Home >> Berita >> Berita Terkini Datuk Sosilawati

Berita Terkini Datuk Sosilawati

by cikmin on September 12, 2010

Salam semua,

Dah raya ke 3 hari ni,masih dalam mood yang sangat boring walaupun malam tadi keluarga kami dapat gondol 3 hadiah dalam Majlis BBQ Mega Raya di rumah Moyang bujang kenit. :P Nak update cerita raya pun takde mood lagi ni,tahun depan kalau panjang umur waktu hari raya mungkin nak tukar angin pulak,wahhh!Nak layan internet pun macam malas je apalagi la blog kan,pukul 2 petang tetiba terasa nak bukak web Nuffnang,untuk apa?tengok earning ke trafik?Terkejut beruk kejap,pencarian keyword Datuk sosilawati duduk di ranking atas sekali dengan hampir 1k carian,mereka yang masuk kesini dengan kata kunci tu mungkin sedang mencari maklumat tentang Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati.

Cikmin pun belum tengok kes ni di  berita di TV sebab anak-anak dah booked chanel kartun dulu,jadi cikmin buka web Berita Harian Online,mengucap panjang bila membaca berita terkini Datuk Sosilawati Lawiya hilang,kes susulannya,jumpa empat mayat,Ya’ALLAH!!!

Mangsa ditemui rentung malam tadi

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.

Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti. Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu.

Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian Online

Pihak yang berkenaan belum pun dapat pastikan apakah mayat-mayat yang rentung itu adalah Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lainnya.Kenapa lah kejam sangat mereka yang melakukan perbuatan sedemikian,kerana duit agaknya.Nak duit dengan cara yang paling mudah tanpa memikirkan risiko yang mendatang,tanpa rasa takut dengan hukuman yang bakal dikenakan dan paling tak takut dengan hukuman dari ALLAH SWT.

Cikmin sekadar ingin berkongsi disini tanpa ingin mengulas lebih,kena ambil kira sensitivti orang lain,lebih-lebih lagi ahli keluarga mereka yang terbabit.Semoga keluarga mereka tabah menerima ujian yang maha hebat ini,mungkin hari ini hari mereka,esok hari kita pulak.Sama-sama lah kita berdoa agar semua berada didalam lindungan-NYA,amin..

UPDATED:Sah Datuk Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini.Tiga lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. – Bernama

Nota Jari : AL-FATIHAH dan TAKZIAH kepada semua keluarga mangsa.

Number of View :9031

Incoming Search Terms:

  • berita terkini tv3 (308)
  • berita tv3 terkini (27)
  • berita terkini tv3 online (17)
  • berita sosilawati (10)
  • Berita Terkini Kes Sosilawati (9)
  • berita terkini sosilawati (3)
  • kekayaan sosilawaty (2)
  • Berita Terkini Datuk Sosilawati Lawiya (2)
  • kekayaan dato sosilawati (2)
  • www datuk sosilawati (2)

{ 50 comments… read them below or add one }

Ads September 12, 2010 at 5:21 pm

siapa agaknya yg bunuh diorang? saya nak tengok muka pembunuh ni.klu ada maklumat sila muatkan dalam blog ni ya..

Reply

cikmin September 12, 2010 at 5:41 pm

cikmin pun nak tengok jugak orangnya..insya’ALLAH kalau ada kita sharekan kat sini…

Reply

rita,jb September 12, 2010 at 7:22 pm

tuhan maha kuasa semua pesalah akan menerima hukuman dunia akhirat.manusia makin menjadi binatang.langsung takde belas kasihan.

Reply

Hidup Seorang Blogger September 12, 2010 at 6:07 pm

Kalu betullah itu mayat beliau.. mmg kejam lah pembunuh ini…
Hidup Seorang Blogger´s last [type] ..Datuk Sosilawati Lawiya Hilang Mati Dibunuh

Reply

cikmin September 12, 2010 at 6:18 pm

ye kejam! bukan seorang yang terlibat…ramai pulak tu…ada lelaki ada perempuan..ada remaja seusia 19 tahun..apa la nak jadi dengan dunia ni..harap pihak media tak blurr kan gambar pembunuh kejam tersebut! nak sangat tengok…

Reply

Hidup Seorang Blogger September 12, 2010 at 7:55 pm

Teringin gak nak tgk.. mcm ne lah rupa pembunuh tu..
Hidup Seorang Blogger´s last [type] ..Datuk Sosilawati Lawiya Hilang Mati Dibunuh

Reply

jiehan September 12, 2010 at 6:48 pm

AL FATHIHAH buat semua arwah….. Mudahan semua keluarga mangsa akan tabah menghadapinya. Jika bermusuh dgn seorang.. takkan sampai nak membunuh kesemuanya sekali? Simpati kpd mereka yg tak bersalah. jika bermusuh pon…. takkan sampai nak membunuh? Bukan 4 juta yg hilang boleh dibayar dgn satu nyawa. Harap pembunuh mrk akn dintangkap dgn segera.

Reply

nilam September 12, 2010 at 7:07 pm

sebanyak banyak kesalahan manusia,ini lah kesalahan yang paling hina sekali. agaknya sang pembunuh ini mahu merasa kepanasan api neraka jahanam peringkat paling panas sehingga dia sendiri merasa mcm mana ditarik nyawa dibakar dan menjadi abu.sudahlah menggunakan kelicikan merampas rm 4 juta, di ambilnya pulak nyawa manusia lain. tdk difikirkan ke kalau terjadi kat family sendiri.Kasihan anak2 mereka ini. Semoga Allah swt membalas dosa2 mereka ini setimpal2nya.

Reply

alexzamhari September 12, 2010 at 7:20 pm

the murderers is not important but
the person or persons who give the order to do such criminal act
pasal kes macam ni lah negara kita tak ada beza dgn negara barat yg ber-mindakan jenayah.
alfatihah kepada keluarga mangsa.

Reply

mkarto September 12, 2010 at 10:53 pm

baru tengok kat utusan online nampak macam keling yg melakukan pembunuhan yg sebegini rupa kt malaysia. Kalau betul lah keling yg buat, kali ni kalau melayu, jawa, bugis tak mengamuk tak tau la saya nak cakap.

Reply

jannu September 13, 2010 at 1:00 am

Alfatiha untuk semua keluarga mangsa. Harap banyakkan bersabar. Orang yang terlibat melakukan pembunuhan ini harus dikenakan hukuman seberat-beratnya.

Reply

mamashasha September 13, 2010 at 4:33 am

tq cikmin..tengah mencari info ni….
mamashasha´s last [type] ..raya kedua kami

Reply

tehr September 13, 2010 at 4:48 am

selamat raya cikmin

tumpang sedih juga di hari kita sepatutnya bergembira
~mana2 pembunuh pun memang seorang yang kejam~
harap2 mereka akan terima hukuman yang berpadanan dengan perbuatan mereka
tehr´s last [type] ..Cerita Di Hari Raya

Reply

hanapi September 13, 2010 at 5:44 am

Manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri sendiri. Harap-harap kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga lagi dipercepatkan. Nak tengok sangat muka pembunuh dan hukuman yang setimpal dikenakan.

Reply

JejakaJB September 13, 2010 at 7:44 am

Bukan senang aruah mencapai ketahap ini, pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui, akhrnya, segala usahanya, senang-senang orang lain merampasnye dan memukul serta membakar..memang kejam, walaupun sbelum ni x ikuti sangat siapa tu Dato Sosilawati, tapi hati amat simpati terhadap beliau, lambang kecekalan wanita melayu… semoga dia diletakan bersama orang-orang yang beriman…

Reply

nilam September 13, 2010 at 9:33 am

da tgk da suspeknya tp tak tau nak ckp la…..pa yg penting,biarlah roh2 arwah2 tu pergi dengan tenang dan semoga kembalinya dia mereka ke sisi Allah beroleh keampunan dan diletakkan di tempat yang beriman apatah lagi perginya mereka dalam lingkungan bulan ramadan dan syawal.AL FATIHAH…semoga damai di alam abadi buat arwah2

Reply

nilam September 13, 2010 at 9:43 am

Sebab itu kita jgn tgk sgt dengan duit….kalau tak begini jadinya. Sebanyak mana harta kita tp hasil haram takkan ke mana juga.Tergamak membunuh org yang tak bersalah demi mencari untung lebih….semoga yang pelampau2 hak asasi manusia ini dihukum sama jgk. tp itu tak bermakna keadilan itu da terlaksana.kalau boleh minta org tu minta ampun kat anak2 dan keluarga arwah2 itupun kalo diampunkan.Barulah jalankan hukumannya.nasib baik le malaysia ni takda jalankan hukuman mati cara bakar kalau tak merasalah mereka2 yang kejam itu sptmana arwah2 rasa.

Reply

LAN PASOH N9 September 13, 2010 at 4:53 pm

Al-Fatihah…….
Manusia sekarang semakin pelik,disebabkan harta dunia sanggup lakukan pembunuhan yang sekejam ini.Sanggup membunuh bangsa sendiri,saudara seagama.Pembunuh tu memang tiada hati dan perasaan.Saya teramat sedih mendengar,melihat perkara yang telah berlaku keatas Datuk dan 3 sahabat yang lain.Terlalu kesian bila kita terkenangkan nasib yang menimpa keluarga2 beliau.kerna kehilangan orang yang tersayang.kehilangan pada bulan Ramadhan hingga kedatangan bulan Syawal yang mulia.Sungguh terharu kan…

Reply

yusry September 13, 2010 at 6:42 pm

saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yg terlibat,saya amat kecewa dgn sifat DAJAL yg tidak keperimanusiaan.saya turut berasa sedih dgn kejadian serupa ini berlaku di zaman serba moden, tetapi akal jauh ketingalan di zaman jahilliah. saya mengucapkan tahniah kepada pihak berwajib terutamanya pihak PDRM yg bertumgkus lumus mencari penjenayah tersebut, supaya di heret kemuka pengadilan.

Reply

whorme September 13, 2010 at 7:41 pm

binatang pun kalo membunuh hanya kerna naluri semulajadi utk survival.ni hati syaitan anak iblis,mak bapak kpd dajal al jahanam aje yg sanggup mencabut nyawa manusia lain.patut direjam je bontot depa neh dgan lembing besi susuk hitam

Reply

abu ansar September 13, 2010 at 7:44 pm

8 Hindu laknatullah rupanya yang bunuh mereka ber-4. Lepas ni kalau hindu peguam tu pandai terlepas dari hukuman suruh sahaja pembunuh upahan tamatkan riwayat dia. PKR dan Dap sokong sangat hindu hindraf celaka ni.Bangang. Para polis kat luar sana kalau jumpa hindu buat kerja jenayah ‘beng’ kan saja biar mampus. Jangan kesian langsung. Dah bagi pangkat datuk pun masih nak bunuh melayu. Bukan 4 orang tu saja dia bunuh ada 4 kes lain lagi yang pernah dia buat.

Reply

janda November 21, 2010 at 11:37 am

@abu ansar, apa in ,seorang salah janganlah cakap satu kaum

Reply

nilam September 13, 2010 at 8:37 pm

sy pun pelik jugak dunia politik ni…..hanya kerana nak kuasa,pangkat dan nama sanggup menjadi anjing kepada bangsa lain. maaf le cakap ye bukan nak mengahsut tapi rasanya ramai di kalangan kita semua boleh nampak kaum kita ni seakan dipermainkan oleh kaum2 lain. cuba buat kajian kalo tak caya. sy sgt hairan kenapa pembunuhan org melayu di bulan mulia ni langsung tak menggerakkan hati para pemimpin golongan melayu. tak tercemarkah daulat dan kemuliaan kaum melayu.kalau keluar jugak si jahanam keparat yang membunuh melayu tu sy pun da tak tau nak cakap.kesian arwah2 tak terbela kematian dan tak terbalas kesedihan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh keluarga yang menjadi mangsa. Ya Allah swt, hambamu ini berdoa semoga yang jahat dibalas dengan jahat yang baik dibalas dengan yang baik. Doaku Kua dengarkan berilah keampunan kepada arwah2 berempat yang menjadi mangsa bunuh dan terimalah roh mereka disisiMu Ya Allah Y a Rahman Ya Allah Ya Rahim. Semoga syurgalah tempat mereka dan dirahmatilah mereka yang tinggalkan kita di bulan penuh keberkatan.

Reply

taruna September 14, 2010 at 4:16 am

Keling bunuh melayu, aku tak nampak plak melayu pegang sepanduk. tapi kes beng hock dgn sprm dulu, banyak plak papan sepanduk. aku bukan rasis, tapi kadang kadang rasa bangsa kita ni tak bersatu, tu yang keling ngan cina skrang pakat pijak kepala kita. ahli politik plak sibok ngn politik doplopat jam. sapa yg nak bela kaum kita???? jawab

Reply

nilam September 14, 2010 at 9:11 am

selamat jalan buat arwah Datuk Sosilawati untuk selama-lamanya…..semoga damai dan tenteram rohmu di dalam golongan yang beramal soleh. sebagai wanita sy akan pasti merinduimu sebagai ikon wanita berjaya.sayu hati bulan penuh keberkatan dicemari oleh pembunuhan.

Reply

zul September 14, 2010 at 10:51 am

Pembunuh yg melakukan pembunuhan kejam ini mesti dipukul dan dibakar hidup-hidup. Biar pelaku ini dapat merasai betapa keazaban yg terpaksa ditanggung oleh mangsa pembunuhan berkenaan.

Reply

bayti September 14, 2010 at 2:15 pm

harap pmbunuh dihukum dgnhukumn yg setimpal ……

Reply

nilam September 14, 2010 at 2:55 pm

Nauzubillah…..astaghfirullah…masyaAllah….sy pun da tak tau nak kat apa cuma kesian terkenang anak2 arwah.da bercampur aduk da

Reply

serem September 14, 2010 at 4:07 pm

Saya sungguh simpati dengan semua mangsa. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mengharapkan doa yang baik-baik drpd anak-anak.
Apa pun yang berlaku memberi pengajaran kepada kita semua. Kalau ajal dah tiba, walau pandai macamana pun, masalah sepatutnya boleh diselesaikan tiba-tiba tidak terfikir oleh akal ..akhirnya diri sendiri jadi mangsa. Langsung pupus dari dunia nyata..yang tinggal hanya kenangan… Sedihnye..
Kepada pembunuh yang memang patut dimaki kerana Allah pun memaki hambanya yang laknat kerana mengambil nyawa hambanya yang lain, kau tidak akan terlepas. Nyawa patut dibalas dengan nyawa. Kalau terlepas atau mendapat hukuman tak setimpal rasa hormat aku terhadap kredibiliti mahkamah menjadi zero…
Harap-harap polis menjumpai lebih banyak bukti…salute to PDRM!!!!..tidak mengambil masa yang lama untuk mengurai misteri kehilangan DS dan rakan-rakannya. Polis malaysia semakin efficient. Syabas PDRM! Keep up the good work. Dgr cite polis ada guna khidmat bomoh. Aku suka banget.. Yang penting kerja selesai…

Reply

James_KKSabah September 14, 2010 at 6:33 pm

Tahniah saya ucapkan kpd pihak berkuasa terutamanya pihak Polis Di
Raja Malaysia yg begitu cekap dan cepat menangkap suspek-suspek
berkenaan. SYABAS POLIS MALAYSIA!!!! Saya berharap pembunuh ini akan dihukum setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan (Jika mereka benar-benar bersalah). Apapun satu persoalan yang saya ingin ajukan kepada semua pelayar laman ini…..

1) APAKAH MOTIF SEBENAR PEMBUNUHAN INI?
2) KENAPA MEREKA DIBUNUH?
3) APA YANG AKAN DIPEROLEHI OLEH PEMBUNUH (SUSPEK2) TERSEBUT, DGN
MEMBUNUH MANGSA-MANGSA TERUTAMANYA DATUK SOSILAWATI?
4) ADAKAH WANG BERJUTA-JUTA RM, etc TELAH SUSPEK PEROLEHI?

Persoalannya sekarang mudah sahaja iaitu “MOTIF PEMBUNUHAN”?. Saya harap sesiapa berkenaan boleh memberi jawapan bernas utk merungkai persoalan misteri ini. OK Terima Kasih!!!

Reply

ayu September 14, 2010 at 8:36 pm

al-fatiha…memeng kesian.tapi tak pa,setiap perbuatan pasti di balas…

Reply

jakun September 14, 2010 at 10:03 pm

yeke? sape pulak yg bunuh atlantuya n datuk mazlan dulu?

Reply

saje saje.. September 15, 2010 at 9:23 am

First skali nk ucap takziah kt keluarga si mati yg menjadi mangsa pembunuhan kejam di bulan mulia ni..Allah maha berkuasa..nantikan saja balasan daripada Allah.. Secondly..xsangka ada jugak org nk ucap tahniah kt PDRM..bkn ape..tp manusia ni mmg cmni la kn..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kes polis tembak remaja 15 tahun dulu dikecam oleh pelbagai pihak tanpa mengambil kira jasa pihak polis..wlupn sorang je polis yg wat kesilapan..tp bila dlm kes DS ni..pihak polis la yg sgt x dilupakan sbb bertindak efisyen..dunia dunia..wallhualam..

Reply

Cahaya September 15, 2010 at 11:16 am

semasa berita kehilangan Datuk Sosilawati masuk hari ke 10 hati saya dah berkata-kata …….sah mereka bertiga itu sudah dibunuh…tapi yg peliknya polis Malaysia nie memang lembab benar…kalau pihak polis dah dapat kesan semua panggilan dari luar atau dalam baik sms kepunyaan Datuk Sosilawati tu atau apa …..bukan kah itu petunjuk paling bagus sebab manusia sekarang semua berhubung melalui h/phone….dan lagi satu trend polis di Malaysia ini dah jumpa pembunuh bersiri ini barulah nak bongkar kisah lalu yang lepas-lepas?????….banyak kes terbesar di Malaysia nie dia punya panas berita tu bukan main lagi…lepas tu hilang dah berita tuh….Manusia memang senantiasa gila wang…manusia perlukan wang untuk hidup dan perlukan wang untuk dipandang gah dimata masyarakat….sekali pandang Datuk Sosilawati bagaikan tahu nyawa mereka dalam bahaya dgn cara membawa 3 orang lain sebagai pelindung…yang si pembunuh tu pula munkin anggap mereka mambawa cash????? takziah pada semua keluarga yang terbabit…

Reply

geram September 15, 2010 at 2:50 pm

Keling ni memamg celaka dah mula naik junjung, dah melampau, yang herannya ada pulak yang menjunjung keling lebih lebih lagi hindraf yang haram jadah tu, sekarang ni dah berani pulak persatuan suara keling, Orang politik dan orang melayu yang sokong keling ni sedar lah sikit jangan jadi pak kaduk menang sorak maruah bangsa dan negara tergadai. Imigresen tolong periksa dah terlalu ramai orang keling yang yang berhijrah ke Malaysia ni dan mungkin kebanyakannya penjenayah yang lari dari India dan ada jugak penjenayah keling dari Malaysia yang lari balik ke India. Tak de siapa yang perasan sama je.

Reply

hamba allah September 16, 2010 at 2:44 am

hi mr geram….jenayah yang dilakukan oleh seseorang individu jgn dikaitkan dgn sekelompok masyarakat yg lain.agama kita tak mengajar begitu…

Reply

sd September 17, 2010 at 3:41 pm

aku setujuuuu!!!!!! orang hindraf patut dihapuskan..JIHAD laknatuallah keling pariya

Reply

NO September 21, 2010 at 10:32 pm

celake lg bapa rogol anak sendiri..[melayu]..bangsa me;ayu mcm tk ada penjenayah..bodoh..lgkalau tk ada kerajaan tk menolong bangsa awk,,,awk kena hdp pi longkang sial…sebbab kamu org bodoh swsta tak ada keje utk u all….sbb tu kerajaan bg banyk duit untk bangsa bodoh awk la celaka

Reply

Lefthanded September 15, 2010 at 10:28 pm

Kesian Nash… bekas isteri kena bunuh dah!!!! Nasib baik dah cerai berai kalau tak mesti lagi sedih penyanyi Nash kita tu kn…..Harap2 Nash dapatlah sikit2 harta peninggalan Datuk S kn….. Jangan Marah!!!

Reply

fmoney September 16, 2010 at 2:40 pm

Hilangnya ikon wanita jutawan melayu…
Bila manusia tamak…..jadi gila,rakus dan lupa dia adalah manusia..bertindak melampaui pemikiran manusia dan beraksi seperti binatang….malah lebih teruk dari binatang…..
Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia…renungkanlah…
Salam takziah….slmt hari raya…

Reply

sharinginfoz September 16, 2010 at 11:33 pm

di harap ianya cepat diselesaikan

Berita terkini Datuk Sosilawati

Reply

sd September 17, 2010 at 3:40 pm

ini kerja2 orang hindraf nak hancurkan orang melayu

Reply

vicky September 22, 2010 at 12:17 am

hi malaysia…why are u all condemming certain races because of this horrific murders.what we want is justice.nobody have the rights to take people’s life except GOD.All the Malaysian are saddened by what had happened in our country currently.We should lucky to be born in this country & let’s pray for PEACE….

Reply

myself September 22, 2010 at 10:42 am

salam..masa berita kehilangan dato’ sosilawati amt mengejutkan saya apatah lg seiring dengan masalah arwah ngan bekas suaminya.sungguh kejam manusia yg melakukan perbuatan terkutuk itu.smoga mereka akn dikenakan hukuman yg berat.tak pun terus je bg hukuman gantung smpai mati.takziah sy ucpkn kpd keluarga smua arwah.smoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan org2 yg beriman.

Reply

Lina September 23, 2010 at 4:02 pm

Salam 1 M`sia. Saya mengambil kesempatan utk mengucapkan takziah di atas kematian Datuk Sosilawati dan 3 yg lain. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah. Dan ucapan tahniah kepada pasukan PDRM kita yg cekap menjalankan tugas yg dipertanggungjawabkan. W/bagaimana pun kita bersyukur sudah tertangkap mereka2 yang disyaki dan kita cuma akan menunggu hukuman yg setimpal dgn apa yg telah mereka lakukan. Apa bangsa pun yg ada di Malaysia kita perlu hormati satu sama lain. Malaysia adalah negara majmuk dan setiap orang yg berstatus Malaysia tidak perlu lagi dipertikaikan sejarah mereka kerana kita telah merdeka 53 tahun. Berkat kehidupan masyarakat Majmuk ini lah negara kita di kenali diseluruh pelusuk Dunia. Apatah lagi kita pernah dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yg menaikkan nama Malaysia dan menjadi gah dimata Dunia. Alhamdulillah.
Semoga kita ttp bersatu di bawah Jalur Gemilang dan anak2 bangsa kita akan meneruskan tradisi ini dgn penuh semangat keMalaysian.

Reply

Wahida Wassini October 4, 2010 at 3:30 pm

semoga mereka yang buat jahat tu akan menerima balasan yang setimpal..

Reply

MULLAY October 22, 2010 at 4:29 pm

manusia seperti ini tidak mahu lagi di dunia ini?

Reply

kakngah December 16, 2010 at 11:41 pm

trajedi yg ssgh trajis sekali melanda negara kita thn ni…

Reply

kakngah December 16, 2010 at 11:41 pm

Al-Fatihah utk arwah dan yg lain2 juga…

Reply

Aslan Anak Geraji May 8, 2011 at 3:30 pm

Adakah tunjukan siasatan ujian DNA mengatakan dato sosilawati dibunuh?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: