Home >> Cerita Artis, Filem dan Drama >> TV3 terbaik!Tiga lagi slot menarik mampu pikat penonton TV3

Salam,ada sesapa nak teka bangunan dan lokasi dalam header cikmin dot com tu? ada ganjaran untuk anda! :) Sape dapat teka tepat dan terawal,cikmin bagi topup rm10!–(kakngah dah jawab dengan tepat)

Merujuk tajuk entri,TV3 terbaik! memang best dan mantap drama-drama yang ditayangkan kepada penonton.Cikmin sendiri kalau menonton drama suka yang dari tayangan TV3,siaran lain ada jugak tengok cuma keutamaan tu lebih ke TV3 la.Macam sayang cendana yang dah mula siaran nya semalam,cikmin tak berkesempatan lagi nak tengok.Kalau baca di blog Yanmie,macam menarik je ceritanya.Okey takpe,petang ni cikmin akan cuba pujuk anak-anak dara cikmin yang comel tu bagi ibu kontrol remote.


Seperti biasa Slot akasia Adamaya masih menjadi pilihan cikmin setiap hari Isnin dan Khamis pukul 6.30 petang.Malam ni pulak episod akhir Asmaradana,tak sabar jugak nak tengok ni.Pada sesapa yang terlepas episod-episod kedua-dua drama diatas,boleh la menyaksikan online di www.dramamelayu.com. :)

SEPANJANG Mei ini, tiga lagi slot menarik stesen televisyen TV3 bakal menghiasi dengan drama bersiri menarik. Antara slot itu seperti Lagenda, Samarinda dan Senda Pagi. Slot Lagenda dengan Sayang Cendana, Slot Samarinda, Noktah Erna dan Slot Senda Pagi dengan Da’Bomba.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata, setiap slot drama di TV3 cukup berlainan dan ia dikategorikan agar memberi kemudahan kepada penonton memilih genre terbaik.
“Dari genre aksi ke percintaan, seram hingga ke lagenda pastinya akan menatapi cita rasa penonton. Kami berharap drama ini dapat memberi kepuasan kepada penonton dalam meneruskan legasi drama terhebat di TV3,” katanya.

Sayang Cendana yang disiarkan bermula 3 Mei setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang mengisahkan percintaan antara manusia dan puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa.

Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta. Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya.

Slot Samarinda, Noktah Erna yang mula disiarkan 5 Mei ini setiap Khamis jam 11 malam mengisahkan Erna, seorang graduan luar negara yang pulang ke tanah air setelah tamat belajar. Bersamanya ketika pengajian ialah Shamsul iaitu jirannya sendiri.

Setelah bergelar graduan, kini Erna bekerja di syarikat bapanya manakala Shamsul pula sebagai seorang pensyarah. Mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap masing-masing tetapi masih menyimpan erat perasaan cinta yang terjalin. Drama ini dilakonkan Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani.

Bagi Slot Senda Pagi iaitu Da’Bomba yang mula disiarkan 6 Mei ini setiap Khamis jam 11 pagi memaparkan kisah ahli bomba dan isteri yang penuh dengan suka dan duka dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. Hubungan kekeluargaan dan kejiranan sesama mereka yang setiap hari diwarnai dengan pelbagai ragam serta kerenah isteri yang pastinya akan mengundang gelak dan tawa. Saksikan keberanian ahli bomba yang menyelamatkan orang awam yang di dalam kesusahan dan kehidupan seharian isteri dalam Da’Bomba. sumber

Number of View :2013

Incoming Search Terms:

  • telemovie pukul 2 petang (20)
  • drama pukul 2 petang (11)
  • pukul 2 petang download (11)
  • telemovie pukul 2 petang download (2)
  • pukul 2 petang drama (2)
  • cerita indonesi tv3 pukul 2 (1)
  • pukul 2 petang telemovie (1)
  • sayang cendana episod 11 download (1)
  • senda pagi (slot tv3) wikipedia (1)
  • slot drama tv3 wiki (1)

{ 24 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: