Salam,
Hai korang,rindu dengan menu masakan kat sini tak?Setiap hari cikmin memang ada masak cuma mood nak menembak tu takde lah,vitamin M tu kuat sangat tau.Menu Ayam Masak Bali ni sepatutnya jadi menu lunch semalam,disebabkan waktu breakfast kami dah bertukar jadi waktu brunch,makanya cikmin masak lah menu ayam ni untuk dinner.Menu ni cikmin ambil resepinya di blog orang bujang yang duk merantau jauh kat ostolia nun,nak tahu siapa?..
Resepi Ayam Masak Bali dari Amir Oh Malaysia.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
*****Ayam Masak Bali ni memang sedap lebih2 lagi ayam memang kegemaran kami sekeluarga.

Sago Gula Melaka ni pulak cikmin buat masa majlis tahlil kecilan di rumah mama cikmin,sempena besday dia jugak yang ke 62 tahun.Kalau korang nak resepi boleh klik SINI.Sago ni makan sejuk-sejuk memang syorga..sambil pulak tengok Cinta Kirana,haiyakkkkk ada kena mengena kah?Ini adalah kali kedua cikmin buat Sago Gula Melaka ni,kali ni cikmin tak campur putih telur,rupa-rupanya memang ada sedikit perbezaan jika kita tak menggunakan putih telur ni.Itu tips yang cikmin dapat dari video cara memasak Sago Gula Melaka.
Pada semua teman blogger yang berkunjung kesini,cikmin mohon maaf jika ada kesulitan untuk korang tinggal jejak kat sini sebab cikmin dah buang sementara shoutbox cikmin,kalau korang rajin tinggal lah jejak kat komen entri ye,insya’ALLAH cikmin jejak kembali.Okey lah semua,kalau vitamin M cikmin dah kurang,nanti cikmin updat lagi foodies kat sini,tata semua.
Nota Kaki : Takde nota lah hari ni ye.
Number of View :4860Incoming Search Terms:
- ayam masak bali (58)
- sago gula melaka (33)
- masakan brunei (7)
- resepi pencuci mulut (6)
- masakan bali (4)
- resepi masakan kaki ayam (4)
- Resipi sago (4)
- resipi kaki ayam masak kicap (3)
- masakan melaka (3)
- cara membuat jala ikan (3)


{ 62 comments… read them below or add one }
cikmin dh buang chtbox ye hehehe..
http://nurizspace.blogspot.com/2010/09/sotfware-blogwalking-yang-tak-ada.html
jom pi tgk komen ni cikmin heheh
nuriz´s last [type] ..Ambil Gambar Dengan Kamera Digital Bukan DSLR
ha ye dah buang la nuriz..bosan..errrr..tadi dah pi baca jugak la komen2 tu..rajin pulak dia berbalas-balas eh..
@cikmin, bgslah dah buang tu..
Azuan´s last [type] ..Download Drama Chinta Akasia TV3
@nuriz,
skrg dh ada Cbox kembali…
sedapnya sago gula melaka tu. nanti nak cuba buat la…
Amir Said´s last [type] ..Resepi Ayam Masak Bali
punya la sedap sago gula melaka tu sampai tak nampak ayam masak bali tu dah eh…amir punya gambar mantap…cikmin kamera cikai jek tu..
@Amir Said,
haaa.. dh cuba buat lom???
tu la..
aku dr shr ke shr nk tny mana cetbox ko..
asek lupa jek…
hehehe..ko sejak jadi surirumah ni asik lupa ye nok..
@cikmin,
ye la…
asek fkr hrni nk msk apa jek..
Wahh..apakah rasanya ayam masak bali tu?? ermmm cikmin guna barli ke? yang kite minum tu???hehe
rashid´s last [type] ..Tun Mahathir Sudah Stabil
kahkahkah..bila masa pulak cikmin ada taip perkataan barli kat dalam bahan2 ayam tu..ishhh…
rasanya macam rendang pun ada..tapi sedap lah..
hehe, haibat la org bujang tuh…
pssttt, cikmin sagoo tu feveret
qistynacorner´s last [type] ..Kalau dh Jodoh tak Kemana
hehehe..untung la kalau jadikan suami kan..
feveret me too…
wahh sedappnyerr… lama tak mkn sagoo tu….
ciklinn´s last [type] ..- Adab Malam pertama-
memang sedap…nanti buat lah eh..senang je tu…
hye cikmin…
hari tu ada open house kat ofis
ada sagu gula melaka…memang best lah..awe amik banyak2..heheheh…sedap lah kan sagu gula melaka ni..lagi sedap makan bila sejuk..pergh!!!!
hawa´s last [type] .. Rambang Mata
hai awe…owh ye ke…cikmin ni baru kali kedua buat sendiri..dulu makan yang orang buatkan..hehehe…
bila buat sendiri..puas betul makan..
salam min, n3 kita serupa!! hehe
semalam nampak k.nor komen kat blog amir…nak salin resepi ayam bali ni…hehehe..kebetulan sama pulak publish nya kan..sedap kan ayam ni kak..
pehhhhhhhh!!!
tiba2 lapar
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China
lapar eh? pi makan ye…
@cikmin,
eh.. apsal aku lapar sama ni??
Haishhhh ayam bali kat sini gak yer..baru jumpa kat umah KakNor! Mmg mengancam dish akak tuh! Have to try this, bookmarking it
love2cook´s last [type] ..♥Crumbed Boxing Chicken♥
try la love..for my tekak..memang ngam lah..kids pun suka..kalau diorang tanya masak apa..boleh cakap masak kicap istimewa lah..
Forgot to comment on the dessert…nak jugak! hehehe
love2cook´s last [type] ..♥Crumbed Boxing Chicken♥
wah….semua nak eh..tak takut lemak banyak ke..hiks..
salam cik min… putih bersih sago gula melaka nya….
fiza´s last [type] ..Majlis HAri Raya Engineering Department – SDP
wasalam fiza..ha tu la..semua macam tu kot…yang penting ke cucur dengan air untuk hilangkan kanji nya..lepas tu sagu tu jadi la clear cantik macam tu..
salam cikmin..apa kabar/tadi g umah k.nor pon dia masak ayam mkbali nie gak…famous ayam nie dlm menu kwn2…kiss for faheem!
wasalam kak atie..tu la..kami sama2 dah aim ayam bali tu masa tengok kat blog amir oh malaysia tu…
cikmin, sori sgt2 lambat balas jejak. baru je nak bw, twins meragam…nak masaklah..nak mengemaslah.
sudahnya tadi terus teringat cikmin dan dtg sini tanpa lengah…yelah cikmin takde chatbox…takpe2….
izan pun suka sgt sago gula melaka tu. mmg sedap sgt kalau makan sejuk2….~~
izan ishak´s last [type] ..Letih Tapi Seronok
takpe la izan..macam ni cikmin pun masih belum jejak izan balik..taip ni sambil susukan faheem..
buat sementara ni je takde..tengok la nanti esok lusa..tadi baru je habis sago tu..elok pulak santan yang cikmin masak tu tak basi..walaupun masak dari hari ahad petang…
Wahh..cikmin dah tukar header ya..page pun byk yg berubah..tapi tetap cantik..Lama tak skodeng dapur akak
sue´s last [type] ..CepatcepatBurger King Seringgit Ja Tau!
ye la sue..nak bagi ringan lagi kalau boleh..widget2 tak penting tak payah letak dah kat sini..hehehe…rindu la kat sue..
Adooooiii..memanjang dtg sini kena standby tisu!
Bergelen2 air liur mak telan dah
Huaaaa…
lagenda´s last [type] ..PENGGUNA TEGAR NOKIACUKUP SETIA TAK AKU
alah mak ni..sekarang bulan tak posa dah tau…jangan lah macam tu…kang banjir blog cikmin dengan air liur mak..
@lagenda,
mak, kene pakai bib cam baby la camni.. kekekeke….
salam CM
ayam msk bali tu nmpk sgt ‘sedap’
kena cuba buat ni… tmeksh krn sd
kongsi resepi tu (^__^) ~
wasalam manje…alahai..manjernya dia..hiks..sama2 kasih..nanti bagi feedback ye..
@manje,
setakat tarikh harni, dah buat lom???
rindu sama entri masak kak min .. hehe
zqah´s last [type] ..Selamat Menduduki Peperiksaan !
thanks zqah…kakmin ni rindu jugak pada semua orang..tapi apa kan daya ku…
alahai jadi lapar plak tgk ayam tu..
pastu mkan sago plak mmg mantap..:)
kami´s last [type] ..Tips Elak Kecurian Kenderaan
lapar makan je ler…hihihi…sago tu ada lagi dalam peti ais..nak tak?
nampak sedap la.. pulang keje terus makan ayam masak bali ni tentu nikmat..:D
kerja kosong´s last [type] ..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager
kompem sedap..pi cuba masak sekarang…
alahai malam-malam ni tengok menu cam ni..susah nak cari kedai ni, dapur dah tutup
etomyam´s last [type] ..RM800-000 Untung Bersih Dari eBay
@etomyam, hehehe..esok je la..ayam masak bali ni makan dengan nasi lemak pagi esok pun sedap ni..
1st time dengar ayam masak bali sago..huhu
ProfHariz´s last [type] ..Berkahwin Usia Muda
uittt…ayam masak bali tu satu resepi..sago tu pulak satu resepi lain..
Sukanya, cikmin kembali ngan resepi..part nilah ellen tunggu..nak try plak yang ni…cikmin teruskan bagi resepi2 ya..ellen peminat setia ni..ahaks!!!setiakah…adoiii.
floellen´s last [type] ..NEMO DI PATUK ULAR
ok jak kalau kau setia..nda kisah la dear..kalau ada datang masa jenguk cikmin ya..
memang kalau boleh nak letak resepi sehari 3x..tapi masa begitu limit sangat..
cuba terai ye..sedap tau ayam masak bali ni..
nape pggey ayam masak bali bkn ayam masak ostolia hahahaha
sedap tgk ayam tu…:)
dok terbayang sorg2 mkn sago gula melaka dlm mimpi hahahah syurga tul miahahaha
el´s last [type] ..KONVOI 136 ULAT BULU
ntah la el..nak jugak tanya dak amir tu..tapi lupa lak..
pesal pulak dalam mimpi je…pi la masak sendiri..sonang je…
tengahari ni kami dijempu ke mrsm seberang jalan
harap2 ada menu ayam masak bali ni
hehehe
tehr´s last [type] ..Bolehkah Kalau
emm, ni resepi dari indon ke?
Azuan´s last [type] ..Download Drama Chinta Akasia TV3
Ayam Masak Bali dah tahu, walaupun belum rasa.. tapi Sago Gula Melaka tu tak tahu lagi.. rasa pun tak pernah..
kulanz´s last [type] ..Masjid Futuristik di Ground Zero
minta isteri buatkan lanz..sedap tau…kalau dijamuan orang buat ni memang licin..
owh! sago tuh mmg menggoda ah….
akuzle ayu´s last [type] ..Ko Lagikk You Again
auwwww…apa yang membuatkan sampai tergoda tu?adakah kerana keseksiannya?
siang td aku basuh ayam 25 eko.. huwaaaa.. sakit pinggang aku. nk jek aku catu 5-6 keping. blh gak try ayam masak bali ni..
{ 1 trackback }