Salam pagi jumaat buat semua,
Menu pertama cikmin hidangkan kat sini selepas berendam air mata hantuk kepala kat bantal dan guling-guling atas katil,Terima Kasih atas sokongan semua,macam biasa menu cikmin hidangkan kat sini takde la yang canggih sangat,setakat yang mudah dimasak,kalau ada yang canggih tu pun takat nama je macam Sambal Udang Bostadar tu,menu ni mudah je nak disediakan kalau buat untuk berbuka puasa pun okeh.Pada yang bekerja,balik dah waktu nak hampir berbuka, mesti nak cari resepi yang seringkas mungkin dan yang penting sedap.Jom tengok resepi..
Resepi Ayam Sos Madu-Saji
Bahan-bahannya:
500 gram ayam
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Sos:
1 labu bawang besar–kisar
2 ulas bawang putih-kisar
10 tangkai cili kering-kisar
30gm halia-kisar
1 batang serai-ketuk
3 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara-caranya:
1.Gaulkan ayam dengan garam.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bahan besar,bawang putih,cili kering dan halia sehingga naik bau.
3.Masukkan serai dan tuangkan sedikir air.
4.Masukkan madu dan sos cili.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.Tumis lagi sehingga pecah minyak.
5.Kemudian masukkan ayam dan gaulkan rata.Taburkan daun sup atau bawang untuk hiasan,nak makan pun takde yang marah.
Kat rumah ni lauk ayam acara wajib,cuma kena ubah-ubah style masak je,macam lunch hari ni pun akan ada menu ayam jugak,belum pikir ayam tu nak masak apa..ada cadangan?
Number of View :3570Incoming Search Terms:
- sos ayam (17)
- resepi ayam madu berempah (12)
- sos ayam madu (12)
- kuah ayam madu (6)
- ayam sos (5)
- cara buat sos madu (3)
- cari resepi sedap (3)
- kuah ayam madu resipi (2)
- resepi spaghetti kuah kari (2)
- resepi makanan berbuka puasa yang sedap (2)

{ 26 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327
{ 1 trackback }