Home >> Info, Soal Jawab Agama >> SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

halal-logo

 

Salam 10.10.10 buat semua,

Isu tentang status halal haram ni macam tak pernah selesai,Terima Kasih kepada Jakim kerana sentiasa update,kalau tak macam mana kita nak tahu kan,kalau tanya owner atau staff kedai tu dah tentu-tentu mereka kata Halal ataupun papan tanda Halal tu pun dah terpampang depan pintu kedai.Kita yang naif ni terus je la masuk makan tanpa nak kaji selidik dah.Pagi tadi sambil blogwalking wajib ke blog kak ina kl,cikmin rasa satu kewajipan untuk sebarkan disini juga tentang isu ni,Kebanyakkan restoran yang diragu statusnya pernah cikmin kunjungi,adoiii kembang tekak pulak…

 

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

 

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

 

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

 

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

 

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

 

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

 

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

 

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.

 

Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

 

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

 

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

 

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

 

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIMJusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana:-

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

 

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

 

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

 

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini kita sebagai umat Islam akan lebih berhati-hati dan waspada selalu,jangan pulak bila kita nampak restoran yang luarannya meragukan statusnya tapi disebabkan ada orang melayu yang kita rasa Islam sedang makan didalam restoran tersebut kita terus je masuk makan.Cari la restoran yang lebih meyakinkan kita.

 

Nota Kaki : ingat nak publish pukul 10pagi 10minit 10saat. :P

Number of View :17045

Incoming Search Terms:

  • senarai restoran halal jakim (353)
  • senarai makanan halal jakim (214)
  • senarai makanan tidak halal (173)
  • RT pastry halal (165)
  • victoria station halal (152)
  • secret recipe halal atau tidak (121)
  • burger king halal atau tidak (119)
  • senarai halal jakim (106)
  • senarai restoran halal jakim 2011 (106)
  • rt pastry house halal (96)

{ 43 comments… read them below or add one }

suffer8zine October 10, 2010 at 8:48 am

hekkk chicken r c? lotus? bagus info ni!
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

cikmin October 10, 2010 at 8:58 am

@suffer8zine, ye bro..share okeh.. :)

Reply

suffer8zine October 10, 2010 at 12:07 pm

@cikmin, yupp sis,
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:41 am

@cikmin,

seperti biasa nok.. sharing is caring :P

Reply

zzaii May 27, 2011 at 2:49 pm

@suffer8zine, chicken rice shop dpt sijil halal bkn under CRS tp under main company dia TCRS Restaurants Sdn Bhd. blh check website dia. harap maklum…

Reply

MissXYZ October 10, 2010 at 8:53 am

tq cik min info sgt berguna =)

Reply

cikmin October 10, 2010 at 8:57 am

@MissXYZ, welcome miss.. :)

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:42 am

@cikmin,

ini untungnya share info dlm blog. bg manafaat utk semua tnpa smepadan.

Reply

Nur October 10, 2010 at 8:55 am

Thanks for sharing Cikmin. Nur mohon izin copy entri ni nak publish kat blog. Boleh tak?
Nur´s last [type] ..Buku Syamail Muhammad SAW dah pun sampai Terima kasih Kak Chik

Reply

cikmin October 10, 2010 at 8:56 am

@Nur, go ahead dear..memang untuk perkongsian kan… :) hepi weekend…

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:43 am

@cikmin,

see, usaha mulia ko telah dipanjang-panjangkan…. tidak berhenti setakat sini jek…

Reply

Noorma October 10, 2010 at 10:04 am

Salam CikMin..ko tak datang KL ke ari ni..tgk perkahwinan Angkasawan…meh ler..dh dekat ngan umah aku tu.. kalo datang bawak oblong burger skali ek…hehehe….
Noorma´s last [type] ..Laksa

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:49 am

@Noorma,

kehkehkeh.. dpt oblong rock beger.. terus tak pandang ns minyak angkasawan.. ye dak…

Reply

kakngah October 10, 2010 at 10:06 am

1 ketika dulu, aku pernah la tingin nk kaler rmbut
sekali che abg aku ckp.. “nak kene tekeh??”
hahahha!! sndr mau ingt la…

sebbaik SR dh dpt pengesahan..
tekak aku ni mengidam kek SR
hihihi!!!

Reply

kak ina kl October 10, 2010 at 11:50 am

min…maz ada contact kamu..dia nak no umah kamulah kot..pasal acuan tu kot
kak ina kl´s last [type] ..Hersheys Classic Milk Chocolate Chip Cookies Recipes

Reply

khar October 10, 2010 at 4:12 pm

nak share

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:44 am

@khar,

sila.. sila..
tarak hal munyer. tuan tanah bg izin dah…

Reply

ProfHariz October 10, 2010 at 7:31 pm

Cikmin.. Starbucks xmohon.. Oldtown plak?
ProfHariz´s last [type] ..Gambar Perkahwinan Datuk DRSheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina

Reply

tehr October 11, 2010 at 3:15 am

wah2, banyaknya yang tak halal dan tak pernah mohon sijil halal
harap2 jakim lebih kerap buat pemeriksaan, kalau tak cukup pegawai, tambah je, ramai yang masih menganggur
duit gaji? banyak sumber boleh dicari
tehr´s last [type] ..Sampah Angkasa Lepas

Reply

Salmia October 11, 2010 at 9:54 am

pasar malam pulak macam mana? ahaks..
Salmia´s last [type] ..Tips untuk gadis menunggang motosikal dengan cara berhemah dan selamat

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:47 am

@Salmia,

soalan itu blh ajukan pd pihak berwajip tu…

Reply

aida najieha March 30, 2011 at 9:04 pm

@kakngah, betul2…

Reply

zul October 11, 2010 at 2:00 pm

starbucks ada , search:
1. Starbucks
2. THE CHICKEN RICE SHOP

http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=OK

Reply

el October 11, 2010 at 3:17 pm

huhuhu thx cikmin sharing tuk kita semua
boleh x el copypaste kt blog el hehehehe
el´s last [type] ..Mandi Manda &amp Keje Wikenku

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:45 am

@el,

boleh.. kopipes jek. cikmin bg izin punyer la. tp, jgn lupa bg kredit kat cikminDOTcom hoccay!!~

Reply

el December 28, 2010 at 9:47 am

@kakngah, hahahah itu semestinye lah
el´s last [type] ..Dapat Beskal Baru

Reply

ellen October 15, 2010 at 12:04 pm

Cikmin, sampai sekarang ker chicken Rice shop tu tak dpt sijil pengesahan sebab ellen g kat KK sini macam ada ja lambang halalnya..
opss!!
ellen´s last [type] ..MALAM PERTAMA YANG SENGAL

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:46 am

@ellen,

chicken rice shop kt rawang dh tutup dah.. xtau nape… sebbaik tidak ke sana..

Reply

Big Problem'S November 6, 2010 at 8:52 pm

weh! betul ker smua brite nih? ish! lpas ni no more B&K!

Reply

kakngah December 26, 2010 at 2:41 am

yg paling penting senarai no. 1 tu..
itu mmg tempat2 feveret anak2 aku :P

Reply

syasya May 11, 2011 at 8:37 pm

sys syasya mintak copy yer nak share kad blog
syasya´s last [type] ..Fatin My cousin!

Reply

syasya May 11, 2011 at 8:47 pm

sys mana butang follow ta jumpak larh
syasya´s last [type] ..Fatin My cousin!

Reply

Mrca May 14, 2011 at 2:39 pm

Saya rasa Jakim perlu membuat keputusan kepada semua restoran supaya mempamerkan restoran tersebut Halal atau Tidak Halal dan tidak hanya guna Pork free or Lark Free kerana ini akan membuat pelaggang confuse, lagi lagi pelancong.Seperti disebuat Oldtown sudah tarik balik sijil halal, adakah Oldtown Halal atau tidak? Seperti Breadtalk, Bread Story, Kedai roti Giant atau Tesco, adakah roti roti yang dihidang adalah Halal? kenapa tidak terus clarify bakery itu Non-Halal sebab setahu saya bahan bahan atau inti roti yang di masak daripada kilang yang bukan Halal, tapi digunakan di Bread story. Saya pernah singgah ke kedai roti di salah sebauh di Puchong, rupa rupa tak Halal tetapi tidak ada status Non-Halal.

Reply

Run July 6, 2011 at 12:33 am

Status sebenar Restoran Pumpkin yang ada menampal logo halal di restorannya tetapi masih kurang meyakinkan….adakah betul2 halal atau …?

Reply

shima July 18, 2011 at 12:14 pm

boleh tak pihak yang berkenaan inform saya secara detail dan sila sahkan kepada saya sama ada nama2 kedai kek dibawah ini halal ataupon tidak.

RT PASTRY CAKE HOUSE – SUBANG JAYA
SENSE CAKE HOUSE – SUBANG JAYA

Reply

abdul hafiz azrai August 15, 2011 at 10:41 am

Wahai orang islam yang berduit dan yang tidak berduit. Tadak ada glamour atau up to date jika sesaorang makan di tempat yang berjenama kepunyaan orang bukan islam ,bersih mereka tidak sama dengan bersih orang islam .Kotor kita senang dibersihkan tapi kotor mereka najis mughallozah ,bukan basuh dengan air saja tetapi dengan tanah itupun belum tentu lagi. Wahai saudara-saudaraku tidak rugi makan atau tidak jatuh standard kita kalau makan di tempat kepunyaan orang islam ,sedarlah tuan islam perlu diutamakan .Nanti sikit punya hal kita teruk dibelasah mungkar dan nakir dalam kubur.

Reply

Hafiz azrai August 15, 2011 at 10:56 am

Wahai JAKIM tolong pastikan hotel-hotel yang menyediakan pakej-pakej seminar kursus dan mesyuarat di malaysia dapat menjaga status halalnya setiap masa, jangan kita harap pekerja saja orang islam tetapi pastikan pembekal bahan-bahan mentahnya seperti daging ,ayam ,mee ,tauhu ,kuih-kuih adalah dibekalkan oleh orang islam bukan syarikat status bumiputera saja. kesian puak-puak ustaz ,mufti dan orang-orang alim yang makan di hotel .Diorang mana tau ,diorang serahkan pada pada penganjur saja ,kalau penganjur jenis membujur lalu melintang patah semua balun ,kesianlah .Buatkan semakan betul-betuul bukan makan gaji bulan saja , ingat ! tuan-tuan yang terlibat dalam penentuan istrumen halal ini tetap akan ditanya ,kesian orang islam .

Reply

abdullah(hamba Allah) August 25, 2011 at 3:46 pm

kalau nak beli makanan atau minuman keluaran TESCO perlu tengok logo HALAL KE?

Reply

abdullah(hamba Allah) August 26, 2011 at 2:46 pm

ataupun adakah makanan atau minuman keluaran TESCO memang tiada logo HALAL walaupun ianya HALAL?TOLONGLAH JAWABB..

Reply

anonymous November 14, 2011 at 4:33 pm

nk tnya sikit .. terdapat beberapa restoran yang saya selalu kunjungi bersama keluarga saya , seperti ; chicken rice shop , starbucks dll . Restoran2 tersebut telah dikatakan bhawa mereka tidak mendapatkan pengesahan dari jakim , jadi bagaimana pula diluar restoran mereka terdpat penampilan ‘HALAL’ ????? Dan saya amat hairan kerana di restoran2 yg halal yg telah mndpatkan pengesahan dari JAKIM kebanyakannya mempunyai tukang masak org BUKAN ISLAM . Apabila tukang masak bukan islam , org islam tidak boleh memakannya setahu sayalah. Klau tk silap dulu saya pernah diberitahu bhawa King’s Confectionary tidak halal . Makin lama rasanya tak ada 1 restoran di malaysia pun org islam bleh mkan , untuk org asing shaja . :O Dan lg 1 nk tnya Bakery Cake Sense ~ halal tidak ? saya perlukan jwapan scepat mungkin . Terima kasih , mohon maaf sekiranya comment saya ni terlalu kasar.
anonymous´s last [type] ..Terlepas 11.11.11

Reply

Anonymous February 26, 2012 at 7:21 pm

nak tanya …dari mana sumber perolehan maklumat di atas

Reply

NOR HIDAYAH JUSOH April 24, 2012 at 5:17 pm

semua premis makanan yang menghidangkan arak adalah tidak HALAL.-rujukan: JAKIM

Reply

NOR HIDAYAH JUSOH April 24, 2012 at 5:19 pm

Kadang-kadang ada sijil halal pun belum pasti kehalalannya. kerana semasa Jakim or Jais datang audit ke kilang makanan atau premis makanan, pihak kilang boleh menyorokkan bukti terdapatnya bahan-bahan tidak halal ataupun cara pemprosesan tidak betul.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: