Salam,
Menu iftar hari ke 21,sepatutnya Nasi Daging Utara ni cikmin masak semalam,tapi plan disaat akhir kami ke Sogo KL untuk mengukur,hehehe.So petang ni dalam pukul 6 cikmin mulakan operasi masak kesemua hidangan,alhamdulillah dapat siapkan tepat pada waktunya,terror tak ai?sila lah percaya,tanpa pembantu ya.Jom layan..
Resepi Nasi Daging Utara
1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak
sedikit gula batu –
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam
Cara hidangan:Nasi Daging dimakan bersama Air Asam (air asam ni campurkan dengan sedikit kerisik,sedap)
Resepi diambil dari dari SINI dan diedit sedikit oleh cikmin.
Kuih Badak Berendam kegemaranku,buat sendiri okeh!
Ribena Bandung Cincau
Nota Jari : Ada satu lagi menu pencuci mulut Puding Roti Karemel,yummy!
Number of View :6791Incoming Search Terms:
- nasi daging (1384)
- resepi nasi daging (1069)
- nasi daging utara (354)
- resepi nasi daging utara (348)
- resepi nasi daging air asam (157)
- resipi nasi daging (122)
- resepi nasi arab daging (64)
- resepi nasi daging arab (54)
- resepi nasi daging sedap (54)
- resipi nasi daging utara (45)

{ 34 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327
{ 1 trackback }