Home >> Food & Receipe >> Laksa Sarawak

Laksa Sarawak

by cikmin on May 31, 2010

Salam,
Happy Birthday Hubby Sayang !!!
Tayang salah satu menu petang semalam,macam la banyak sangat menunya,hihihi.Menu untuk tetamu blogger dari klang.Wah,bising rumah dengan suara kami je sembang,ketawa punya besar,dah tak cover-cover kesopanan langsung.Eh memang camtu la cikmin kot,takde nak cover beauty ke hapa,sebab memang tak beauty pung!Layan resepi Laksa Sarawak dulu,tetamu blogger reveal kemudian,hehehe. :P

1st round cikmin,cover la kan


ini 2nd round lepas tetamu blogger balik,hihihi

Resepi Laksa ni cikmin copy paste dari dapur Hasue,dan rempah laksa sarawak yang istimewa ini juga datang dari Hasue,Thanks for everything dear.Memang dah mengidam nak makan ni dari faheem dalam perut lagi,masa rempah ni sampai cikmin pulak tengah berpantang 44 hari,tangguh lagi.Bila dah ‘merdeka’ tangguh lagi sebab terasa ralat dengan ‘kiriman’ cikmin untuk hasue pulak ambil masa berbulan-bulan nak sampai kerumah dia,hampess punya pos,tak pulak diorang kata nak pos naik kapal laut!Bila dah sampai ke tangah hasue,cikmin tangguh lagi,bape kali tangguh daaa,lastly rezeki Tetamu Blogger merasa Laksa Sarawak ni. :P

Bahan2 untuk Kuah:
1 peket pes laksa sarawak(600g)
2 liter air
500ml santan dari sebiji kelapa >sue guna santan kotak+air
1 mangkuk udang tanpa kulit (boleh letak byk ikut suka )
1 sudu teh garam * dan sedikit ajinomoto(tak letak takpe kot)
1/2 sudu teh gula*(*agak2 jer nih…lupa lak simpan banyak mana)

Cara2 menyediakan kuah laksa:
Panaskan 2 liter air dan masukkan pes laksa sarawak dan didihkan selama setengah jam-45 minit.
Tapiskan rempah laksa yang sudah dimasak tadi
Kuah laksa yang sudah ditapis dimasak kembali,masukkan sebahagian udang basah(selebihnya dicelur)dan tambahkan santan dan bahan2 perasa
Biarkan renih seketika dan sebatikan rasa..kalau nak cairkan sedikit kuah boleh tambahkan sedikit lagi air…
Apabila sudah sebati padamkan api…kuah sedia untuk digunakan…(panaskan sebelum diceduk ke dalam mangkuk)

Bahan2 Laksa(boleh letak ikut suka):
1 Peket Bihun-rendam sehingga lembut dan toskan-kalau x tahu camner leh tengok SINI(klik)
Isi ayam goreng-(ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit,dicarik2)
Cendawan hitam*
Udang*
Taugeh*(jika suka)
Telur rebus
Telur dadar(telur goreng bersama sedikit garam dan dipotong2)
[Bahan2 bertanda * dicelur/di rebus sekejap]
Bahan Sambal:
Belacan
Cili padi
Jus limau kasturi
Garam dan secubit ajinomoto
Cara menyediakan sambal:-
>Campurkan semua bahan dan kisar atau lecekkan sahaja pun ok..

tu dia..sampai tak nampak kuah laksa dah tu! :P

Laksa Sarawak ni memang sedap bagi tekak cikmin,makan pula dengan sambal belacan,perghhhhh! bukan setakat mak mertua lalu tak nampak…….tak payah sambung la,makan dalam punya! :P

Incoming Search Terms:

  • resepi laksa sarawak (652)
  • resipi laksa sarawak (180)
  • laksa sarawak resepi (112)
  • laksa sarawak (68)
  • cara membuat laksa sarawak (60)
  • resepi laksa sarawak asli (60)
  • rempah laksa sarawak (38)
  • sambal laksa sarawak (31)
  • cara buat laksa sarawak (30)
  • laksa (25)

{ 49 comments… read them below or add one }

yanmie May 31, 2010 at 8:58 am

amboi kak, terliur jadinya pg nie..hahaha siap ada 2nd round tu :) tengok je mmg sedap..rasa apatah lagi, xleh nk bercakap terus klu mkn..ehehe :)

psstt!! siapakah blogger itu..ihik :) cepat reveal nk tau gak..hahaha
.-= yanmie´s last blog ..Tolong jangan perlakukan bayi seperti ini =-.

Reply

yanmie May 31, 2010 at 8:59 am

aiyak…baru perasan, siap kepit lg udang tu..ehehee
.-= yanmie´s last blog ..Tolong jangan perlakukan bayi seperti ini =-.

Reply

cikmin May 31, 2010 at 9:32 am

hehehe..seksi tak posing udang kena kepit tu..auww!

Reply

cikmin May 31, 2010 at 9:35 am

hahaha..2nd round lepas yan balik.. :P nak tahu ke? jap lagi la..akak nak pi breakfast dengan abang kat luar kejap..petang kak nak buat kek florida pulak..huhuhu…

Reply

syida May 31, 2010 at 9:26 am

akak, sedapnye!
dah lama tak makan laksa sarawak ni.
panjang resipi tu…ntah bila la kita nak buat sendiri?huhuhu
.-= syida´s last blog ..Jom Ke Syurga =-.

Reply

cikmin May 31, 2010 at 9:30 am

hihihi..yang panjang tu bahan-bahan sampingan je syida..rempah tu yang dah siap..kalau belum,mahunya jadi satu page penuh ni resepinya.. :P

Reply

[Kazaztan Team] May 31, 2010 at 9:31 am

huhhh bersusun udang….dah lama tak pekena laksa sarawak nie
.-= [Kazaztan Team]´s last blog ..Kalaulah…(II) =-.

Reply

cikmin May 31, 2010 at 9:32 am

hihihi..cikmin ada lagi stok paste laksa sarawak ni..nanti pun nak buat lagi..sedapp!

Reply

fiezah91 May 31, 2010 at 10:24 am

laksa swk memang best..ahaha..
.-= fiezah91´s last blog ..AMARAN!! =-.

Reply

cikmin May 31, 2010 at 1:47 pm

owh…fiezah duk sarawak ye.. :)

Reply

kakngah May 31, 2010 at 11:01 am

aku x pernah lg rasa laksa srwk ni..
huhuhu!!
smlm blk kmpung.. umi msk laksa gak..
tp, laksa asam ler..
aku tukang mkn sajok.. hahhaha!!

Reply

cikmin May 31, 2010 at 1:48 pm

ko memang kan..saje la ko nak dera mak ko eh..ekekek..

Reply

kaklong May 31, 2010 at 11:45 am

kamik pun tak pernah makan..
kitak bg la resepi kt kamik..

piss..! cikmin nk tau…kakngah tu memang kuat makan…
hihihh..!
sorry yo kak ngah!

Reply

cikmin May 31, 2010 at 1:50 pm

ekekek..tetiba cakap sharawak dah ni.. :P tu dah ada resepi dah tu kat atas tu… :P owh ye ke..rahsia terbesar kakngah tu..hahaha..

Reply

eiyda May 31, 2010 at 12:57 pm

peh…sedapnyer akak…meleleh ayaq liuq ni.hehhe
.-= eiyda´s last blog ..eiyDa::Crocs haram dipakai,isu logo dan beza antara ory dan cap ayam :: =-.

Reply

cikmin May 31, 2010 at 1:51 pm

sedap ye..meh jemput makan kat rumah.. :P

Reply

apiih May 31, 2010 at 2:33 pm

ade udang la..walopon x suke sgt udang,tp nmpk sedap..ahaks…bestnyer,
.-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 7:50 pm

alaaa ko ni kan..ada je suka dan tak suka..kalau stroberi tu semua nya suka..letih la bakal isteri ko lepas ni kan..

p/s rugi tak kalau tak suka makan udang…ahaks…

Reply

kulanz May 31, 2010 at 2:54 pm

wah, special tu masakan, untuk tetamu blogger yang jauh xda? hehe..
tumpang ucap happy birthday juga.. blum terlambat lagi kan?
.-= kulanz´s last blog ..Rasionalkah Kenaikan Kos Belajar Memandu? =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 7:52 pm

terima kasih atas ucapan selamat ye lanz..

tetamu jauh tu kalau datang boleh aja cikmin masakkan.. :P

Reply

Ellis Suriyani May 31, 2010 at 4:42 pm

ehem..ellis datang lepaskan rindu.. :D

Reply

cikmin June 1, 2010 at 7:53 pm

oh ellis..maafkan cikmin ye..nant dah lega sikit cikmin pi jenguk sana balik..sekarang ni malam-malam selalu je tak sihat…ekekekek…

Reply

tehr May 31, 2010 at 5:37 pm

bro kulanz,
tetamu jauh dapat nengok gambar udang je.

dah lama juga aku tak makan laksa sarawak, nampak gaya kena pujuk orang rumah buat la…
.-= tehr´s last blog ..Perempuan Tak Pakai Baju =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 7:59 pm

lanz/tehr

hehehe,kalau ada tersesat ke semenanjung..apa salahnya kan..

laksa ni cikmin buat sebab dah ada rempah yang readymade..kalau nak buat sendiri..alamat tak makan la kot..banyak kerje nya.. :P

Reply

~asha~ May 31, 2010 at 9:20 pm

wah bestnye bertuko2 menu…

bila la dapur aku nak kembali aktif berasap…

hepi besday tuk suami cikmin
.-= ~asha~´s last blog ..pesal plak letak kat aku….aku kan Perempuan… =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 8:01 pm

thanks asha for the wish..

kenapa pulak dapur asha tak aktif tu..hihihi…

Reply

x-po June 1, 2010 at 1:02 am

adeh, sy paling benci kalau tgh lapa2 pstu msk blog yg ada pic makanan..huhu lapar…………
.-= x-po´s last blog ..APA PANDANGAN TENTANG ORANG MELEPAK DI KEDAI KOPI? =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 8:04 pm

adehh..maafkan la cikmin.. :( jangan la membenci..tak baik tau..

Reply

kakchik June 1, 2010 at 12:25 pm

bestnya… kita belum pernah makan laksa sarawak ni.

untungnya cik kamal dan yanmie sekeluarga dapat makan laksa dr air tangan cikmin.

ni tengah lapar dok fikir tgh ni nak makan apa.

dok ofis ni kenalah otak ligat sikit plan restoran mana nak terjah hehe.
.-= kakchik´s last blog ..Mari Belajar Qunut Nazilah Untuk Perlindungan =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 8:06 pm

alhamdulillah chik..apa yang cikmin idamkan ni dah tertunai..rezeki mereka la nak dapat merasa..ada sepeket lagi rempahnya tu chik..kot2 nanti chik nak merasa..bagitahu la..cikmin simpankan..hihihi..

Reply

kakchik June 2, 2010 at 11:08 am

mestilah nak cikmin… tapi tak tau bila pulak nak sampai ke bentong tu
.-= kakchik´s last blog ..Carilah Pasangan Biar Betul-Betul =-.

Reply

cikmin June 2, 2010 at 11:56 am

hehehe..tu la kan chik..cikmin ni nak sangat2 jumpa chik kat kelantan tu..sekalian pergi rumah abang ipar kat kb tu…

Reply

av June 1, 2010 at 2:44 pm

sedap tu kak, selalu makan laksa penang. Nak jugak rasa laksa sarawak macam mana
.-= av´s last blog ..Haiwan Di Jadikan Untuk Di Uji ( Kata Ali Rustam ) =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 8:05 pm

memang sedap..laksa sarawak ni sebab pakai santan kan..rasanya lemak-lemak la dengan campuran rempah yang kuat.. :)

Reply

kerja kosong June 1, 2010 at 11:20 pm

banyak kali gambar2x makanan sedap ni.. bikin air liur keluar la..
.-= kerja kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

Reply

cikmin June 1, 2010 at 11:46 pm

ekekeke..malu la kalau orang nampak air liur meleleh…

Reply

Mus DK June 2, 2010 at 4:24 pm

HOHO..
SEDAP TU..
.-= Mus DK´s last blog ..Petua Menghilangkan Sakit Sendi Tulang =-.

Reply

cikmin June 2, 2010 at 4:29 pm

ye memang sedap… :P
.-= cikmin´s last blog ..Florida Torte =-.

Reply

HaSue June 30, 2010 at 7:35 pm

salam kak..last2 dpt gak baca entri laksa sarawak ni.hehe..nampak menggiurkan laa kak..terasa2 kat tekak ni..tau tak aritu sue ngidam nak makan laksa sarawak..haha..nak masak sendiri mmg x larat tau aritu..terpaksa gi kedai makan yg 53km dr umah..semata2 nak telan laksa sarawak.ekeke..sibbaik berbaloi. sibbaik kena ngan selera akak..hehe.. apa2pun nak wish gak hepi belated besday buat Cik Kamal..semoga berbahagia selalu hendaknya..aminn
HaSue´s last [type] ..Cerita Mini Reunion 2010

Reply

kaktus hijau May 1, 2011 at 3:11 pm

sy x besa la mkn laksa sarawak…..sedap ka….tringin nak buat….

Reply

cik amy May 1, 2011 at 7:02 pm

pandai kak min buat..
cik amy´s last [type] ..Pesta Buku Antarabangsa

Reply

Nadia October 4, 2011 at 11:43 am

Slm Cikmin,
Alaaa, kena pakai pes dia ke? Takde cara ke nak buat pes sendiri?
mana pulak la nak dapat pes laksa sarawak kalau jauh di perantauan. terliuq cheq tgk laksa sarawak cikmin nih. :|
Nadia´s last [type] ..Umrah

Reply

cikmin October 5, 2011 at 7:45 am

ha ye dear…cikmin pun import dari sarawak pastenya..hehe..cuba search di google kot ada resepi paste laksa sarawak ni.. :P

Reply

iskandar April 12, 2012 at 5:17 pm

Berita baik untuk peminat Laksa Sarawak di Semenanjung Malaysia.
Saya adalah pembekal pes Laksa Sarawak Hj Manan dan kini berada di semenanjung malaysia. Sekiranya anda berminta untuk membeli pes tersebut, sila hubungi saya 019-8299460 atau email ke iskandarudin@yahoo.com. Order juga boleh dibuat secara online melalui page FB Laksa Sarawak Haji Manan.

Reply

siti khadiijah May 23, 2012 at 9:25 pm

laksa sarawak mana ada letak cendawan. Aslinya letak ayam yang telah direbus lalu dicarik halus, telur dadar dipotong halus dan taugeh. ayam jangan sekali-kali digoreng. hancur resepi sarawak. ni mesti bukan orang sarawak ori.

Reply

cikmin May 28, 2012 at 9:18 am

alahai cik siti..saya ni bukan orang asli sarawak..salah ke saya nak makan ikut cara saya?yang pasti rempah laksa sarawak ni..orang sarawak yang pos ke saya..kalau nak berkomen kat sini..jaga sensitiviti orang sikit boleh???

Reply

zamzarina May 30, 2012 at 10:48 am

alahai, cik min ni yang nak sensitif sangat ni kenapa. si khadijah cakap betul la. original laksa sarawak tu macam mana. dok emo sangat aih. benda simple ja kot. memang dasar ponan ah

Reply

cikmin June 1, 2012 at 7:06 pm

zamzarina..pesal tangan tu kurang ajar sangat eh?saya saja tak mau delete mesej u ni tau..dan saya tau lokasi u kat mana…so berhati hati bila nak tinggal komen kat sini.
cikmin´s last [type] ..Hayat Acai Berry LIFE Begins

Reply

Kerry Baisley November 17, 2012 at 9:41 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: