Home >> Food & Receipe >> Asam Pedas Ayam Kuini @ kuinin

Asam Pedas Ayam Kuini @ kuinin

by cikmin on July 9, 2010

Salam pagi jumaat yang indah,
Malam tadi malam jumaat,pagi ni cikmin nak buang tabiat,post resepi bukan main cepat,padahal hidangan tengahari semalam yang terlewat,kehkehkeh.Ada mak kisah??Sekarang ni musim buah kuini @ kuinin bermaharajalela di kebun yan pasti bukan milik cikmin.First time masak asam pedas guna ayam,hari tu guna daging.First impression untuk masak asam pedas?uihhh sedap wei,letak pulak buah kuini @ kuinin perghhh..tak percaya pergi cuba,jangan buat muka pelik kat sini ye.


BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam di potong sederhana
cili kering kisar-ikut suka
3 ulas bawang merah*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
1 inci lengkuas*
Air/air asam jawa
Daun kesum dan bunga kantan
1 batang serai diketuk
1 biji buah kuini @ kuinin
Garam ikut rasa
Serbuk perasa(jika suka)
Minyak untuk menumis
*bahan bertanda dikisar

Cara-cara
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya,masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing.Masukkan ayam,air asam jawa dan air jika nak berkuah lebih dan biar hingga mendidih.Masukkan serai ketuk,daun kesum,bunga kantan dan garam juga serbuk perasa jika suka.
Setelah ayam empuk,masukkan hirisan buah kuini @ kuinin kacau dan biar seketika,setelah kuah nampak sedikit likat,tutup api siap untuk dihidangkan.

Nota cikmin:Apa yang peliknya dengan masakan lauk pauk yang letak buahan ni?Pernah dengar Asam Pedas letak buah nenas?Kejap lagi ada pulak Laksamana datang mengamuk!

Related Posts:

  1. Ungkep Hati Pedal dan Sambal Kuinin
  2. Asam Pedas Daging
  3. Masak Asam Pedas Ikan Patin
  4. Ayam Masak Minang
  5. Ayam Masak Merah Buah Naga
  6. Ayam Masak Kicap Buah Kiwi
  7. Ayam Percik ala Cikmin
  8. Mee Kari Sempoi
  9. Pajeri Terung
  10. Sambal Tempoyak Ikan Patin
Number of View :1088

Incoming Search Terms:

  • asam pedas ayam (12)
  • wanita hari ini resepi (2)
  • masakan pak engku (1)
  • resepi hari ini (1)
  • resepi masakan buah kuini (1)
  • koleksi resepi pak engku (1)
  • resipi ayam masak asam kuinin (1)
  • resipi buah kuini (1)
  • resipi pak engku (1)
  • wanita hari ini (1)

{ 12 comments… read them below or add one }

[Kazaztan Team] July 9, 2010 at 9:06 am

harus try nie…lain dr yg lain
[Kazaztan Team]´s last [type] ..Gunung-ganang Pemegang Bumi

Reply

kakngah December 27, 2010 at 8:33 pm

@[Kazaztan Team],

dah try belom resepi asam pedas ayam kuini cikmin tu???

Reply

Salmia July 9, 2010 at 9:25 am

baca tajuk je mia dah buat muka pelik cikmin. hehehe
Salmia´s last [type] ..SPARE TYRE- SPARE TYRE- -iklan Dr nano labcel

Reply

kakngah December 27, 2010 at 8:34 pm

@Salmia,

cer ko rasa.. aku rasa mesti ko mkn bertambah-tambah…

Reply

zqah July 9, 2010 at 9:50 am

terliur tengok ayam tuu kak min !

ada watermark barulah .. tempah jugak ke ?
zqah´s last [type] ..Drama Duyung Aridinatha Di Slot Lagenda TV3

Reply

kakngah December 27, 2010 at 8:35 pm

@zqah,

dah… dah…. lap ir liu yg meleleh tu..
hilang jelita taw….

Reply

izan ishak July 9, 2010 at 9:58 am

cikmin, kalau lauk2 letak buah ni selalu tgk pak engku masak kat tv3 tu. tp, rasa2nya cam sedap lah…menggoda tekak nih!
izan ishak´s last [type] ..Sarat Dengan Penumpang-

Reply

kakngah December 27, 2010 at 8:36 pm

@izan ishak,

pak engku tu selalu msk wanita hari ini.. suka tgk songkok tinggi beliau…

Reply

inahar ali July 9, 2010 at 11:20 am

perghhh cikmin..sure terangkat beb..mkn asam pedas taruh kuinin..x pernah wat lg camni..leh try nnti!! meleleh wehh…
inahar ali´s last [type] ..TALAM KACANG HIJAU

Reply

kakngah December 27, 2010 at 8:38 pm

@inahar ali,

tiba musim kuini nanti.. blh la try..

Reply

elly&emmy July 9, 2010 at 6:05 pm

waa…. ibu.. memang ada kelainan ni.. selalu nyer org letak tempoyak.. ni ibu letak kuini.. mama kami pun tak pernah terfikir cam ni.. hebat laa ibu ni..

Reply

kakngah December 27, 2010 at 8:39 pm

@elly&emmy,

blh la mintak mama refer dgn ibu.. kamu jugak yg untung.. dpt mkn sedap2.. :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: