Wah,menarik tertarik santek korang memang daboom la bertudung,ayu dan sopan santun je nampak liuk lentuknya.Petang tadi cikmin ada tengok promo Tudung Express ni di Astro Prima,ingatkan iklan apa,sekali tengok ada Lisa Surihani @ maya,macam best je cerita ni,tapi macam cerita lawak je.Nantikan kemunculannya di Astro Prima pada 8 Julai nanti.
p/s 100315,cantik tak nombor ni?
Sinopsis : Tudung Express
Lisa yang membawakan watak Erin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Seperti remaja lain dia tidak terlepas dengan masalah cinta kerana diintai oleh seorang jejaka yang meminatinya. Pada saya, watak Erin agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan oleh Lisa kerana ianya agak kelam kabut, kelakar dan dalam masa yang sama ambil berat mengenai rakan-rakannya.
“Julia membawakan watak sebagai seorang ibu bekerjaya. Dilema yang dihadapi pula adalah kerana sikapnya yang sangat mementingkan kesempurnaan. Linda membawakan watak sebagai Del, seorang wanita muda yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Keadaan itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah.
“Chermaine pula memainkan watak sebagai Mei iaitu seorang saudara Islam baru, dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya,” kata Faisal yang optimis drama tersebut akan disukai ramai apabila ditayangkan kelak.Ditanya mengenai keistimewaan ‘Tudung Ekspres’ dan bagaimana caranya dia membentuk keserasian di antara keempat-empat pelakon wanita tersebut, Faisal menjelaskan selain jalan ceritanya yang mengangkat dilema yang dihadapi oleh wanita bertudung, penampilan keempat-empat pelakon yang lebih sopan menjadi senjata untuk menarik perhatian penonton.
“Sebelum ini kebanyakan drama mengangkat watak wanita bertudung sebagai orang kampung atau gadis yang ayu. Tetapi di dalam ‘Tudung Ekspres’ kesemua watak yang digambarkan adalah gambaran wanita bekerjaya dan tidak takut menghadapi apa sahaja halangan untuk menggapai impian.
“Mengenai cara untuk mencipta keserasian, sebenarnya tidak susah. Walaupun ini kali pertama mereka berempat digandingkan, namun mereka bijak mencipta keserasian.
“Mungkin pada hari-hari permulaan, semuanya agak malu-malu tetapi lama-kelamaan perasaan malu itu berjaya dihapuskan. Malah mereka boleh berbincang dan berkongsi idea untuk menjadikan sesuatu babak itu lebih menarik,” jelasnya sambil menyatakan mengambil masa selama sebulan untuk proses penggambaran drama tersebut.
Kredit : gua.com.my & SINI.
Incoming Search Terms:
- tudung express (203)
- tudung (31)
- cerita lawak (30)
- tudung ekspress (17)
- pelakon tudung express (14)
- sopan santun (9)
- astro prima (4)
- tudung express online (2)
- tudung cantik (2)
- GADIS TUDUNG (2)


{ 12 comments… read them below or add one }
huhuhu..tak dapat la nak nengok eh sebab kat astrok..
takpe..nanti tengok kat sini ye..cikmin letak video..hehehe…
me too.. hehee..
dont worry uni..nanti cikmin letak video kat sini..
http://www.youtube.com/watch?v=wDba4x-KbF8
apa lagu promo citer ni ek .. bukan lagu sirna .. lagu yg ala ala rock indon .. best jugak …
jenama tudung yang diorang pakai tu…..
apa nama jenama tudung tu?
Lagu iklan tu eh shah? Bagai Puteri by Breakfast Band.
Adik sy vocalist band tu. hehe…
Kiut sangat Lisa… tapi bosan, macam iklan garnier versi setengah jam kenkadang!
ada lg ke tudung express skrg ni atau.. dh hbs dah?
julia zigler tu kan??
mcm rina khan kan??