Home >> Food & Receipe >> Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

by cikmin on July 15, 2010

sup ayam lengkuas @ tom khai gai

Selamat petang semua,

Ini menu lunch cikmin hari ini,dah lama dalam list menu,baru hari ni dapat masak,itupun ada jugak tak lengkap bahannya.Makan sup ni teringat pulak kat Khai Af1 :P tapi kat Tom Juara mystarz LG cikmin takde pulak ingat,walaupun dia kena pukul baru-baru ni,kesiankan.Rasa sup ayam lengkuas ni?ada macam rasa tomyam sikit,tapi lemak-lemak masam,ada ke perkataan ni?kira sedap la sup ni,anak-anak pun suka makan,boleh hirup kuahnya.Jom tengok resepi!

sup ayam lengkuas @ tom khai gai

Cikmin buat setengah ekor ayam je,cukup la sampai dinner,nanti boleh la buat Telur Dadar Mayonis sebagai lauk tambahan.

BAHAN-BAHANNYA :-) Resepi dari dapur Mat Gebu
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan “nampla”
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal “khas” (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

BAHAN SAMBAL “KHAS” :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris….Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee…Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja….
UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas

Nota cikmin:Terasa nak makan Apam Pisang.

Number of View :2495

Incoming Search Terms:

  • resepi sup ayam (62)
  • resepi bihun sup ayam (47)
  • resepi bihun sup siam (41)
  • sup ayam simple (35)
  • sup ayam (34)
  • bihun sup siam (33)
  • resepi sup ayam simple (20)
  • resepi sup siam (20)
  • resepi bihun tomyam (17)
  • sup ayam siam (14)

{ 20 comments… read them below or add one }

sue July 15, 2010 at 6:06 pm

Mak..ai kak..bunyik terus perut ni ha…
Memang sedap tu..kena try nih..mkn dgn bihun pun ok gak kot..Jd mcm bihun tomyam..heee
sue´s last [type] ..tak larat

Reply

cikmin July 15, 2010 at 6:15 pm

ekekek..cuba la terai sue makan dengan bihun.Nak ke?ada lagi kat dapur tu..tak payah sue buat dah..hehehe.. :P
cikmin´s last [type] ..Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

Reply

kakyong July 15, 2010 at 6:41 pm

adakah sos ikan tu yang menambah kesedapan sup ayam lengkuas ni…
kalo tak letak okay tak??

Reply

cikmin July 15, 2010 at 10:51 pm

cuba kakyong ganti dengan garam.. :) rasa ok jek kot kalau tak letak sos ikan.
cikmin´s last [type] ..Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

Reply

Amir July 15, 2010 at 7:44 pm

yummy… cam sedap…
Amir´s last [type] ..Penjenamaan Semula Oh Malaysia

Reply

cikmin July 15, 2010 at 8:29 pm

ye sedap.. :) adik beradik tomyam..
cikmin´s last [type] ..Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

Reply

14sept July 15, 2010 at 9:56 pm

mak oii.. terasa mcm banyak plak bahannyer… kalo jiya masuk apa yg ada jek. kikikikkii

Reply

cikmin July 15, 2010 at 10:49 pm

wei..akak pun ada yang tak legkap jugak..cendawan tu sume mana ada..licin jugak semua :P
cikmin´s last [type] ..Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

Reply

tehr July 16, 2010 at 2:12 am

tak suka ayam la cikmin
besok ada menu ikan lagi tak?
hehehe
tehr´s last [type] ..Apakah Mungkin

Reply

cikmin July 16, 2010 at 9:02 am

ekekek..tak suka ayam eh..

hari nak buat ‘colek ikan’ :P

Reply

etomyam July 16, 2010 at 2:26 am

terus terasa lapar awal-awal pagi ni bila tengok entry bergambar macam ni :D
etomyam´s last [type] ..Pengurangan Subsidi Gula Dan Petrol

Reply

cikmin July 16, 2010 at 8:58 am

kenapa eh,bila lewat malam tengok gambar pun boleh lapar? :P

Reply

kakngah July 16, 2010 at 8:54 am

aku amik resepi puding dr klong, sampai la ni x buat2 lg..
tmbh dgn TKG… tah bila la terlaksana….

atau

aku mmg mls masak????
hahahahaha!!!

Reply

cikmin July 16, 2010 at 8:56 am

aku bagutahu ringkas je ni..kau ni pemalas!!kehkehkeh..

Reply

kakngah December 30, 2010 at 8:35 am

@cikmin,

hahahaha!!
yg aku heran kan.. kan.. pemalas2 aku.. badan laju jek naik…

Reply

Ijan July 16, 2010 at 9:19 am

Salam cikmin…
Aduhai lama tak dapat jenguk cikmin ni…harap2 cikmin sekeluarga sihat2 ye… :)

Tom yam lengkuas ni best kan… buat seperiuk pun boleh habis ni. hehe
Ijan´s last [type] ..Jyväskylä Short Visit

Reply

cikmin July 16, 2010 at 9:25 am

Salam ijan,
Tu la,masa ijan balik mesia,cikmin jenguk2 kot ada update :P
semoga ijan sekeluarga pun sihat2 ye.
Ye memang,kami hirup kuahnya hingga ke titisan terakhir,kehkehkeh.

Reply

apiih July 16, 2010 at 10:07 am

waaah,…name xnak kalah.. Tom Khai Gai..ahaha..tp nmpk sdp sup nih..huhuhu
apiih´s last [type] ..Roti Sedap Tapi Ngeri!!

Reply

cikmin July 16, 2010 at 10:45 am

ekekekek..memang sedap lorrr..sesedap namanya.. :P

Reply

kakngah December 30, 2010 at 8:33 am

oho… aku ingt lg insiden tom juara mystar LG kene pukul…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: