Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
Salam lewat malam,
Sebenarnya cikmin tak mahu terlalu terperinci memaparkan berita tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati ni disini,tapi ada beberapa permintaan melalui email meminta cikmin update setiap masa kes lanjutan tentang perkara berkaitan.Tertarik dengan tajuk di berita harian,cikmin update disini,menurut kenyataan KPN kes sudah selesai.Alhamdulillah,walaupun akan lebih banyak kes baru yang akan didedahkan berikutan suspek bukan la kali pertama buat jenayah seperti apa yang berlaku keatas Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lainnya…
Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan
KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.
Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.
“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.
Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.
Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.
Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.
Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.
Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.
Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.
Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.
“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
Nota Jari : Syukur Alhamdulillah untuk rezeki ALLAH SWT berikan kepada kami sekeluarga malam ini.
Incoming Search Terms:
- pembunuhan kejam (77)
- pembunuhan (27)
- TAN SRI ISMAIL OMAR (17)
- kes pembunuhan kejam di malaysia (15)
- kes bunuh kejam (12)
- kes pembunuhan kejam (12)
- pembunuhan kejam sosilawati (6)
- sosilawati kes (4)
- kes pembunuhan (2)
- kisah pembunuhan kejam (2)


{ 24 comments… read them below or add one }
polis telah menunjukkan kebolehannya
sekarang terserah pula kepada pendakwa raya untuk menunjukkan kepintaran
harap sangat orang yang bertanggung jawab tidak akan terlepas dan akan menerima hukuman setimpal
tehr´s last [type] ..Kisah Cicak Tokek
betul tu tehr..tak sabar nak tunggu mereka dibicarakan..jangan ada pulak yang jadikan kes ni naik turun mahkamah je tak selesai2…
cikmin´s last [type] ..Pembunuhan kejam Sosilawati- Kes selesai
manusia semakin hari semakin kejam kan.
ann´s last [type] ..Sambutan Hari Malaysia 2010 Sabah TERBAIK!!
moga2 pengadilan ke atas org yg bersalah lepas ni berjalan dgn lancar.
ngeri dengar pembunuhan kejam ni boleh berlaku…
izan ishak´s last [type] ..Penat Beraya
Harap Harap mereka mendapat pengadilan yang sewajarnya…tapi selepas kes ni terbongkar banyak plak kes sebelumnya turut terbongkar kan cikmin…contohnya kes lelaki India yang tak balik2 since January tu..hmm..ada ada saja kan…
ellen´s last [type] ..Flo Ellens 1st GiveAway
hurmm…ade sikit tak pueh ati bila kata kes selesai
harap2 hukum bunuh je lah murderers tu!
Ummi Hanie´s last [type] ..Hari Malaysia 16 September
jangan terlepas masa perbicaraan sudah la.. polis bertungkus lumus mencari penjenayah dan bukti, tapi terlepas masa di mahkamah
Aarin´s last [type] ..Selamat hari raya aidilfitri
malas nak cakap pasal bangsa satu ni…rasa nak sekeh jek kepala…
apapun alfatihah utk 4 mangsa…
Leen´s last [type] ..Raya 2010
baguslah dah selesai..hmmm
Anip´s last [type] ..Contest Memenangi Duit Raya Sehingga RM200 Dari cdiqlifecom
harap2 kes2 selepas ini walaupun tak berprofail tinggi cpt2 la juga polis siasat dan ambil tindakan
eyriqazz´s last [type] ..Video Lucah Fasha Sandha Bakal Tersebar
Setiap perbuatan akan ada balasannya.. Maka mereka pun tidak akan terlepas.. Huh!
ProfHariz´s last [type] ..Sah Datuk Sosilawati- tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar
@ProfHariz, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua…
kalau sosilawati tak mati mesti ramai lagi menjadi mangsa HIndu ni .. kerana kekayaan sanggup membunuh hope suspek tersebut menerima hukuman setimpal
edy´s last [type] ..Datuk Sosilawati Mati Di Bunuh dan Di Bakar
emm,syukurlah.. harap2 dapat diselesaikan dengan segera..
Hidup Seorang Blogger´s last [type] ..Datuk Sosilawati Lawiya Hilang Mati Dibunuh
syukur2 dah selesai.. cuma hukuman jer belum dijatuhkan…
zik´s last [type] ..M Rajoli Meninggal Dunia
@zik, rasanya hukum mcm tak berbaloi je kan..rasanya penjara je
jangan bagi si keling karpal singh campur tangan utk tolong si datuk palsu patmakeling tu…mereka ni orang2 keling yang mempunyai lidah bercabang…boleh memutar belit fakta..
email me where you found the template for this site please. Or is this custom?
@Farmville tips, why?its look nice ya? hehehe
alhamdulillah dah selesai kes.. lepas ni boleh la keluarga mangsa buat ape yg patut..
Ezany-Kun´s last [type] ..M Rajoli Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
slm..d bulan ramadhan yang mulia ini, sedih d rasakan apabila mendengar berita dan membaca blog2 berkaitan perkembangan kes ini. Just d harap,sebagai golongan cerdik pandai n terpelajar Melayu(klu x,xlah kt pandai memberi komen d sini, yer x?)jgnlah cepat melatah dan mula memainkan isu perkauman.Mana-mana bangsa dan agama pun tidak suka dan tidak menghalalkan cara pembunuhan nyawa manusia yang sebegitu kejam.Saya percaya semua bangsa d Malaysia pun turut berharap supaya kes ini cepat2 d selesaikan. Sesiapa pun tanpa mengira bangsa dan agama akan tersentuh hati membaca cara mereka2 yang menjadi mangsa dibunuh. Semoga kita terus tinggal aman d negara Malaysia tercinta.Janganlah ada pihak mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan meluaskan pengaruh politik dan perkauman di dalam kes ini. Tahniah kepada pihak polis yang dapat menyelesaikan kes ini dengan segera. Di harap semua bahan bukti yang telah dikumpul adalah kukuh dan dapat menangkis pihak peguambela di mahkamah nanti. Kita tidak mahu pesalah yang sebenar terlepas.Biarlah yang bersalah dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Polis Malaysia memang bagus…kadang-kadang ada kes tak dapat diselesaikan sebab bukti tak cukup…mungkin kes ni membongkarkan banyak lagi misteri yang lain-lain..
rashid´s last [type] ..Bila Bercuti Jangan Lama Sangat- Nanti…
@rashid, kadang2 je bagus..ni mcm kes berprofil tinggi..
pembunuhan ini sangat kejam..sedih aku bila ingat kan kembali