Home >> My Family >> Untuk Mama dan Mami

Untuk Mama dan Mami

by cikmin on May 9, 2010

buat mama dan mami

Salam semua,tatkala cikmin menaip entri ni,air mata dah mula bergenang dan cikmin tak paksa air mata korang pun turut berenang-renang sekali kat mata tu ye.Ermmm,esok 9hb Mei Hari Ibu buat semua ibu,ummi,mummy dan mama.Tak lupa untuk bakal ibu jugak,ambil la semangat Hari Ibu ini semoga kelak bila dah bergelar ibu,korang akan tahu betapa indahnya menjadi seorang ibu,walau hakikat hakikinya hanya seorang ibu sahaja yang tahu.


Layan kan saja luahan cikmin yang agak merapu malam ni,setelah berpuluh tahun lamanya perasaan ini terpendam baru hari ini cikmin mampu luahkan.Tapi bila pikir balik,biarlah simpan yang duka-duka tu didalam hati je,kongsikan yang gembira sahaja disini.Untuk pengetahuan korang cikmin seorang yang amat bertuah kerana memiliki 2 ibu,seorang dipanggil mama iaitu mama cikmin sendiri dan seorang lagi cikmin panggil mami iaitu mak tiri aka isteri kedua abah cikmin.

Mama yang melahirkan akan tetap dihati selamanya,akan sentiasa keinginannya cikmin penuhi,dia dah banyak menderita tatkala kebahagiannya dirampas oleh seorang wanita lain.Sebagai anak yang masa tu masih sangat kecil,terpaksa akur dengan apa yang terjadi,mujur cikmin memilih mama,kerana hati ibu selalunya lebih seiring dengan kita,lebih memahami jiwa dan perasaan.

Kami akur dengan ketentuan Allah SWT bahawasanya bahagia yang kami lalui hanya milik kami berdua,tiada lelaki yang bergelar ayah atau suami bersama-sama kami bertahun lamanya.Sehingga la si ibu terpaksa melepaskan si anak kerana ada seorang lelaki telah sudi bergelar suami kepada si anak.Melayari rumahtangga hanya dengan restu si ibu,restu si ayah kami pohon walaupun hanya melalui telefon,Alhamdulillah kami masih bahagia bersama mama walaupun kami tak perlu duduk serumah untuk merealisasikan kebahagian kami bersama.Abah pula dah ada sesorang yang sudah tentu dapat membahagiakannya.Syukur jugak kerana mami mampu bertahan hidup berumah tangga bersama abah sehingga ke hari ini.

Pada Hari Ibu ni,cikmin sebagai anak berdoa agak kehidupan mama dan mami akan sentiasa diberkati,diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan.Untuk mama,terima kasih untuk segalanya,bersusah payah membesarkan saya seorang diri dan sehingga ke hari ini pun saya masih lagi menyusahkan mama (anak tunggal la katakan) :P Pada mami yang berada di Negeri bawah bayu,terima kasih juga untuk mami,kerana menjaga abah dan adik lelaki saya disana.Semoga suatu hari nanti,kita semua akan bertemu dalam suasana yang cukup harmonis,Insya’ALLAH.

Number of View :1517

{ 29 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: