Home >> Cerita Artis, Filem dan Drama >> TV3 terbaik!Tiga lagi slot menarik mampu pikat penonton TV3

Salam,ada sesapa nak teka bangunan dan lokasi dalam header cikmin dot com tu? ada ganjaran untuk anda! :) Sape dapat teka tepat dan terawal,cikmin bagi topup rm10!–(kakngah dah jawab dengan tepat)

Merujuk tajuk entri,TV3 terbaik! memang best dan mantap drama-drama yang ditayangkan kepada penonton.Cikmin sendiri kalau menonton drama suka yang dari tayangan TV3,siaran lain ada jugak tengok cuma keutamaan tu lebih ke TV3 la.Macam sayang cendana yang dah mula siaran nya semalam,cikmin tak berkesempatan lagi nak tengok.Kalau baca di blog Yanmie,macam menarik je ceritanya.Okey takpe,petang ni cikmin akan cuba pujuk anak-anak dara cikmin yang comel tu bagi ibu kontrol remote.


Seperti biasa Slot akasia Adamaya masih menjadi pilihan cikmin setiap hari Isnin dan Khamis pukul 6.30 petang.Malam ni pulak episod akhir Asmaradana,tak sabar jugak nak tengok ni.Pada sesapa yang terlepas episod-episod kedua-dua drama diatas,boleh la menyaksikan online di www.dramamelayu.com. :)

SEPANJANG Mei ini, tiga lagi slot menarik stesen televisyen TV3 bakal menghiasi dengan drama bersiri menarik. Antara slot itu seperti Lagenda, Samarinda dan Senda Pagi. Slot Lagenda dengan Sayang Cendana, Slot Samarinda, Noktah Erna dan Slot Senda Pagi dengan Da’Bomba.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata, setiap slot drama di TV3 cukup berlainan dan ia dikategorikan agar memberi kemudahan kepada penonton memilih genre terbaik.
“Dari genre aksi ke percintaan, seram hingga ke lagenda pastinya akan menatapi cita rasa penonton. Kami berharap drama ini dapat memberi kepuasan kepada penonton dalam meneruskan legasi drama terhebat di TV3,” katanya.

Sayang Cendana yang disiarkan bermula 3 Mei setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang mengisahkan percintaan antara manusia dan puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa.

Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta. Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya.

Slot Samarinda, Noktah Erna yang mula disiarkan 5 Mei ini setiap Khamis jam 11 malam mengisahkan Erna, seorang graduan luar negara yang pulang ke tanah air setelah tamat belajar. Bersamanya ketika pengajian ialah Shamsul iaitu jirannya sendiri.

Setelah bergelar graduan, kini Erna bekerja di syarikat bapanya manakala Shamsul pula sebagai seorang pensyarah. Mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap masing-masing tetapi masih menyimpan erat perasaan cinta yang terjalin. Drama ini dilakonkan Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani.

Bagi Slot Senda Pagi iaitu Da’Bomba yang mula disiarkan 6 Mei ini setiap Khamis jam 11 pagi memaparkan kisah ahli bomba dan isteri yang penuh dengan suka dan duka dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. Hubungan kekeluargaan dan kejiranan sesama mereka yang setiap hari diwarnai dengan pelbagai ragam serta kerenah isteri yang pastinya akan mengundang gelak dan tawa. Saksikan keberanian ahli bomba yang menyelamatkan orang awam yang di dalam kesusahan dan kehidupan seharian isteri dalam Da’Bomba. sumber

Incoming Search Terms:

  • telemovie pukul 2 petang (33)
  • drama pukul 2 petang (24)
  • pukul 2 petang download (22)
  • cerita indonesia tv3 pukul 2 petang (4)
  • sinetron indonesia pukul 2 petang di tv3 sekarang (3)
  • drama lakonan rita rudaini noktah erna (2)
  • tajuk cerita pada pukul 4 30 petang-tv 3 (1)
  • senarai cerita indonesia disiarkan 2 petang di tv3 (1)
  • tv3 pukul 2 (1)
  • cerita indonesia tv3 pukul 2 (1)

{ 24 comments… read them below or add one }

Piston Pecah May 4, 2010 at 1:04 pm

dah habis rupenyer asmaradana ek?last episode malam ini?noktah erna tuh macam boring jek?hihi..mungkin sebab ada rita rudaini kot..dah taw sangat camne lakonan dia…
.-= Piston Pecah´s last blog ..Zaman Berubah,Dunia Semakin Maju di tempat yang sama? =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 1:09 pm

ye malam ni last..kalau tgk gezet malam td..suami azizah kena tembak rasanya..adoiiii…my iqram…huhuhu…
ermmm..rita ok apa lakonannya..tp kalau semua drama lakonan semacam jek pos tak bes gak kan..kita tgk je la nanti.. :) tak mahu teka ke lokasi atas tu?

Reply

ieda May 4, 2010 at 1:29 pm

tak penah tgk pic atas tu tapi cantik :) kat nogori sombilan kot, hehhehe!! Byk nyer citer menarik cikmin tapi yang ieda tgk adamaya je, heheh :)
.-= ieda´s last blog ..SAYA ADA HADIAH UNTUK KAMU JIKA KAMU BERI IDEA YANG MENARIK UNTUK KU :) =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 1:36 pm

hihihi..ada kaitan..tapi bukan dalam malaysia..mmg byk kan..adoii..lappy nak tgk tv nak tgk..huhuhu..

Reply

Pisyek May 4, 2010 at 1:48 pm

adamaya best, tapi tgk kadang2 je… xde mase nak tgk tv la.. huhu..
.-= Pisyek´s last blog ..Cara terpantas selesaikan Rubik =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 2:01 pm

huhuhu..kalau malas susah la nak kata..tp adamaya memang best!

Reply

yanmie May 4, 2010 at 2:00 pm

sayang cendana tgk smlm mmg best…yg lg dua esok lusa baru main kt TV..ehehe tgk camne klu yan tgk menarik blh review :)

tp tgk promo noktah erna tu cam best je :)
.-= yanmie´s last blog ..Sayang Cendana – Slot Lagenda TV3 =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 2:08 pm

tu la..akk dah bagitahu baby nak booking cenel kul 4.30ptg..hehehe..akk tgk promo noktah erna tu malam td..rita rudani berlakn..mcm bes jek jugak.. :)

Reply

ngexz May 4, 2010 at 3:12 pm

tv3, terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Reply

cikmin May 4, 2010 at 3:16 pm

ekekekek :P

Reply

kakngah May 4, 2010 at 3:16 pm

dh nk hbs dah asamradana??
sebbaik rmh aku ada 2 tv. xperlu rebut.. ;p

aku bersiaran dr rmh pulak ni
cam nak mampos uplod gambar. tenet sengal pulak time ni..

cikmin, aku try jwp eh….
jam gadang, kota bukit tinggi, sumatera barat
.-= kakngah´s last blog ..Korang Tak silap =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 3:26 pm

tet!!!! aku bgtahu ko ke jawapan tu?

Reply

kakngah May 4, 2010 at 3:56 pm

ish.. mn ada ko bgtau aku…
aku gugel kat mokcik wikipedia yg gojes
sambil suai & padan gambar menara tu..
ngeh!ngeh!ngeh!

Reply

cikmin May 4, 2010 at 4:20 pm

hahaha…ok2 ko betoi..dan menang topup rm10!

Reply

dayangjack May 4, 2010 at 5:39 pm

salam cikmin.

kte lambat sampai…nk teka ape kebondonya building tu td….hihik. Actually, mlm td kte dh visit jap nengok kaler fav ni…mmg cantik n creative! very impressive! Congrats ya!…
.-= dayangjack´s last blog ..Udang Masak Merah Berempah =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 5:53 pm

salam DJ..hihi..tu la kan..terlambat sikit ye..tak ramai yg teka pun.. :P thanks DJ…

Reply

sue May 4, 2010 at 6:00 pm

Ya la cik min..syok2 tuh..

Passsttt!..wahhh..cantik header baru cik min tu..Gambo posing ngan cik abe tuh..Cantik…
.-= sue´s last blog ..Kenduri & Jusco =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 6:08 pm

hihi..layan je kan…thanks sue.. :) tu posing asing2 tau…
.-= cikmin´s last blog ..TV3 terbaik!Tiga lagi slot menarik mampu pikat penonton TV3 =-.

Reply

zie fauzi May 4, 2010 at 6:20 pm

cantik header tu,cikmin.. nak teka pun,kak ngah dah teka betul..
takder rezeki.. huhuhu..
.-= zie fauzi´s last blog ..PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA APRIL GIVEAWAY BY ZIE FAUZI =-.

Reply

cikmin May 4, 2010 at 6:24 pm

makasih zie..hihihi..kak ngah kerja keras tu nak tahu lokais..insya’ALLAH lain kali ye zie..pasti ada :)
.-= cikmin´s last blog ..TV3 terbaik!Tiga lagi slot menarik mampu pikat penonton TV3 =-.

Reply

kulanz May 4, 2010 at 8:27 pm

jarang betul menghadap TV3 tu.. menghadap blog jak selalu, hehe

Reply

cikmin May 4, 2010 at 8:39 pm

hihihi..sama la kita.. :) jeling jak tv sikit-sikit kalau cite tak best. :P

Reply

Hidier May 5, 2010 at 12:59 pm

oh tidak..ketinggalan nye saya pasal tv ni..huhuhu
.-= Hidier´s last blog ..Arkib : The Power of Asking =-.

Reply

cikmin May 5, 2010 at 9:03 pm

hihihi..takpe nanti boleh tonton online je kan… :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: