Puding Karemel Sedap

by cikmin on August 29, 2010

Puding Karemel

Salam,

Korang rindu tak bila cikmin tak tayang makanan kat sini?cakap la rindu..cakap la ye..plissss!Lately ni macam malas je nak menonggeng menembak segala.Time masak dekat sangat dengan waktu kemuncak,tu yang tak  sempat,macam semalam ada buat Roti Jala dengan Kari Ayam dan Puding Karemel,yang ni je sempat snap,hehehe.Resepi kali ni best sangat,tak hanyir pun,sedap!Bujang kenit pun suka makan.Makan sejuk-sejuk lagi sedap tak hengat punya,hehehe..Jom layan resepi..

Puding Karemel

 

Resepi Puding Karemel –sumber Kak Ummi Kuantan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos caramel:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air

Cara penyediaan (sos caramel):

Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:

Pukul telur sehingga kembang.
Setelah itu masukkan gula.
Kemudian masukkan susu sejat dan air.
Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

 

Nota Jari : Hari ni ada makan-makan rumah moyang bujang kenit.

Number of View :7779

Incoming Search Terms:

  • puding karamel sedap (102)
  • puding sedap (95)
  • resepi puding karamel sedap (60)
  • resepi puding sedap (56)
  • karemel (53)
  • resepi puding karamel (52)
  • puding telur (46)
  • resepi puding telur (46)
  • resepi puding karamel paling sedap (39)
  • puding karamel mat gebu (37)

{ 60 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: