Home >> Minuman, Ramadan 1431H/2010M, Resepi Air >> Air Soya Segar Cikmin

Air Soya Segar Cikmin

by cikmin on August 11, 2010

air soya

Salam,

Apa la kaum ibu buat kat dapur waktu ni kan?mesti sibuk nak siapkan hidangan untuk berbuka puasa,nanti pukul 6.30 petang nak sibuk dengan Epilog Syurga Cinta pulak. :) Pada yang bekerja mesti dapat balik awal kot sempena bulan puasa ni.Alhamdulillah,anak dara cikmin yang bakal berusia 6 tahun tak beberapa hari lagi,masih mampu bertahan puasanya sehingga waktu ni.Oh ya,gambar kat atas tu baru je di snap,masih segar dari ladang dan Air Soya tu masih hangat lagi,minum suam-suam pun best kan?Resepi ni cikmin guna dari tahun 1999 lagi,siap buat jualan untuk bazaar ramadhan.Dan yang paling best,kalau simpan dalam peti sejuk,keesokkan malam  pun kita masih boleh minum,tak basi tau.Cara masakannya kena betul ya.

Air soya

 

Resepi Air Soya Segar Cikmin

 

Bahan-bahannya:Kalau nak sikit bahagikan sukatan dengan 4

1 kg kacang soya

10 liter air-disuamkan

Gula secukupnya

Daun pandan

 

Cara-caranya:

Rendam soya hingga kembang (6 jam).Bersih dan toskan.

Kisarkan kacang soya dengan air suam.Boleh diulang 2x kisaran.

Tapiskan soya yang telah dikisar.Didihkan dan tambahkan daun pandan supaya wangi.

Tambahkan gula secukup rasa dan biar sehingga betul-betul mendidih.

Hidangkan Suam ataupun minum bersama ais batu.

*kalau nak tahan lama,selepas mendidih perlahankan api,renehkan sehingga betul-betul naik bau wanginya.

 

Dah cuba Jus Jimi Asmara & Air Sirap Ros Rambutan?

 

Nota Jari:Berbuka dengan bersederhana sahaja.

Number of View :2476

Incoming Search Terms:

  • air soya (139)
  • air soya tahan lama (105)
  • mesin soya (43)
  • mesin air soya (38)
  • resepi air batu cendol (37)
  • bisnes air soya (29)
  • cara membuat air soya (24)
  • resepi air soya sedap (19)
  • mesin buat air soya (19)
  • resepi membuat air soya (14)

{ 30 comments… read them below or add one }

Anip August 11, 2010 at 6:13 pm

aku penah buat soya..tp esok nyer dh basi..
knpe ea..ramuan kt atas tu lbh krg jer..
Anip´s last [type] ..Kilang Memproses Ayam

Reply

cikmin August 11, 2010 at 8:04 pm

cuba anip masak lama dengan api yg agak perlahan..bila dah hancur gula dan air soya dah mendidih tu perlahan api tu..renehkan sampai naik bau wanginya..

Reply

fiezah91 August 11, 2010 at 6:29 pm

huhu.. best.. nak try la.haha
fiezah91´s last [type] ..Salam Ramadhan

Reply

cikmin August 11, 2010 at 8:04 pm

try la dear… :) buka apa tadi?

Reply

fahmi ibrahim August 11, 2010 at 7:19 pm

Bagus berbuka dengan soya ni. Protein tinggi bagus untuk pencernaan dan pengeluaran insulin
fahmi ibrahim´s last [type] ..Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu!

Reply

cikmin August 11, 2010 at 8:05 pm

semua orang dalam rumah ni suka air soya…bila bulan puasa je cikmin rajin masak sendiri soya ni.. :P

Reply

lina August 12, 2010 at 8:31 am

Alhamdulilah…semlm pun beli air soya….tak sempat la nak buat sendiri.
lina´s last [type] ..Selawat TAFRIJIYAH

Reply

cikmin August 12, 2010 at 11:29 pm

cuba buat sendiri..puas minum dan yang penting sedap dari beli kat luar..dua malam cikmin simpan..masih fresh rasanya.. :)

Reply

anas August 12, 2010 at 4:56 pm

nape ek saya buat air soya jadi berketul2? nk rendam kacang tue brape lama?

Reply

cikmin August 12, 2010 at 5:00 pm

aik..pesal lak sampai berketul tu anas..soya tu rendam dalam 6 jam.
cikmin´s last [type] ..1 Ramadhan Dalam Sejarah Trafik 5k Sehari

Reply

tehr August 13, 2010 at 12:46 am

banyak ke buat cikmin?
dulu mak saya buat dan siap berjual lagi
hehehe
tehr´s last [type] ..Sebelum Waktu berbuka

Reply

cikmin August 13, 2010 at 7:43 am

takde la banyak sangat..sekadar memenuhi tempahan..soya cikmin ni ramai yang puas hati..lambat basi..
cikmin´s last [type] ..1 Ramadhan Dalam Sejarah Trafik 5k Sehari

Reply

kakngah December 29, 2010 at 6:21 am

@cikmin,

apa rahsia buat air soyatahan lama & lambat basi??

Reply

el August 13, 2010 at 9:38 am

resepi ni cukup tuk bape gelas eh cikmin
el´s last [type] ..Serangan Pertama – Juadah Berbuka Ku

Reply

cikmin August 13, 2010 at 9:45 am

Resepi ni dalam 2 liter rasanya atau mungkin lebih sikit…el tengah preggie bagus minum soya buatan sendiri.. :)
cikmin´s last [type] ..Orang paling HINA dan Gantung Sampai Mati!

Reply

kakngah December 29, 2010 at 6:20 am

@cikmin,

ya betolll..
terhindar dr sebarang perasa & pewarna tiruan.

Reply

yatie August 14, 2010 at 1:31 am

Cikmin,
Saya dah dua kali buat air soya sepanjang ramadhan ni tapi dua2 kali tak menjadi. Pertama tawar, yang kedua mungkin rendam terlampau lama sampai air soya rase masam.

Reply

cikmin August 14, 2010 at 8:57 am

yatie ikut resepi cikmin ni ke yang tak menjadi tu?cikmin buat okeh je…macam gula memang cikmin letak sekali..biar manis sedikit sebab nak dicampurkan ais lagi kan..
cikmin´s last [type] ..Nasi Goreng Planta &amp Ayam Bakar Mayonis

Reply

yatie August 14, 2010 at 7:18 pm

Salam Cikmin,
tak, sya tak ikut resepi cikmin, tu yg tak menjadi. sy buat resepi sendiri. Nanti sy nak try resepi cikmin.
Terima kasih.

Reply

cikmin August 14, 2010 at 9:51 pm

wasalam yatie..
cuba try resepi ni..insya’ALLAH..mesti tak mendukacitakan.. :P

Reply

kakngah December 29, 2010 at 6:19 am

@yatie,

dah try resepi air soya segar cikmin? amacam result???

Reply

yatie August 14, 2010 at 1:34 am

Cikmin,
Saya rasa nak berbisnes air soya tapi tak larat nak tapis dan perah. Ada tak cara lain untuk memproses air soya contohnya pakai mesin. Berapa kosnya? Untung tak berniaga air soya ni?
Terima kasih.

Reply

cikmin August 14, 2010 at 9:03 am

yatie..boleh dapatkan mesin pemerah soya..kos tak pasti..mungkin dalam lingkungan rm1k..yatie boleh cuba survey di internet.Kalau mengikut pengalaman cikmin..memang boleh untung banyak.. :)
cikmin´s last [type] ..Nasi Goreng Planta &amp Ayam Bakar Mayonis

Reply

yatie August 14, 2010 at 7:19 pm

terima kasih cikmin. nanti sy try survey kat internet pasal mesin pengisar. doakan bisnes sy berjaya.

Reply

cikmin August 14, 2010 at 9:49 pm

sama2 yatie..semoga berjaya ye.. :)

Reply

kakngah December 29, 2010 at 6:14 am

@yatie,

wish u all d best k..

Reply

kakngah December 29, 2010 at 6:16 am

@cikmin,

blh buat taufufah sekali tu.. dah ada 2 produk..

Reply

kakngah December 29, 2010 at 6:12 am

caya la balqis!
adeeb dpt pose 1 ramadhan jek.. :(

Reply

Hairul March 3, 2011 at 7:26 am

Memang mudah buat air soya nie.. Cuma nak memerahnya jer penat sikit.. :D .. Terima kasih di atas resepi
air soya
yg enak dan sedap nie. Lepas nie ramai la ibu2 bleh wat bisnes air soya…

Reply

Normah Husin September 4, 2011 at 8:27 am

Assalammualaikum…
saya seorang peniaga air soya secara kecil-kecilan,tetapi masih belum tahu bagaimana cara untuk bagi air soya saya tahan lama kerana kebiasaannye saya akn buat air soya dgn banyak jadi saya perlu tahu bagaimana cara untuk air soya saya tahan lama tanpa menggunakan bahan pengawet.
saya berharap cikmin dapat membantu saya dgn segera.
atau hubungi saya ditalian 016-6637050
Sekian,Terima kasih.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: