Home >> Berita, Info, youtube >> (Video) Penangkapan Hantu Penanggal Atau Penanggalan

Salam,

Terkejut semalam tak habis lagi tau bila tengok Video Micheal Jackson masih hidup lagi tu,terjerit-jerit cikmin dengan anak bujang besar,sekali dengan bujang kenit pun menjerit sebab dia ingat ibu jerit marahkan dia,hihihi.Serius beb,nak gugur jantung gue.Tadi lepak sekejap kat twitter,terbaca tweet Dauspozi tentang header raya dia,bila cikmin pergi tengok sekali nampak tajuk Video Penangkapan Hantu Penanggal atau Penaggalan,terkejut lagik!Hari ni asik sibuk kat dapur tak hirau berita terkini atau sensasi yang sedang berlaku.Misteri atau realiti,tak amik peduli hari ni sebab sibuk nak listkan cookies apa cikmin nak buat esok ni…

Info hantu Penanggalan atau Balan-Balan.

Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman atau peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Hantu Penanggal ni katanya ditangkap di Sabah,dulu masa kecik-kecik ada la baca kisah hantu penanggal atau balan-balan ni kat dalam buku cerita kanak-kanak,masa tu takde rasa apa pun,sebab hanya ilustrasi je kan,kali ni dapat tengok video la pulak wei,uhhh seramnya siang-siang hari ni.Kepala tu pulak asik goyang-goyang je,betul atau tak,tak dapat la mata cikmin nak pastikan.Kira hebat la orang yang berjaya menagkapnya,pastu sumbatkan kepala hantu tu dalam plastik beras jek.

Okey la semua,cikmin nak bersiap-siap ni sebab nak berbuka puasa di luar,iftar semalam ada masak Mee Kari tapi tak sempat nak taip resepinya.Lain kali je la ye.Selamat Berbuka buat semua.

Number of View :3042

Incoming Search Terms:

  • hantu penanggal (768)
  • video hantu penanggal (390)
  • penanggal (201)
  • hantu penangal (65)
  • hantu penanggal video (54)
  • penangkapan hantu penanggal (47)
  • video penanggal (30)
  • video penangkapan hantu (26)
  • penangkapan hantu (24)
  • cerita hantu penanggal (24)

{ 22 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: