UPDATED:
Bersiaran mulai 12 Julai 2010 pukul 4.30 petang dan 8.30 malam.
TV3 Setiap Isnin hingga Khamis pukul 4.30 pm
TV9 Setiap isnin hingga Khamis pukul 8.30 pm

Auwww!Duyung lelaki yang sangat mantop kan? million credit for pics to blog Aku & Duniaku
owmner blog ni my peberet jugak,berlakon sebagai bapa fasya sandha.

Ouchh!sweetnya duyung boboy tidur,ada bantal mucuk lagi.

Duyung boboy dan duyung gegirl,hehehe.
Salam,
Selamat berhujung minggu semua,cikmin sedang bersiap-siap nak makan breakfast bersama keluarga di luar.Hajat hati nak ke Jom Heboh di Kuantan,tapi hubby cikmin malas pulak nak pergi,padahal dia tak bagi respon pun,ekekek.Sambil menunggu anak-anak bersiap,cikmin layan siaran LIVE dari JOM HEBOH Kuantan kat TV.
TV3 ada promosi Slot Lagenda terbaru iaitu Duyung Aridinata,wooow! kisah duyung lelaki ni beb,mesti seksi kan,mana la tahu duyung lelaki ada kuar 6 pack ke,tetapi duyung ni istimewa dari duyung perempuan taui,bacalah sinopsis kat bawah ni ok.
SEBELUM ini kita pernah menonton filem Splash lakonan Daryl Hannah, Duyung (Maya Karin) serta siri popular Filipina, Dyesebel di saluran Astro.Seringkali kisah sebegitu memaparkan percintaan antara makhluk ikan separuh manusia (perempuan) dengan lelaki normal. Namun, dalam siri terbaru Duyung Aridinata arahan Adam Hamid, kisah percintaan antara duyung lelaki dan gadis biasa pula ditonjolkan.
Ia antara lain mengisahkan perjalanan seekor duyung lelaki, Aridinata yang dikurniakan kaki untuk hidup di daratan dan mencari pasangan cintanya.Aridinata yang bertukar menjadi manusia biasa akhirnya berjaya menemui cintanya selepas bekerja di sebuah pusat peranginan, Hening Beach Resort. Namun tidak semudah itu dia menempuh kehidupan baru yang sangat mencabar kerana pelbagai konflik timbul.
Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Productions itu bakal menemui anda menerusi slot Lagenda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang bermula 12 Julai nanti. Ia dibintangi tiga teraju utamanya iaitu Zack X-Factor (Putera Aridinata) Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Drama ini menjalani penggambaran di lokasi utama sekitar Pulau Lang Tengah, Terengganu dan Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur. Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair.
Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.
Sumber.
Barisan Pelakon:
PELAKON: Zack X-Factor (Putera Aridinata), Fasha Sandha (Cleo), Natasha Hudson (Puteri Antartinka), Rozie Rashid (Permaisuri Naratiwa), Iz Hirzi (Bumtara), Shakilla Khoriri (Tom Diana Sufi), Tony Eusoff (Raja Singratdinata), Jasmin Hamid (Jamie), Maria Farida (Mek Melusa), Eizlan Yusoff (Rosli), Zain Saidin (Daniel), Mat Over (Pak Man Selam), Azhar Baharuddin (Zali), Mizie Suhaimi (Mizi), Mohd Nurul Afiq (Que), Che Putih (Mak Lang Itam), Khairul Anuar Mat Noor (Mail), Azza Elite (Datin), Enny Ridwan (Seri), Yaser Zeb (Datuk Walid).
Nota cikmin: Boleh layan la cerita ni kat TV3,kalau tak sempat boleh tengok online je nanti di dramamelayu.com
Episode 1
Incoming Search Terms:
- duyung aridinata (863)
- duyung (297)
- duyung aridinata episod akhir (204)
- cerita duyung (191)
- duyung aridinata episod 1 (60)
- pelakon duyung aridinata (56)
- cerita ikan duyung aridinata (54)
- video duyung aridinata episod akhir (50)
- Cerita duyung aridinata (36)
- lagenda duyung aridinata (35)

{ 59 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327
{ 1 trackback }