Home >> daging, Food & Receipe, Food Review >> Daging Masak Kicap Ala Yanmie

Daging Masak Kicap Ala Yanmie

by cikmin on October 15, 2010

daging kicap wif tofu

 

Hari Jumaat ni seperti ada kuasa bertenaga luar biasa pulak,selepas publish entri Bajet 2011 sambung pulak lagi 2 entri,ewahewah.Alaaaa,update entri ringkas je,bukan payah nak perah-perah otak.Macam Daging Kicap Ala Yanmie ni,pergi salin je resepi dari blog dia,tapi daging dalam gambar tu cikmin punya masakan sendiri lah,hehehe.Ada la sedikit cikmin tambah bahan,dagingnya pun guna daging batang pinang.Resepi Daging Ala Yanmie ni memang simple dan sedap.Korang try lah nanti. :) Jom tengok resepi..

 

daging2

 

Resepi Daging Masak Kicap Ala Yanmie

Bahan-bahannya:

4 ulas bawang merah (blender)

5 ulas bawang putih (blender)

3 Batang serai ( di ketuk)

Kulit kayu manis 1 btg yg besar

Bunga Lawang 3

Sedikit kicap pekat manis (perap bersama daging)

sedikit garam dan gula (perap bersama daging)

3kg daging batang pinang ( memang dah sedia lembut)

Cili besar dan bawang besar (untuk hiasan)

*cikmin tambah halia sebesar ibu jari (blender)

 

Cara Memasak Daging Masap Kicap

Potong daging mengikut urat dan basuh bersih-bersih

Perap daging tersebut dengan gula, garam dan kicap (agak-agak ler semua tu ye), kalau ikut Yan yan perap dalam 2 jam je

tumis bahan yang di blender bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai sampai naik bau

kemudia masukkan daging, masak sampai daging empuk, sebenarnya tak ambik masa yang lama sebab dah perap daging terlebih dahulu. so korang agak2 ler ye.

kalau rasa dah empuk dagingnya, rasa dulu sama ada dah ok ke tak, sebab tadi dah perap dengan gula dan garam. kalau ikut Yan memang tak tambah dan perasa dalam daging masak kicap tu, cuma tambahkan kicap je.

last masukkan bawang besar yang dah dihiris bersama cili merah besar untuk hiasan

dan bolehlah dihidangkan…ehhee..simple je :P

*cikmin ada tambah tofu jepun goreng untuk hiasan

 

Nota Hati : Menu yang lepas ada bersusun dalam folder,malas betul.

Number of View :2881

Incoming Search Terms:

  • cara masak daging (52)
  • resepi daging masak kicap (50)
  • daging masak kicap (45)
  • resepi masak daging (40)
  • cara memasak daging masak kicap (38)
  • daging kicap (38)
  • cara masak daging masak kicap (37)
  • resepi masakan daging (26)
  • masak simple (26)
  • daging masak kicap sedap (24)

{ 28 comments… read them below or add one }

suffer8zine October 15, 2010 at 11:01 pm

wahhh kak dah ade saingan sihat ni, hehe :P
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

cikmin October 15, 2010 at 11:12 pm

@suffer8zine, saingan sihat?bukan masuk pertandingan pun..hiks..

Reply

suffer8zine October 16, 2010 at 1:13 am

@cikmin, persaingan resepi masakan la :P
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

yanmie October 15, 2010 at 11:04 pm

salam kak,

makasih ye sudi mencuba resepi nie…amacam sedap tak?? ehehe :P
daging kicap nielah jadi ke’angau’an bdk2 twitter tu :P
yanmie´s last [type] ..Pembentangan Bajet 2011

Reply

cikmin October 15, 2010 at 11:11 pm

@yanmie, sedap dan simple.. :) akak tak dan nak angau sebab masak sendiri..hehehe..

Reply

afiqbukhari October 15, 2010 at 11:36 pm

salam cikmin,wahhh sedap tu daging kicap.. siap ade bean curd lagi..suke2!! :D

Reply

cikmin October 16, 2010 at 12:13 am

@afiqbukhari, wasalam afiq..memang sedap kegemarab ramai kan..budak2 pun suka makan sebab tak pedash.. :P japanese beancurd tu pun peberet kami.. :)

Reply

kulanz October 15, 2010 at 11:37 pm

memang kegemaran aku daging masak kicap..
sedap ni kalau dapat makan betul2.. :D
kulanz´s last [type] ..Bajet 2011- Kakitangan Awam Termasuk Kontrak Turut Mendapat Manfaat

Reply

cikmin October 16, 2010 at 12:20 am

@kulanz, kalau dagingnya dapat yang lembut macam batang pinang ni..nda perlu masak lama2 tau lanz..kalau tumbuk ground black pepper tu lagi terangkat.. :P

Reply

tehr October 15, 2010 at 11:57 pm

sangat kebetulan
menu kami sekeluarga juga daging masak kicap
memang kegemaran ramai
tehr´s last [type] ..Pasar Minggu Pagi Jumaat Di Wakaf Bharu

Reply

cikmin October 16, 2010 at 12:20 am

@tehr, wah..ye ke tehr..esok plan masak apa pulak?cikmin nak buat sambal kepayang esok.. :P

Reply

Mai October 16, 2010 at 12:07 am

waaaa nmpk mcm sdp…boley try esok nih…ngee~

Reply

cikmin October 16, 2010 at 12:21 am

@Mai, sedap..try lah.. :P

Reply

afiq aiman October 16, 2010 at 12:38 am

sedap tu…amboi cik min ni rajin betul kalau bab masak memasak ni ye
afiq aiman´s last [type] ..Mengukur Gred Blog Menggunakan Websitegrader

Reply

nana October 16, 2010 at 12:40 am

sedapnyeee… rindu makkkk… huhu dah lama x mknnnn…
nana´s last [type] ..NEW SKIN!!

Reply

floellen October 16, 2010 at 3:20 am

sesuai sangat sis, sebab anak ellen nemo ni memang gila masak kicap..apa je benda di simpan kicap gerenti makan habis..Thx for sharing..suka sangat..hehhe..!!

Reply

watie shaari October 16, 2010 at 8:49 am

senang nyer….boleh cuba gak ni..hehe

Reply

el October 16, 2010 at 9:30 am

lebih kurang resepi yg el sllu msk daging kicap tu…:)
el´s last [type] ..Ikan Siakap Stim

Reply

catlina October 16, 2010 at 10:48 am

looks yummy..tiba2 terus rasa lapar..

cikmin jom join contest kat blog sy

Reply

qistynacorner October 16, 2010 at 12:01 pm

sedapnyer cikmin… dh tghari neh kan… berdondang lak pewut neh :)
qistynacorner´s last [type] ..Contest I-Phone 3G

Reply

kakngah October 16, 2010 at 12:47 pm

senang jek… harus aku cobak..
cuma.. ko jgn tny bila..
biasa la aku… hiks!

Reply

salmia October 17, 2010 at 7:46 am

hohoho.. nmpak sedap je..
salmia´s last [type] ..Mi kari ayam goreng @Marrybrown

Reply

zqah October 17, 2010 at 11:19 am

terlepas entri nie .. hehe

hari nie baru nak baca .. tembak jangan tak tembak ! =p
zqah´s last [type] ..Permohonan Kemasukan Sesi Januari 2011

Reply

ann October 17, 2010 at 1:00 pm

ahh cari resepi ni sebenarnya.. aicehmen, kicap kat semenanjung ni tak sedap cam kicap kat sabah. haha

Reply

floellen October 17, 2010 at 7:21 pm

@ann, aik..kicap semenanjung ngan kicap sabah lain ker…hehe..
floellen´s last [type] ..MAKAN TAHI HIDUNG BOLEH JAGA KESIHATAN

Reply

kakngah December 24, 2010 at 10:35 pm

aku mmg la jarnag sekali msk daging. hrtu jumpa resepi beef stew.. kekunun nk try. sampai sudah tak tertry. :P

Reply

cikmin December 24, 2010 at 11:18 pm

ko memang…asik tangguh2 je…agaknya dah berapa tebal folder resepi kau kan..hahaha…

Reply

Kimizo December 26, 2010 at 5:20 pm

saya pun suka makan masakan daging ni
daging goreng pun best bagi saya.. hehe
Kimizo´s last [type] ..Cara masak daging

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: