nak baca calendar tu..leh tlg ajr x?
{ 1 trackback }