Salam sayang buat semua,
Hari ini dah masuk lebaran ke 9,masih bersuasana hari raya kah korang semua?sebelum meneruskan catatan yang mungkin agak panjang ni,cikmin nak ucapkan Salam Takziah buat keluarga TTT(porttuantanah.com)@Nadia atas kepulangan beliau ke rahmahtullah pada 17 september.Arwah seorang yang ramah bertegur sapa di chatbox kedua blog cikmin,pada satu ketika waktu arwah sangat rajin berblogwalking dan selepas dia menganjurkan kontes menang blackberry yang mana bujang kenit pun ada join pada saat akhir,arwah dimasukkan ke wad di tempat tinggalnya ketika itu,Jepun.Selepas tu beliau dah jarang blogwalking dan update blog,kali terakhir cikmin ke blog arwah,masa blog arwah ada penulis jemputan,selepas itu blog arwah dah tak boleh diakses,database error.Semoga rohnya dicucuri rahmat,AL-FATIHAH.
Catatan cikmin seterusnya,pada petang sabtu yang agak panas ni,cikmin nak meluahkan rasa hati disini.Dunia blog yang cikmin mula berkenalan pada April 2008,hanya bercerita tentang kehidupan peribadi dan sedikit perkongsian resepi masakan(blog lama iaitu kasehabadi.blogspot.com).Masa tu cikmin tak kenal pun apa itu trafik,lampu trafik kat jalan tu tahu ler.Pergaulan di alam maya ni pun setakat dengan geng masak-masak je,so cikmin tengok blog diorang,diorang tengok blog cikmin.Cikmin tak ingat dari mana mula datangnya minat untuk lebih serius dalam blogging ni,yang pasti cikmin mula rasa cemburu bila tengok beberapa blog yang ada ramai pengunjung dalam satu masa dan entri mereka ada banyak komen dari pembaca.Berkenalan dengan Yanmie aka SIFU cikmin adalah suatu perkara yang paling terbaik,dari dia cikmin belajar banyak perkara khususnya tentang SEO.Pada mereka yang pentingkan trafik,memang kena ada banyak pengetahuan tentang SEO ni.
Yanmie pada pendapat cikmin tidak la mengajar 100% tentang apa yang dia tahu macam tu sahaja.Dia jugak nak cikmin belajar berdikari sendiri,cuba google dulu apa sahaja perkara yang cikmin nak tahu,andai takde jalan penyelesaian dia masih boleh diajak berunding,eh ini kontes apa yang anda tahu pasal yanmionline kah?
so pasa korang yang ada rasa ingin dapat sedikit atau banyak pengetahuan tentang SEO ni,sila la jangan malu untuk bertanya dengan yanmie ye,tapi janganlah pulak lepas dah tahu tu,buat tak tahu pulak terus!dia bukan minta bayaran pun,cukup sekadar korang tak lupa dia terus bila dah pandai tu.Dan jangan la pulak korang kata cikmin tak mahu share apa yang dia ajar pada cikmin kat blog ni,korang boleh google,banyak blog sekarang ni yang ada tunjuk ajar tentang SEO ni.
Cikmin sebenarnya masih mencari identiti sendiri untuk blog ni.Kalau bercerita tentang personel,visitor yang datang mungkin tak ramai,lain lah Redmummy,dia ada loyal reader yang sangat ramai,walaupun ada blogger yang kata blog RM takde faedah pun yang boleh dia dapat sebab asik cerita pasal make up segala tu.Bukan nak menyanjung dia,blog dia sangat berfaedah,terutama bila bab dia bagi tips tentang travel atau dia review produk,bagus kan?Sejak dua menjak ni pulak cikmin banyak berkongsi tentang artis,drama dan isu terkini,itu dia!!perkongsian begini memang boleh menjamin trafik masuk ke blog beribu riban sehari,tak perlu berblogwalking,trafik macam peluru sampai rasa dah malas nak tayang statistik kat blog ni dah.Kalau dulu nak dapat 500 unik sehari macam nak patah jari,sekarang ni nak dapat 5k senang sangat,semuanya kerana isu terkini!Rajin-rajinlah diri korang mengupdate isu terkini.
Pada satu peringkat cikmin dah mula rasa bosan pulak bila asik update isu terkini ni,semua blog cerita yang sama kalau berbeza pun mungkin tajuknya.Cikmin respek pada blog yang masih kekal identiti mereka,bercerita tentang perihal mereka sendiri,buktinya mereka antara yang berjaya mendapat pendapatan lumayan dengan Nuffnang sampai masuk Kosmo lagik.Cikmin pulak asik kejar-kejar trafik macam polis trafik kejar mat rempit dengan isu terkini,Nuffnang bagi BE pun macam segan je nak gedik.Kemanisan berblog bagi cikmin semakin pudar,sebab kebanyakkannya trafik yang masuk dari search engine,dari link atau referering site semakin kurang itu bermakna blog ni takde loyal reader lah kan?mungkin sebab cikmin dah sangat jarang berblogwalking,jarang bertegur sapa sesama blogger,cikmin punyai 1000 alasan kenapa dah tak berblogwalking macam dulu kala.
Cikmin pasrah andai blog ini akan terkubur begitu sahaja,komitmen yang ada sekarang cukup buat masa cikmin untuk mengadap lappy sangat terhad.Redmummy pun bizi,tapi dia ada seorang hubby yang sangat menyokong kuat dari belakang ketika dia berbloggging.Manakala hubby cikmin,seorang yang sangat tak minat dengan dunia blog,buktinya blog dia yang setahun lebih tu tak berupdate-update dah,kalau yang update dulu pun sebab cikmin yang tolong update,ngeeeee.Kata hubby lagi,komitmen yang ada sekarang cukup mewah menyara cikmin dari BE Nuffnang tu.Andai kata cikmin berundur dari dunia blogging ni,insya’ALLAH cikmin tak akan lupa pada korang semua.Apa saja yang berlaku akan datang tu bukanlah dalam perancangan cikmin.Pada korang yang masih sudi jenguk cikmin.com ni,TERIMA KASIH banyak-banyak!
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi


{ 52 comments… read them below or add one }
sis? why?
suffer8zine´s last [type] ..Perutusan Khas Dari Owner SUFFER8ZINE TERRITORY Sempena Hari Raya
pape pon den sentiasa support cikmin, take your time okess. take care!
suffer8zine´s last [type] ..Perutusan Khas Dari Owner SUFFER8ZINE TERRITORY Sempena Hari Raya
takde apa bro..jangan risau ok…anyway thanks ye..
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
take care!
suffer8zine´s last [type] ..Perutusan Khas Dari Owner SUFFER8ZINE TERRITORY Sempena Hari Raya
cikmin pun dah bertaraf sifu gak la ni.. hehe.. kalau ade peluang lain untuk cikmin jana income lebih.. elok la tumpukan pada yg tu saje.. blogging ni sekali sekala pun takpe.. takpun suruh faheem yg updatekan.. :p
ezany´s last [type] ..M Rajoli Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
ish..mana ada la kun..jauh lagi gelaran tu pada cikmin..tak dapat gelaran tu pun takpe..
alhamdulillah…rezeki yang dapat dari hasil kerja keras kuar tenaga lagi puas hati..faheem tu lambat sangat la nak besha…blog dia pun dah suram tu… 
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
saya pun pernah rasa down dulu cikmin, 2minggu gak laa..bulan tujuh lepas..time tu memang rasa nak someone yg boleh motivates me in blogging, tapi still zero…last2 kena cr motivasi sendiri.. kalau ada tulang belakang macam RM, mesti lebih manis rasanya blogging ni. tapi itulah, org sekitar nampak mcm kita membuang masa depan ni, padahal dengan blogging laaa kita jadi informative. yang penting, kita tak abaikan apa yg kita ada di dunia realiti.
skrg ni, DJ pun memang rasa gile kejar trafik, dan mcm menjual maruah blog sendiri sebab dah gile ngat trafik, dah macam no soul..tapi itulah, ada gak suka baca, kita pun suka bila ada yg cakap “thanks for update me on anything”..yerlah, bukan semua orang suka baca suratkhabar, online ataupun offline, dan bukan semua suka tercongok menonton berita kat TV..tapi bila ada yg tanya “Ni Dahlia Journal ke surat khabar” terasa ..hehehe…
memang dah rasa blog sendiri terjual kerana gilakan trafik. Sampaikan komen kat blog dah makin kurang. Kalau dulu, satu post boleh dapat lebih kurang 50 komen. Sekarang ni, macam suka lak tgk berpuluh2 tengah online di blog.. Dah addicted to blog sangat kut..hehhe…
DaHLia´s last [type] ..Tonton Ular Emas TV3 Online! Drama yang penuh keinsafan & merubah perspektif hidup aku…
tengok ni DJ..berapa hari baru nak jawab komen..adesssss…malas dan letih betul lah..panjang betul komen DJ..thanks ye..
kira macam takde jiwa la sekarang ni..kaler pun dah bertukar ni… 
Buat masa ni cikmin remain macam ni lah DJ..letih la kalau fikir2 benda ni semua…
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
eh, mcm nak berenti blog je ni? knpa lak nk berenti
macam je…belum tentu berhenti…
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
samala…dah malas dah…tunggu masa yg sesuai gak…tp blog sis lbh terasa klu tiba2 hilang…
nk update psl isu semasa pun dah malas…
tulis ngarut2 cam dulu2 lbh puas walaupun tak ramai visitors…
adoi……ramainya geng2 nak mesilent kn diri…tu pun buat jadi takde mood…
selmt berjaya ye cik min
mario´s last [type] ..Pendapatan lumayan dengan Nuffnang
Makasih sudi berkomen kat sini ye rio…tengok..lambat sis nak reply komen2 ni semua..betul2 malas lah..adehhh…
baca ni terasa lain macam je
…ada pantun perpisahan pulak tu
tehr´s last [type] ..Lelaki Tak Suka Perempuan
maafkan daku ye tehr…
kalau buat tehr terasa lain…
SELAMAT HR RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat CikMin n famili…. naper ni cikmin, ade ape2 masalah ekkk… ape2 pon tk care
qistynacorner´s last [type] ..Siapa Yang Buduh
Selamat hari raya buat qis jugak ye..
takde apa2 dear..rest jek…
Salam kak, ehek patutlah tergigit lidah rupanya ada org duk sebut2 kat sini…seronok dpt kenal akak.
apa pun gudluck dgn biz baru ye
jgn lupa blanje…ehehe
oh ye gmbr raya ada tak? kt handset yan nie x jelas arr..bila edit kelakar gila, kepala hubby kita terlebih kilat…hahhaa, nnti bila2 akak share ye
uik..nape ni beb?…ke dah sibuk ngan bisnes baru?…
apapun…ada perkara kekadang perlu diutamakan dari blogging ni…
mcm aku kalau sibuk order memang jengah setakat utk update blog bisnes aje…lain semua tak layan sgt…
Al-fatihah utk arwah Nadia… dia sakit apa…dulu pun dia ada bw blog aku…terperanjat gak baca…
Leen´s last [type] ..Chocolate Cheesecake
Cikmin…napa nak berhenti ni..hmm…apa apa pun ellen harap cikmin dapat buat keputusan yang terbaik…ellen faham ngan mksd Cikmin tu..apa apa pun jengah2 lah dan update2 la blog ni sekali sekala bila ada masa ya…ellen akan selalu bertandang d sini…harap cikMin x tutup blog ni …sayang sangat…
Thanks for everything CikMin..walau kita baru kenal tapi ellen rasa macam dah lama ellen kenal ngan cikmin…
floellen´s last [type] ..Flo Ellens 1st GiveAway
pantun perpisahan tu buat sendiri ke?wahh…terror la cikmin berpantun..ble ajarkan saya…hik3…nice story u share…love it ..
eyriqazz´s last [type] ..RM400 Buffered Earning Tengah Berjalan
hahaha..mana ada buat sendiri…klik tajuk pantun tu..terus ke sumbernya..pantun tu kan dah biasa kita2 dengar
thanks eyri..
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
Alaaa.. cikmin ta kesah… Perkongsian disini banyak yang berguna… Teruskan menaip ye sis…
Berblog banyak faedahnya…
ProfHariz´s last [type] ..Mula Membuncit Diriku Terasa Ayu
Salam.. Selamat Hari Raya Cikmin.. Panjangnya entri akak kali ni.. Kenapa akak nak berhenti menulis di blog? Nur suka baca blog akak.. Blog Nur pun dah jarang update, bergantung pada kelapangan. Biasalah kekangan masa dan tak sempat dek tuntutan tugas & kewajipan. Nur harap Cikmin tak terus berhenti.. updatelah sekali-sekala andai berkesempatan ye.. Jaga diri baik2 ye kak.
Nur´s last [type] ..Maher Zain – Baraka-Allahu-Lakuma with Lyrics
Cikmin????
Tak kesiankan mak ke hah…sedey tau cenggini. Wekkap bebeh..cheer up. Mak tatau nak ckp apa dah. banyak dah nasihat kat atas nun. Cuma 1 pesan mak, JANGANLAH STOP. I will miss u dear and 1 miss u already!!
lagenda´s last [type] ..MANIK – CINTA KIRANA
aku skrg pn tgh xder seru nk berblog.
nak kata raya sakan.. thn ni adalah raya yg paling x bes..
huhuhuhu!!!
traffic jgn ckp la.. 40 uv pn xsampai..
ala cikmin janganla tinggalkan dunia blog ni…kesian la kat kami (yuka & ungu violet)yang merupakan anak didik cikmin dalam unia blogging ni…
wa pun baru down gak bulan lepas. memang rasa nk tutup blog. wa
buat header free tu bukan nk balasan. Tapi sekurang2 nya yg dapat
free tu jgn ar lupakan wa kan. letak ar link blog wa dekat blog
list kan. Tapi emm … hampeh !! terpaksa BW sampai lebam mata
untuk cari traffic.
wa buat tutor pun kurang gak dapat sambutan. Habiskan masa untuk
edit video dan uploadkan dekat you tube dekat 3 / 4 jam. memang
down habis. dalam kepala ingat nk tutup blog jer. Lepas terjumpa N3
dekat blog mario pasal dia hampir2 nk tutop blog timbul kesedaran
ckit. Tak jadi wa nak tutup blog. sekarang ni tukar niche daripada
blog tutor photoshop gi ke blog merepek merapu meraban. BW pon dah
di kurang kan.Tidor pon dah cukup
~ Jangan tutup blog cik min. Jgn fikir sangat pasal traffic dan
duit hasil dari blog ni. Kita berblog ni sebab kita suka. Jadi
tiada tekanan ke atas diri kita untuk berblogging.
wachak´s last [type] ..M Rajoli Meninggal Dunia
rsnya time blogwalking dlu lg best cz meriah dr skg ne..
kjar traffic pun dh xlarat sgt dh. yanmie, bg aie sifu yg terbaik pnh aie dpt.. ngn akak pun same..byk share n tlg sal blog.. tq cz salu tlg aie dlu… skg ne nk on9 pun tgh2 mlm 2 pun terkejar2 mase. susah jgk bila ade komitmen ngn blog tp 2 harga y perlu dibyr oleh blogger…
darkbatman´s last [type] ..Suzuki Alto 2010 l Kompak Kukuh Suzuki
terbaeklahhh! HAHAH cikmin dah lama x datang blog Zida kan?? sob3 T___T
salam cikmin,
kadang masa menghadap blog memang terhad terutama kalau kita ada banyak komitmen lain.. tu memang pkara biasa kepada blogger sambilang macam kita.. xpa tu, boleh rehat2 kejap.. ada masa terluang boleh update sikit2..
kulanz´s last [type] ..Nafsu blogging hilang gara-gara Streamyx
Salam cik min..
Looo..cik min..sue still peminat setia akak..jgn risau..
Akak mesti boleh punya..Yakin boleh cik min..heee
sue´s last [type] ..Terliur ja
@sue, wow! peminat setia tu..bila lah sp nak ada peminat setia cam ni ;p
salam dan selamat hari raya min..
memang susah kalau ahli keluarga tak menyokong kita berblog ni..terutama suami kita..
relaxlah min..berblog bila kita ada masa..sabar yer..
lum pos lagi aaaaa….sibuk sikit beraya.
kak ina kl´s last [type] ..Selamat Jalan Sayang
takpe cikmin… insyallah akan selalu support… mana yang termampu.. kadang2 kekangan masa tuh… huhu…
zik´s last [type] ..Api kiub illusi- zik the magician code
cikminn…. cikklin selalu dtg sini… teruskan berblog yer…
selmt hari raya
ciklinn´s last [type] ..- Semoga mereka2 ini dikenakan hukuman seberat2nya -
selamat raya cik min.. ^-^
haish, apsal bagik pantun perpisahan nie? tak suka laa sedeyh2 cikmin! hehe, rilek laa cikmin, same laa kita, pendapatan pun seberapa dari blog, traffik pun tak bnyk, yng penting bukan kerjasama, tapi usaha & x give up, pastu doa byk2.. dapatlaa jap agi..
samanosuke_04´s last [type] ..Eid Mubarak PascaSPM!
yuhuuu.. adeii.. lama cuti raya sampai terlepas update cikmin yg lepas2..
memang tak sangka arwah begitu cepat tinggalkan kita. sebak pun ada bila teringat beliau tak pernah lupa balas jejak yg mia tinggalkan..
moga arwah tenang di SANA… Amin..
cikmin! nak duit raya!
Salmia´s last [type] ..Jom main hujan!
rasanya berblogging utk dptkan readers tetap lg seronok kot berbanding berblogging utk dptkan seo semata2.
x-po´s last [type] ..SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTOR
cikminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
el terkejut bc psl pemergian TTT..betul ke?
inalillahiinahirojiunnnnnn
arweah sllu gak chat ngan el smada kt shoubox or YM..mmg terkejut huhuhu..kt mn el leh tau cerita ttg pemergian dia
cikmin nak resign dr blog…biar betik cikmin
abis el nak campak mn..x boleh ini tidak adil
cikmin xboleh resign suka2 ati..nak kene cempok hahaha
i luv ur blog very much ok
el´s last [type] ..akai xdeni kategori ape eh
yuhuuuu el dear…miss u so muchossss…tadi cikmin pi..ada warning harm komputer la blog el tu…cuba buat something ok…
pasal arwah TTT tu el boleh cuba cari ceritanya kat blog cikgudahlia.com..dia ada update hari tu…
nak rest for while je dear..fenat lah…ni pun nak make over kaler blog jap..kasi lembut sket mata cikmin ni…hehehe..
thanks sbb sudi sokong cikmin.com ye dear…lebiu yeah…!
cikminnnnnnnnnnnnnnnn warning harm tu ape
el x tau menahu la..el ada delete something kat blog el tu cer cikmin try msok ada lg x..pls help meeeeeeeeeeeeeeeee
el´s last [type] ..akai xdeni kategori ape eh
el…still ada tau…mungkin ada bloglist el yg masih ada malware tu….
cikmin´s last [type] ..Takde Tajuk
takde tajuk telah menjadi tajuk pada entri blog ni. orang yang dah merasa UV 5K sehari terasa bosan pula dengan pencapaiannya..banyak lagi blogger-blogger lain yang mengharapkan dapat UV 5K sehari..
Masa DAH Time´s last [type] ..Puting Beliung melanda Amerika
harap jangan salah faham dengan trafk 5k tu..bukan bosan dengan trafik..sebagai blogger tak sepenuh masa ni memang ada waktunya akan berperasaan macam ni bila mana kepopularitian blog ini hanya sebab search engine bukan sebab ada reader tersendiri..
huhuhu…cikmin macam sama time je kita…..
kita pun macam rasa down je rasa malas la nak update blog sekarang…nak blogwalking pun dah malas je hmmm entah la ye…
cikmin..happy nya cikmin ada hari ni..jan stop ehh…sedih ni..
ellen´s last [type] ..Malwaremari kita kongsikan cara mengatasinya
salam cikmin,janganla berundur dari dunia blog ni..kitorang syg cikmin..afiq ingat lagi cikmin bagi tips2 kat kitorang mase cikmin singgah kejap kat kedai kopi si padin tu..walaupun xselalu, kitorang amatla hargai2 sumbangan cikmin tu..jgn ek..jgn tutup blog terus..xkisahla kalau cikmin kekurangan masa ke, still ade reader yang nak jenguk2 blog cikmin..btulll
afiqbukhari´s last [type] ..Kau Lelaki- Aku Pun Lelaki
Salam cikmin.
saya selalu singgah blog cikmin sejak mula kembali aktif berblog (2009). dulu saya pernah alami perasaan yg sama macam cikmin, nak berhenti berblog. lagipun kehidupan seharian & akses internet yg sukar, blog saya (ala, byk cerita tentang diri sendiri je) terkubur begitu saya sejak 2006. masa tu tak pernah tahu tentang trafik, SEO, jana pendapatan dll.
3 tahun tak berblog, rasa rindu juga nak berkongsi cerita di alam maya. akhirnya saya kembali dalam bulan Ramadan 1430H. Blog pun dah macam rojak, campur mcm2 cerita..hehe! apa2pun sesekali baca posting lama, buat saya ketawa sendiri. baca komen kawan2 lebih memotivasikan saya untuk terus berblog..
** pilihan di tangan sendiri tapi sayanglah sebab cikmin dah ramai peminat. pasti masing2 rindukan entry terbaru & resepi2 yg menyelerakan tu
kalau dah tak de tajuk..sp nak komen cam ni..
“tak de komen”
agak pandai berpantun yea ;p
What is up, pleasant web-site. I enjoy your style. I recently finished cosmetic school and also set up my web site. Thanks for the amazing write-up!