Nasi Ayam Penyet

by cikmin on August 18, 2010

 

ayam penyet

Salam,

Maaf seharian tiada entri dari cikmin,agak keletihan untuk update sebenarnya.Semalam besday anak dara cikmin yang paling kecik tu,jadi cikmin masak la Nasi Ayam Penyet ni.Nak buat besday party pun bulan puasa,kek pun tak sempat beli atau buat.Nasib la anak dara tu boleh dibawak berunding.Jom tengok resepi yang cikmin ambil dari SINI.Setahun yang lepas cikmin dah pernah buat Ayam Penyet ni.Kira setahun sekali la makannya,hehehe…Jom memenyet!

ayam penyet 

Untuk Ayam:-
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:-
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

nasi ayam penyet

Untuk Nasi:-cikmin copy paste Resepi Nasi Ayam dari blog Mat Gebu.

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa

Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2…tak cunn… Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk Sup:-
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-cikmin tambah sup bunjut je.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng:-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis

Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.
Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.

Nasi ayam penyet

 

Cara hidangan:-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Ayam tu dipenyetkan(ditekan) terlebih dahulu sebelum potong ngan chopper.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

 

Nota Jari:itu la sebabnya dipanggil ayam penyet kot. :P

Number of View :7818

Incoming Search Terms:

  • nasi ayam (318)
  • resepi nasi ayam penyet (170)
  • resipi ayam penyet (144)
  • nasi ayam penyet (71)
  • ayam penyet (41)
  • cara membuat AYAM PENYET (36)
  • RESIPI NASI AYAM PENYET (30)
  • resepi nasi ayam mat gebu (22)
  • nasi ayam penyek (20)
  • mat gebu nasi ayam (19)

{ 50 comments… read them below or add one }

darkbatman August 18, 2010 at 12:43 am

alahai.. kene telan air liur dlu stiap kali masuk umah akak.. aaa.. bilerla dpt rase…
darkbatman´s last [type] ..Salleh Gregor Samsa Hina Islam

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:36 pm

sekali sekala masuk sini kan..okey la tu telan sekali sekala.. :P
cikmin´s last [type] ..Roti John Versi cikmin

Reply

SuaraPeople December 21, 2010 at 8:18 am

@cikmin, tp ni dah selalu telan ni..hehehe
SuaraPeople´s last [type] ..Buat Kerja Ke Buat Lawak

Reply

suffer8zine August 18, 2010 at 2:06 am

huhu, tak terkata menikmati gambar je la ye
suffer8zine´s last [type] ..Naik motor berlainan jantina satu kesalahan

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:59 pm

hahaha…adat la kan…jamu mata tu namanya.. :P

Reply

etomyam August 18, 2010 at 2:33 am

wah, sungguh menyelerakan semuanya, terliur betul ni
etomyam´s last [type] ..Rampasan Kuasa Myjazmaniecom

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:58 pm

semoga tak terliur lagi la masa ni kan… :P

Reply

SuaraPeople December 21, 2010 at 8:19 am

@cikmin, masih terliur ni kak min..hehehe
SuaraPeople´s last [type] ..Buat Kerja Ke Buat Lawak

Reply

tehr August 18, 2010 at 3:46 am

kesian kat ayam tu kena penyet
hahaha
tehr´s last [type] ..Mengubati Penyakit Hati

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:58 pm

masa makan tu takde perasaan kesian dah tehr… :P

Reply

kakngah December 28, 2010 at 4:53 pm

@cikmin,

yg penting itu ayam kasi masuk perut…

Reply

x-po August 18, 2010 at 3:47 am

adeh, ni yg tak suka bc entry yg berbentuk makanan ni, perut mesti akan lapar..huhu
x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:57 pm

alahai..kau ni kan..semuanya tak suka…huhuhu… :P

Reply

yanmie August 18, 2010 at 5:21 am

pejam mata tgk gmbr…hahaha *tipu!*
nanti msk tuk yan ayam penyet nie yea..kah3 suka hati je order :P

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:56 pm

kena buat booking awal-awal.. :) pastu kena confirm..

Reply

kakngah August 18, 2010 at 5:55 am

wow! ayam penyet..
aku xpernah mkn lg wey.. tggu ada restoran ayam penyet bukak sebelah rmh aku ni… hihihi!!

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:56 pm

ngada2 la kau..nak tunggu tepi rumah ada restoren ayam penyet… :P

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:23 pm

@cikmin,

hahahaha!!!
berangan jek lebih kan..
xsedar diri.. dah la ddk kt lost world.

Reply

rashid August 18, 2010 at 5:57 am

hoho…ayam penyet akak versi lain…hehe..selalu makan ayam penyet dekat kedai makcik indo..ayam penyet makanan kami di johor…hehe
rashid´s last [type] ..100 Trust

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:55 pm

resepi tu pun amik kat intenet je..heheh..

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:26 pm

@rashid,

kalau mokcik endon yg masak.. for sure originallg rasa ayam penyet dia..

Reply

Dauspozi August 18, 2010 at 6:37 am

Salam kak Min,
penyettttt…. Lamanya tak makan nasi ayam penyet… Terliur la pulak rasanya…

Ingat Hijau Ingat Daus
Dauspozi´s last [type] ..Kenangan Ramadhan Zaman Kanak-Kanak

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:54 pm

wasalam daus..suruh la mak masak ye.. :) dah lama tak makan mesti sedap..

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:28 pm

@cikmin,

ye la.. jgn lupa suh mak daus tu msk lelebih.. blh kita tlg setelkan kekekee…
tak baik membazir. amalam syaiton.

Reply

Abhamz August 18, 2010 at 8:14 am

salam, nampak sedap sangat, rase tentulah lagi sedap…ade ke restoran jual nasi ayam penyet?

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:52 pm

kalau kat kl ni cikmin dengar ada restoren ayam penyet..kat wangsa maju rasanya.. :)

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:35 pm

@cikmin,

kt rawang dah ada 1. aku xtau bila nk try… asalkan lalu situ.. ank aku dh menggelupur nk mekdi. restoren ayam penyet tu dekat ngn mekdi.

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:31 pm

@Abhamz,

skrg dh banyak restoren ayam penyet. ko google jek.. gerenti ada punyer. especially area lembah klang.

Reply

Salmia August 18, 2010 at 9:31 am

selalu dgr pasal ayam kena penyek
tp lom penah makan lg
hehehe..
Salmia´s last [type] ..Cerita Sahur Pagi Tadi

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:51 pm

hehehe,,try la sekali makan kat kedai..kalau masak lagi jimat la..tapi make sure ramai la makan kan..

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:37 pm

@Salmia,

yer dek.. ko msk sndr. cikmin tu.. enutime blh bg tunjuk ajar. lps tu.. blh la jamu mak mentua.. :P

Reply

shiori August 18, 2010 at 9:53 am

salam cikmin;
teringin nak buat nasik ayam penyet nih…tapi 2 jam tak sempat nak masak…nanti la time cuti leh try kan

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:51 pm

wasalam shi..
ayam tu shi perap la malam..lagi sedap..lepas sahur pagi..prepare semua barang cilinya..balik tinggal nak masak nasi putih biasa dengan goreng ayam je.. :)

Reply

mario August 18, 2010 at 10:03 am

perghhh…dah lama nak rasa ayam penyek ni…nmpk mcm sedap…
raya nnt jgn lupa buat tau…hehe
mario´s last [type] ..citer kat pangkin – pakcik z ajak buka waktu asar

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:40 pm

nak datang beraya kat rumah cikmin ke?

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:38 pm

@cikmin,

hhmm.. sesekali raya hidang aym penyet bagus jugak. xder la lantak rendang semedang..

Reply

Mr.K August 18, 2010 at 10:36 am

Apsal plak nama dia nasik ayam penyek…kene lenggek ke ayam tu ..hehehe ?
Mr.K´s last [type] ..Jawatan Kosong Terkini untuk Swasta Dan Kerajaan – 17 OGOS

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:39 pm

dah memang sejarah ayam tu macam tu mrK.. :P sebelum kita nak hidang tu..kita kena penyetkan dengan chopper..

Reply

Mr.K August 18, 2010 at 10:38 am

apsal tak kuar plak komen aku nie..
Mr.K´s last [type] ..Jawatan Kosong Terkini untuk Swasta Dan Kerajaan – 17 OGOS

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:39 pm

komen pi spam la mrK..ntah kenapa..

Reply

pemanas cerita August 18, 2010 at 10:49 am

rse nak berbuka kat rumah cikmin.hari2 makan sedap

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:38 pm

amboi..senang jek cite ye.. :P

Reply

kakngah December 28, 2010 at 9:41 pm

@cikmin,

nok.. kalau aku dtg bukakt rmh ko.. aku siap tlg basuh pinggan hoccay!!~

Reply

farenova August 18, 2010 at 1:47 pm

huhuhuhu cik min sedappnye nampak… thanks for sharing :)
farenova´s last [type] ..Boleh ke Ambil Gaviscon semasa Mengandung

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:38 pm

memang sedap..welcome back dear.. :)

Reply

el August 18, 2010 at 2:47 pm

meletup la cikmin leh buat ayam penyet tu
tp kalo buat nasi biasa pun boleh kan
nak toraiiiiiiiiiiiiii
el´s last [type] ..Samosa &amp Tomyam Udang

Reply

cikmin August 19, 2010 at 8:37 pm

alaaaa..ayam penyet tu memang makan dengan nasi putih pun..saje la cikmin nak terai nasi ayam mat gebu tu.. :P

Reply

SuaraPeople December 21, 2010 at 8:15 am

cam xbest je..hehee
SuaraPeople´s last [type] ..Buat Kerja Ke Buat Lawak

Reply

suarapeople December 24, 2010 at 5:08 pm

yang penting nasi tu bentuk love ;p

Reply

Minyak Zaitun June 28, 2011 at 5:22 am

Wah kayaknya sedap betul. Resipe di blog ini cukup banyak dan bagus-bagus. Kenapa Cikmin ga terbitkan jadi sebuah buku kumpulan resipe.
Minyak Zaitun´s last [type] ..Manfaat Minyak Zaitun untuk Ibu Hamil

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: