Nasi Lemak Hijau hidangan brunch hari ni,resepi ambil dari blog Mat Gebus,sesuka hati cikmin tambah ‘s’ ye
masa resepi memula keluar,merata-rata blog masakan dah mencuba resepi ni,memang dah lama simpan dalam tekak ni,bila la nak buatnya.
Sempena wesak day ni,layan la Nasi Lemak Hijau dari cikmin pulak.
Bahan-Bahannya:
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan (cikmin pakai beras biasa)
1 biji kelapa diparut
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Bahan Sampingan :
Sambal ikan bilis dan telur puyuh
Crunchy Cornflakes Chicken
Hirisan timun
Cara membuatnya :
Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan “ON” dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!
Ada lebihan kepak ayam malam tadi dalam freezer,cikmin buat Crunchy Conflakes Chicken,licin you! Sekarang waktu dah pukul 2.30 petang,perut masih terasa kenyang,kalau lapar nanti,boleh makan lagi nasi lemak hijau ni,lalalala.
Number of View :3115Incoming Search Terms:
- resepi nasi lemak paling sedap (385)
- resepi nasi lemak sedap (223)
- resepi nasi lemak pandan (112)
- resepi sambal nasi lemak sedap (87)
- resepi sambal nasi lemak paling sedap (64)
- resepi nasi lemak hijau (55)
- resepi sambal nasi lemak power (51)
- resepi nasi lemak (42)
- nasi lemak hijau (41)
- sambal nasi lemak paling sedap (38)




{ 20 comments… read them below or add one }
salam cikmin.
ni yang rasa nak cepat2 terbang ke bentong ni.
kalau dapat merasa nasi lemak hijau ni kan ke best.
nak kena tiru cikmin la nanti.
chik nak kena ke pasar dulu, lengkapkan barang dapur.
.-= kakchik´s last blog ..Hanya mahu tamatkan satu semester saja lagi =-.
salam kakchik..meh la kakchik..kalau betul2 nak datang nanti cikmin masak nasi lemak hijau ni ye..
ye la kan chik..baru berpindah ni..mesti ada yang tak lengkap lagi barang2 dapur tu..dah lengkap nanti baru sedap nak memasak..
Cikmin dah cuba ke? sedap tak?
uikss..soklan apa ni? dah cikmin masak memang la cikmin dah cuba..siap makan 2x dah pun..
waahh..nasi lemak ni nampak sedap la,sbb nasi die kaler kuning,cam nasi ayam..hehehe
.-= apiih´s last blog ..I’ve Got the T-Shirt =-.
sebenarnya kaler nasik ni macam nak hijau..pakai pandan pure punya..tu yang kaler suam-suam kuku je..hehehe..memang sedap..nanti suh mak masak ye..
@cikmin,
ns hijau. blh matching ngn air jimi asmara
cikmin…..
dgg aku elok je dlm esbok lg..
dapo aku bocoq! huhuhuhu!!
hukum buang dh tu.. xblh reper lg dh..
lorrr..takpe la..ko pi beli dapur baru..nanti boleh masak sedap2 ye..
@cikmin,
kehkehkeh!!!
dh beli pun…
besok nak try resepi ni plk.. suruh isteri buat, hehe
ye sila la try..tak rugi la..
@kulanz,
jgn lup abuat 1 salinan resepi utk isteri
salam ziarah sini, sedap tu nasi lemak pandan!
.-= akuvision´s last blog ..Candy Grabber Permainan Unik! ( REPOST ) =-.
salam AV…so apa cite menu2 yang az dah bookmark,jadik?
.-= cikmin´s last blog ..Saya Bakal Pengedar Psst!..Psst! MJ =-.
@cikmin,
of coz jadikkkkk
cikmin tergugat iman ifti tgk masakan cikmin yang ade umpphhh…melelh air liur nasib baik tak pregnant kalu x anak kuar air liur kuar je hehee…
ye ye jek la ifti ni..masakan biasa je tu..tengok resepi buat,pastu tonggek2 la sikit masak nak shoot gambar tu..hihihi..
.-= cikmin´s last blog ..Teh Ala Arab =-.
@cikmin,
kehkehkeh..
dasa skil ko menembak eh…
@kakngah,
*dasat
{ 1 trackback }