Salam,
Semalam puasa yang ke 13 hari,paling bahagia sebab dapat berbuka puasa bersama hubby tercinta dan mama sekali.Paling bahagia bila hubby turun ke dapur juga untuk memenuhi impian cikmin makan…. next entri! alhamdulillah,selain merasa air tangan hubby tu,cikmin pun rajin jugak membuat Sago Gula Melaka ni,sedapnya makan sejuk-sejuk.Lepas sahur tadi pun cikmin makan ni jugak,perghhh!Jom layan…
Resepi Sago Gula Melaka
300 gram biji sagu
1 biji gula melaka
250 mlm santan kotak –tambah air dengan sukatan yang sama.
secubit garam
2 Daun pandan
Air
Putih telur
Cara-caranya:
Rebus biji sagu dalam air yang banyak sampai kembang dan jernih.Tuang kedalam penapis dan cuci dengan air bersih.
Dalam mangkuk,pukul putih telur sehingga kembang,campurkan dengan sagu tadi kacau sedikit dan tuang sagu kedalam acuan dan sejukkan didalam peti ais dalam sejam.
Masakkan gula melaka dengan gula putih.Tapis dan ketepikan.
Masakkan santan tadi bersama dengan secubit garam dan daun pandan.Masak sehingga agak pekat.
*penggunaan putih telur tu cikmin tengok demo di web minah salleh..dah cari balik tak jumpa pulak link nya.
Cara hdangan:
Keluar kan sagu yang telah disejukkan tadi,tuang kan gula melaka dan diikuti dengan santan,ambil sudu kecil,suap kan ke mulut…nyaman…
Selamat mencuba pada yang nak mencuba.
Nota Jari : Semalam ada menu Beriani ayam,dalca sayur,roti john,kuih popia basah dan air bandung jagung.
Number of View :6737Incoming Search Terms:
- resepi sagu gula melaka (253)
- kuih sagu gula melaka (132)
- sagu gula melaka (122)
- resepi kuih sagu (115)
- resepi kuih sagu gula melaka (114)
- kuih sagu mata ikan (67)
- resipi sagu gula melaka (64)
- kuih sago melaka (44)
- cara membuat sagu gula melaka (43)
- cara masak sagu (40)

{ 27 comments… read them below or add one }
pandai husband kak min masak yea .. untung kak min .. hehehe
zqah´s last [type] ..Lagu Tema Kemerdekaan yang ke 53
dia bekas chef la zqah…
tapi sago tu kakmin masak lorrr..
cikmin´s last [type] ..Sago Gula Melaka
ni kalo time sejuk tunggang sekali rap best ni…hehehehe
el´s last [type] ..KetayapSpageti MeatballSardin PuffPopia-Samosa dan Nasi Tamato
ye betul3x..ada lagi sikit dlm peti tu..petang ni boleh la tunggang sekali rap..
suappp skittt…. oppsss.. posa plak.. ngeee!
hahaha…ko tak cuti lagi eh?
wehoOo.. bos baru je bagi kuih sago tadi..
kuih sagu cikmin kurang sikit la mia..
cikmin´s last [type] ..Sago Gula Melaka
comelnye botol isi santan n gula melaka tu..
Salmia´s last [type] ..Malaysia sudah lama MERDEKA Tapi bagaimana minda rakyatnya Isu Hina Masjid
itu beli kat IKEA..botol tu selalu orang guna letak garam atau herbs..
setiap kali nak amik gambar fenin kepala nak buat props.. 
cikmin´s last [type] ..Sago Gula Melaka
cikmin..
terliur lagi…izan n anak2 pun suka sgt sago gula melaka ni.
kalau buat sekejap je abis. kadang2 tu tak sempat sejuk pun.
puasa ni blm sempat buat lagi~~
nasib la ada lagi sikit dalam peti ais tu..tapi nak anta kat izan..tak cukup la..
suka kan..kalau kita masak..anak2 makan beria..
hilang penat lelah..
cikmin´s last [type] ..Sago Gula Melaka
@cikmin, sdpnya n ckit
wah..cedapnye cikmin..akak mmg feveret menu2 sagu nih..sejak pose lom lg wat dessert camnih..! arini masak ape?? akak buka kt klinik jek spjg minggu nih..
inahar ali´s last [type] ..KUIH BADAK BERENDAM
bulan puasa ni macam wajib pulak kena ada makanan manis..dessert la kiranya tu..tapi min makan sebelum main course..
hari ni anak2 requset beehoon goreng dan roti john lagi..tak jemu2 la diorang ni roti john..
alahai..siannya dia..akak berbuka dalam klinik tapau apa la tu ye..
cikmin´s last [type] ..Sago Gula Melaka
salam kak..awe suke kuih berasaskan sagu mata ikan
kueh abok-abok
kueh kacau (sagu warna merah ngan kelapa tu)
sagu gula melaka
dan sume berkaitan sagu lah…heheh
wah…fanatik sago la ni ye..hiks…
cikmin´s last [type] ..Puding Karemel Sedap
sangat…heheh…sebab sedap…
Putih telur tu gaul gitu je ye? Tak yah masak lg?
Norasikin´s last [type] ..Ikan Bakar Bazaar Ramadhan
putih telur tu gaul dengan sagu…selepas sagu ditos airnya…lepas gaul dengan putih telur tuang dalam bekas masukkan dalam peti sejuk…
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
sedapnya. kaler macam cendol..
Amir Said´s last [type] ..Resepi Ayam Masak Bali
hehehe..tang sedap tu memang sedap…tang kaler tu..camne leh jadi cendol pulak ni..sagu tu kan putih..
Lupa lak nk tanya ttg sago tue…leh bgtau tak apa beza klu isi putih telur & xde isi putih telur….bkn apa,isi putih telur tanpa dimsk tue…hem!hem!makasih min!
~azatie~´s last [type] ..Ikan Siakap Sweet & Sour
putih telur tu kan kak..kalau kita letak..sagu tu nanti senang di potong..tak liat melekat la..ishh camne nak habaq ni..akak paham tak ni?..kalau tak suka letak..tak payah la..hehehe..
nie kalau makan time sejuk sedap niee
angahsayang2314´s last [type] .. PeRTeMuaN & PerPiSaHan
best2.. hehe. kite pun baru mkn ahad lepas.. tapi kite suke mkn ngn susu cair + gula melaka je. =)
iManAzRaf´s last [type] ..GIVEAWAY Cabutan Bertuah Sempena Ranking Alexa Masuk Enam Angka
mcm best lorh…kte nk try uat la… hihi
{ 1 trackback }