Salam,
Pagi ni cikmin nak share dengan korang resepi yang boleh kita kitarkan semula @ recycle.Pernah dengar tak Nasi Lemak dikitar semula menjadi Bubur Lambuk? atau Nasi lebihan semalam jadi Roti Nasi yang gebu?Haaaaa,kali ni kalau ada lebihan nasi tu jangan di buang tau,kalau dirumah cikmin ni jarang kami buang sebab cikmin akan masak cukup-cukup je,hehehe.
Resepi yang pertama ni cikmin memang dah pernah cuba,memang kerap jugak buat selepas tu,dapat resepi ni dari orang jepun eh silap,orang melayu kita yang duduk di jepun nun,Ros.Pemilik Jintanmanis.com ni seorang yang pakar bab-bab meroti ni,jadi tak hairan la Resepi Roti Nasi ni terhasil…
Resepi Roti Nasi
Bahan-bahan
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam
Cara-cara
Mula-mula aktifkan dry yis,masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 (mcm gambar kt bawah ni)
letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.
Nota cikmin:Roti nasi ni kita boleh pelbagai kan seperti letakkan inti kacang merah,kaya atau boleh balutkan adunan roti nasi ni dengan sosej.
Resepi @ tips yang kedua ni cikmin belum cuba lagi,sebab nasi kat rumah ni tak pernah tak habis.
Kalau tengok resepinya macam menarik je kan.Lebihan Nasi Lemak menjadi Bubur Lambuk Recycle yang sedap!
Resepi Bubur Lambut Kitar Semula
Bahan-bahan:
Nasi Lemak yang tak habis
Daging/ayam/udang-ikut suka,kalau bubuh semua pun sedap
Sedikit Lada Hitam Serbuk
Serai, tu bagi ketuk dulu kot yuka.
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Masukkan nasi tadi ke dalam periuk,tuang air ke dalam periuk yang berisi nasi lemak tadi
Masukkan serai ketuk,daging,ayam,udang dan sedikit lada hitam dan masak kan di atas api
Masukkan garam jika perlu dan biarkan nasi itu masak sehingga pecah-pecah kata puan Yuka.
Tadaaaa.dah siap Bubur Lambuk Recycle,kata Puan Yuka lagi..dia cakap tu sebab dah terai kot..
Nota kaki dari Puan Yuka: Nasi lemak tu kan dah siap bersantan,so takyah la masukkan santan lagi dan masa
nak makan tu tabur daun bawang dan bawang goreng..wah betol2 ho liau! (Puan Yuka ni kalau bab
recycle kan barang memang cekap)
Incoming Search Terms:
- resepi bubur nasi ayam (30)
- resepi bubur nasi (21)
- resepi roti nasi (21)
- www jintanmanis com (20)
- resepi bubur lambuk kelantan (15)
- resepi lebihan roti (13)
- bubur nasi daging (7)
- Resipi bubur nasi (7)
- jintanmanis com (3)
- roti nasi (3)






{ 22 comments… read them below or add one }
sekarang macam-macam dah boleh recycle ye…
baru tak membazir…hehehe…
sedap tak roti tu?…
ye lorrr..tak baik membazir “sebutir nasi setitik peluh petani”
sedap..lembut dan gebu sangat…
@cikmin,
lg pun beli dgn duit no… mmg xbaik membazir
aku.. kalau ns xhbs.. alik2 buat ns goreng.. hihihi!!
hahaha..ok jugak tu..kitaran semula jadi nasi goreng..huhuhu..
.-= cikmin´s last blog ..Nasi Kitar Semula =-.
@cikmin,
itu jek yg lakunya…
akak selalu gak buang ns sebab tak habis. msk suku pot pun payah nak habis. pas ni akak nak try lah roti nasi tu.
lorrr..sayang nya kak..try la..dulu masa memula ros kuar resepi ni..ramai yang duk cuba..macam2 versi ada tau…
.-= cikmin´s last blog ..Nasi Kitar Semula =-.
@cikmin,
ada mcm2 versi.. blh try & error ikut versi
kena cuba nih…macam2 boleh jadi bila nasi di recycle kan!
.-= izan ishak´s last blog ..Kenapa Kita Melahirkan Anak? =-.
ye izan..sila cuba..tak rugi kalau hasilnye bes..jangan nasi basi dah la..sakit perut lak kang..lain la kalau nak buat tapai..hihihi…
.-= cikmin´s last blog ..Nasi Kitar Semula =-.
Alolo baguslah cikmin ni. Macam2 petua plus resepi dia bagi. Nak tirulahh =P hehehhh
.-= Zida´s last blog ..Lepas Ni Saya Tak Blogging Dah =-.
hihi.sharing not only caring..but loving too bebeh..
tiru terai test ok…
.-= cikmin´s last blog ..Nasi Kitar Semula =-.
mcm best jea .. blh try nie !
nasi jadi roti .. rasa mcm roti tak ? hahaha
.-= zqah´s last blog ..Cara Memasang Iklan Nuffnang Sidebar ( Skyscraper ) =-.
nasi tu kalau basi mcm mane?koma terus kalau makan
teringat iklan raja farah masa kecik dulu tu pasal sebutir beras setitik peluh petani
.-= akuvision´s last blog ..Selamat Hari Guru! =-.
dulu pernah ce dokumentari..najis manusia dikitar semula jadi kristal….erk..pastu tak beli kristal dah…huhu..lama da pasal dokumentari tu..awe tak ingt bile
ye ke awe..euwwww..tak rela ai u…
hehe terliur seh cikmin ..kalu dok umah cikmin hari leh gemok hahaha
.-= ifti´s last blog ..Syah Jihan Episode 02 =-.
salam.
macam best je resipi yang akak kongsi ni. nak try dan di praktikkan tak boleh lah. sebab saya duk umah bujang. nasi bungkus je
wasalam
hihihi..cepat-cepat la cari orang rumah ye..
Various people in all countries take the home loans from various creditors, just because that is comfortable.
{ 1 trackback }