Home >> Berita >> Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

by cikmin on June 17, 2010

Tertarik dengan berita hangat ini,cikmin entri kan disini,cikmin minat dengan bekas pengacara TV3 ni suatu ketika dulu,Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim ,cantikkan dia,glowing betul muka dia ni masa belum kahwin dan selepas kahwin.Tapi tu la,cantik ni tak menjanjikan kebahagian yang berpanjangan jugak,masa mula-mula dengar berita dia berkahwin dengan Sultan Brunei,tumpang gembira sangat-sangat.Bila dengar dia dah diceraikan dengan talak 1,cikmin turut bersimpati.Semua kuasa tuhan kan,kita hanya mampu merancang.Dah lama tak dengar khabar Mazuin..


gambar sumber dari google

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.SUMBER


comel anak-anak dia :) sumber dari google

nota cikmin: Ya’ALLAH ,kau panjangkan la usia perkahwinan ku ini.

No related content found.

Number of View :17392

Incoming Search Terms:

  • mazuin hamzah (1984)
  • azrinaz mazhar hakim mencuri (521)
  • perkahwinan mazuin hamzah (364)
  • azrinaz mazhar hakim terkini (249)
  • gambar terbaru mazuin hamzah (237)
  • mazuin hamzah terkini (186)
  • azrinaz mazhar hakim (163)
  • pengiran bini mazuin hamzah (123)
  • gambar perkahwinan mazuin hamzah (116)
  • azrinaz mazhar hakim selepas bercerai (114)

{ 43 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: