Home >> Ayam, Food & Receipe >> Ayam Masak Kicap Buah Kiwi

Ayam Masak Kicap Buah Kiwi

by cikmin on June 9, 2010


Salam,
Entri last untuk hari ini,satu hari 2 entri cukup la kan,ekekek.Entri masak je bukan entri yang macam kamu dan kamu buat tu ye.Ilham nak buat Ayam Masak Kicap Buah Kiwi datang masa tengok rancangan Jalan-jalan cari makan dengan Serina Redzuan tu.Masa tu salah sebuah Restoran di Utara yang Serina pergi menghidangkan makanan yang ada letak Buah Naga dalam masakan.Wow!! teruja pulak bila melihat si Serina ni mengunyah makanan tu dengan penuh kenikmatan. :P

Oleh kerana Buah Naga tiada,cikmin gantikan dengan Buah Kiwi,cikkamal bagi thumbs up,sedap! ada rasa manis masam dihujungnya.Selalu kalau cikmin makan masakan yang berkicap ni,cepat terasa loyanya,tapi bila letak buah kiwi ni,takde pulak cikmin rasa macam tu.Tambahan pulak tadi ada Sambal Mangga,perghhhh! meletup! Meh tengok resepi,mudah je nak sediakannya.

Resepi Ayam Masak Kicap Buah Kiwi

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
3 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 sb cili kering kisar
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
2 biji buah kiwi dibelah 6
1 biji bawang besar dimayang
sedikit air
Bahan bertanda * dikisar

Cara-caranya:
Ayam di gaul bersama garam dan kunyit,goreng separuh masak.
Ambil sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi,tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya,kemudian masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kicap manis,kicap pekat,sos cili,sos tomato,sos tiram dan sedikit air,biar hingga mendidih
Masukkan ayam,kacau sehingga ayam masak,masukkan bawang yang telah dimayang dan buah kiwi,kacau biar mesra.Setelah buah kiwi nampak layu,tutup api,masakan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!

Nota cikmin: Ahad ni cikmin nak masak Ayam Masak Merah Buah Naga pulak. :P Salah satu hidangan untuk Majlis cukur jambul,naik buai dan selawat untuk Faheem.

Number of View :4284

Incoming Search Terms:

  • ayam masak kicap (218)
  • resepi ayam masak kicap (104)
  • resepi ayam kicap (21)
  • resepi daging masak hitam (8)
  • ayam goreng kicap (5)
  • buah kiwi (5)
  • resepi ayam masak kari (5)
  • ayam masak kicap resepi (5)
  • resepi buah kiwi (5)
  • resepi ikan putih masak sambal (4)

{ 30 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: