Salam,
Malam tadi tengok Episode baru samarinda Laila Asyikin di TV3,tak puas la pulak,tv kat rumah ni sudah ada bunyi sound cengkerik la,Berdesing je,mengalahkan bunyik Vuvuzela kat World Cup tu.Korang tau tak asal usul vuvuzela tu?klik la SINI,bila tengok HARAP JANGAN PITAM ok.
Permulaan cerita yang agak bagus,kisah dunia korporat dah rasmi sangat dalam samarinda ni,boleh tengok yang lepas-lepas jugak mujur ada kisah cinta dalam setiap drama,memang menjadi favourite cikmin bila menonton.Baca sinopsis nya,sure boleh jadi tok embun ni,cikmin la tu.
Pada cikmin Laila dan Adam ni memang nampak asing sikit bila pegang watak utama,takpe kita bagi peluang mereka beraksi,mana tahu lakonan mereka bakal terkesan di hati seperti Nur dan Adam dalam Nur Kasih.Video credit to Dramamelayu.com,Jom layan drama-drama hebat di Fast TV Network l Drama Melayu Online.
Sinopsis
Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.
Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.
Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia 3 bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera. Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.
Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?sumber.
Number of View :2358Incoming Search Terms:
- pantat melayu (87)
- laila asyikin (56)
- www pantat com (53)
- www pantat (29)
- cerita pantat (28)
- laila asyikin episod 1 (22)
- www pantat melayu (14)
- tudung pantat (7)
- www pantat melayu com (7)
- Cerita pantat melayu (5)

{ 7 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327