Salam,
Panas hati betul la,hari ni patut projek Tart Nenas Gulung,tengah tunggu adik kedai bakery tu kol untuk collect Butter Golden churn ni,dia tak pulak kol2,aishhh!Dah la khamis ni nak raya,uwaaaaaa!Hari ni sambil tunggu adik kedai bakery tu kol,cikmin buat cleaning la kat rumah ni,basuh langsir,sarung kusyen blablabla.Cikmin ni bukan la jenis tukar langsir perabot baru setiap tahun,tak elok membazir,kalau yang lama masih boleh dipakai kan?
eh kejap!betul ke raya jatuh hari khamis ni?Biar betul ni,mujur dapat sumber yang sah ni..
Usah terpengaruh raya Khamis
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.
Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM.
Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.
Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.
Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.
Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.
Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.
Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.
Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.
Sumber : Berita Harian Online
Number of View :1552Incoming Search Terms:
- rumah mazuin hamzah (3)
- kedai tart nenas (1)
- mazuin hamzah3 (1)


{ 38 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327