Update lagi pada masa kecemasan ni,tengok gazet Cerekarama Air Mata Nur Salina ni di TV3,lakonan Remy Ishak yang memang cikmin minat dari Drama Nur Kasih lagi,hari Sabtu nanti mesti set reminder kat beyond ni,takut terlupa!Heroin drama ni Umi Aida,jeles seh tengok body dia,slim giler.Semakin berseri-seri sejak dia dah kahwin ni kan.Okey la geng,cikmin nak layan episod minggu terakhir Ular emas ni..nak tengok ‘Ayah Ustaz’
Air Mata Nur Salina – Raya Kesembilan, 19 September, 10.00malam
Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.
Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.
Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.
Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Fakar diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.
Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Fakar sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.
Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah nasib Salina akan kembali berubah?
Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah
Pengarah: Erma Fatima
Sumber : Budiey.com
Tonton Online Air Mata Nur Salina di dramamelayu.com.
Number of View :3223Incoming Search Terms:
- air mata nur salina (74)
- airmata nur salina (64)
- air mata salina (36)
- airmata salina (28)
- drama air mata salina (19)
- air mata nursalina (15)
- airmata nursalina (14)
- airmata nur salina online (13)
- air mata nur salina drama (10)
- air mata nur salina watch online (8)


{ 23 comments… read them below or add one }
Sue dah tgk skit sinopsisnya..mcm best ja..tak sabo nak tgk nih
sue´s last [type] ..Rayarayaraya
macam best je kan…harus jugak cikmin tengok..
dah lama tak tgk umi aida berlakon….mesti best ni..
eyriqazz´s last [type] ..First ChurpChurp Cash Out Terima Kasih ChurpChurp
umi berlakon memang best..cikmin pun suka dia..
akak pun minat kt umie aida nih tp sejak dia bikin injek sana injek sinun..dh kurang sikit minat sbb nmpak plastik sgt wajahnye..huhuuu!!
inahar ali´s last [type] ..SEKITAR RAYA 2010
min minat lakonan dia..kalau tang wajah tu memang la botox je..body tu harap2 tak lipo la kan kak..
@cikmin,
satu yg aku suke kt umie aida… dia tak kikis kening halus sangat..
salam cikmin
baca sipnosis tu macam menarik jekan cikmin…nak tengok gak la selalu tak pernah miss tengok cerekarama nih hehehe
wasalam shi..sama la dengan cikmin..cerekarama selalu best cerita2 nya..
hah? nk tgk ayah ustaz..arini kan last..hmmm..cmner ar…xsabo nk tgk..hehhe
Anip´s last [type] ..Contest Memenangi Duit Raya Sehingga RM200 Dari cdiqlifecom
hensem la ‘ayah ustaz’ tu…heheheh…
@cikmin,
aku ada tgk drama apa tah.. ayh ustaz belakon. masa tu dia keding jek.. tak taf mcm dlm ular emas. watak jd ank bongsu.
selalunya erma fatimah tidak mengecewakan penonton
suka tengok hasil kerja beliau
tehr´s last [type] ..Kebaikan Dan Keburukan Manusia
saya lebih suka erma fatimah terus berkhidmat dalam dunia seni berbanding berkhidmat dalam politik(dulu ada keluar tv dia sibuk dengan politik). Cerita arahan dia memang best.
Masa DAH Time´s last [type] ..Hari Malaysia
Ellen nak tgk la ni cikmin…hehhee
ellen´s last [type] ..Flo Ellens 1st GiveAway
Lama x tengok umi berlakon.. Harap2 ada lah masa ntok tengok citer nie
ProfHariz´s last [type] ..Sah Datuk Sosilawati- tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar
wah…baca sinopsis pun dah rasa best…mesti saya tengok ni…minta kebenaran untuk ambik sikit sinopsis utk letak dlm blog nanti..
Meow´s last [type] ..Drama Terbaru Akasia – Chinta
best la. tapi sedih sangat bila tengok tadi. rasa nak nangis.
hehehe. saya memang x leh tengok cita sedih. nanti menangis. tapi serious memang menyentuh hati.
I Like It.
^_^.
Hi KakMin, hru doing??? Hehehe…enjoyed Dil Lagaliya??? Hehe, Love pun suka sgt lagu tuh kak. Actually the movie pun is one of my fav.
I watched Air Mata Nur Salina last nite…it’s a touching movie! Both Remy Ishak and Umie Aida acted so well. This would be one of my fav Malay movie. I felt so pity for Umie when she asked her parents not to reveal the truth to her kids if they ask about her in future. Owhhh…so sad! This movie should be a lesson to most of the young ladies.
Hated the guy who raped her!
love2cook´s last [type] ..♥Simple Egg Benedict and my new Ramekins♥
hehehe…pening den nengok,ade gak orng cenngitu yee….
saya x sempat nak tgk citer ni?? tiada ulangan ker?? kat maner leh tgk lg??
boleh tengok kat link ni http://www.dramamelayu.com/2010/09/cerekarama-air-mata-nur-salina.html
aku tgk masa ulangan utk anugerah skrin.
apa jenis laki da.. sggp jual bini..