Home >> Cerita Artis, Gosip Artis, Hiburan, Info, youtube >> Video Lady Gaga ditonton satu bilion kali

Video Lady Gaga ditonton satu bilion kali

by cikmin on October 26, 2010

lady gaga

 

Salam,

Orang kata hari Isnin selalu monday blues, pesal pulak cikmin terasa hari ni pulak yang blues ni?malas betul nak bangun, best betul duk dalam selimut.Oh, ya semalam rakyat pahang cuti sempena besday Sultan Pahang yang jatuh hari Ahad, kami pi berjimba di Wangsa Walk KL, plan mahu tonton wayang tapi bujang kenit tak mahu bagi kerjasama,end upnya aktiviti semalam 2x makan (gila tamak)dan sopin kasut ngeeeee. :P

 

Korang kenal kan pompuan kat atas tu?anak-anak perempuan cikmin ni antara dalam billion orang yang menyaksikan video sengal minah ni.Bukan main tergedik budak berdua tu kalau menengoknya, siap tengok video tutorial cara mekap gaya Lady Gaga, haishhhhh!

 

LONDON – Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga mengetepikan penyanyi Justin Bieber apabila video-videonya telah ditonton sebanyak satu bilion kali di YouTube lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bagaimanapun, Lady Gaga perlu melindungi statusnya kerana penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber mengikutinya dengan rapat dengan keseluruhan videonya telah ditonton sebanyak 962,726,797 di YouTube sehingga kelmarin.

Ramai pihak yang menganggap Bieber akan mengatasi Lady Gaga dalam tempoh seminggu.

Bieber mungkin dapat mengatasi Lady Gaga kerana kandungan video penyanyi wanita itu tidak dibenarkan disiarkan di kebanyakan negara atas isu hak cipta.

Sementara itu, Bieber turut memegang rekod video muzik yang paling banyak ditonton di YouTube iaitu 366 juta menerusi lagu Baby.

Bagaimanapun, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romancememegang gelaran sebagai individu yang mempunyai ramai pengikut di Twitter.

Dia kini mempunyai hampir tujuh juta pengikut mengatasi Bieber dan penyanyi Britney Spears.Sumber : Kosmo Online

 

Wah, berlawan-lawan pulak si gaga dengan bieber, persaingan sengit ni.Kalau orang ramai tonton video-video kat youtube ni, pemilik video boleh dapat duit ke?Dah lama nak tanya tentang tu. :P

 

Nota Hati : Makin lama makin malas lah..

Number of View :1724

{ 43 comments… read them below or add one }

Ieda Al-Habsyi October 26, 2010 at 1:06 pm

pemes betoi c gaga ni tapi ieda takminat betoii..taktau nape, hoohho!

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:42 am

@Ieda Al-Habsyi, for me dia nampak sengal..huhuhu..tak minat!

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:14 pm

@cikmin,

fesyen tak masuk akal diperaganya..

Reply

Zqah October 26, 2010 at 1:09 pm

rasenya boleh duit kot … video lady gaga semuanye seksa2 .. hik hik
Zqah´s last [type] ..Calon Anugerah Skrin TV3 2010 – Cerekarama Taubat Nasuha

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:43 am

@Zqah, tu lah kan..so sesapa yang post video kat youtube tu dapat duit lah eh.. :P soklan sengal..

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:14 pm

@Zqah,

mmg seksa belaka… xder yg tak seksa la..

Reply

sue October 26, 2010 at 1:53 pm

hehehehe..sue ingat lg n3 akak pasal anak2 layan video lady gaga ni..Huuuu…bahaya..videonya seksi seksa tu..
sue´s last [type] ..OMGbanyaknya buku

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:43 am

@sue, itu viideo kartun gaga kan..tapi seksa jugak tengoknya tu.. :P

Reply

suffer8zine October 26, 2010 at 2:15 pm

fuhhh bnyk betul org tgk video minah ni, adess

Panas! : http://goo.gl/TOwP
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:45 am

@suffer8zine, gelemer siot.. :P

Reply

suffer8zine November 5, 2010 at 4:48 am

@cikmin, gelemer tapi perangai mcm senget je wat pe :P

Terkini : Pengsan 100 kali sehari
suffer8zine´s last [type] ..Mulut paling lebar didunia

Reply

qistynacorner October 26, 2010 at 2:21 pm

amboiiii, xtau ape yg hebat nyer video neh, x sukeeeee… seksaaaa :P
qistynacorner´s last [type] ..MAYBANK!!!!! Sekadar Peringatan

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:45 am

@qistynacorner, hihihi..sama lah.. :P

Reply

shiori October 26, 2010 at 2:47 pm

hmmm…ada gak yang mengaitkan VC lady gaga nih dgn fahaman songsang kan…pernah dapat email pasal nih….

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:48 am

@shiori, ha ye..cikmin pun ada dapat tu..tapi malas pulak nak publish..tak reti nak explain bab2 camtu.. :P

Reply

nabilpotter October 26, 2010 at 2:53 pm

peeh..bior betul…dalam ramai2 tu, nabil sekali pon tak pernah tengok..hihi
nabilpotter´s last [type] ..Perlawanan Separuh Akhir ke 2 Bola Sepak Piala Malaysia Kedah Vs Kelantan

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:51 am

@nabilpotter, hehehe…cikmin ni anak2 je..:P

Reply

Suraya October 26, 2010 at 3:12 pm

gile ahh.. dalam bilion org yang tonton tu xde pun sue.. haha..

member2 sue panggil ni minah setan.. sue no komen.. mls nk cipta kontroversi.. :P

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:52 am

@Suraya, hahaha..ishhh..jangan la gelar orang sampai macam tu kan.. :P

Reply

kakngah October 26, 2010 at 3:13 pm

kalau tak pakai yg pelik2…
aku rasa
dia ni cantik la…

Reply

cikmin October 28, 2010 at 12:26 pm

@kakngah, cantik ke dia..hiks.. :P

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:16 pm

@cikmin,

kan semua wanita di dunia ni cantik asalnya..
eceh!
dek fesyen cam org bodoh dia tu.. buat dia nmpak pelik ah!

Reply

NoorAfzan October 26, 2010 at 3:37 pm

saya tak minat la kedua-duanya.
tapi lagu dorang layan la..
haha~
NoorAfzan´s last [type] ..November Fever – Dia datang lagii

Reply

cikmin October 28, 2010 at 12:27 pm

@NoorAfzan, tak minat tapi layan..hehehe..sama lah kita…

Reply

ProfHariz October 26, 2010 at 8:03 pm

Lady gaga ini wanita paling berpengaruh didunia tak silap top 5 kot
ProfHariz´s last [type] ..OST Filem 2 Alam – Andaiku Tahu Ramli Sarip

Reply

cikmin October 28, 2010 at 12:59 pm

@ProfHariz, wohoooo..dasatnyerrr… :P

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:18 pm

@cikmin,

cam ni punyer spesis pn blh pengaruh org kan..

Reply

kak ina kl October 26, 2010 at 8:21 pm

tak minat lah dgn minah sengal ni
kak ina kl´s last [type] ..Sinopsis Drama Ulek Mayang -Lagenda TV3

Reply

cikmin October 28, 2010 at 1:01 pm

@kak ina kl, hihihi.. :P

Reply

tehr October 27, 2010 at 2:44 am

kalau saya buat video, seorang dah pasti menontonnya
… iaitu saya sendiri
waka wakaka
tehr´s last [type] ..Penyokong Kelantan Dan Negeri Sembilan

Reply

cikmin October 28, 2010 at 1:07 pm

@tehr, kukuikui..ngaku ye.. :P

Reply

Salmia October 27, 2010 at 9:59 am

cukup takat layan kepala je lagu dia..

alehandro.. fernando, roberto.. hiks..
Salmia´s last [type] ..Nak pilih yang hitam ke tak

Reply

cikmin October 28, 2010 at 1:12 pm

@Salmia, hangguk2 geleng2 dengar lagu sengal ni kan..hihihi..

Reply

ellen October 27, 2010 at 3:21 pm

Heran ellen apalak femesnya c gaga gaga ni..tak minat pon..hehee

Reply

cikmin October 27, 2010 at 3:29 pm

cikmin pun tak minat lah ci gagal ni..hehehe..

Reply

el October 27, 2010 at 4:19 pm

el x fhm ler nape lah si beber tu femes sgt..lagu pun ntah hape2 jek..sedap lg lady gaga tu…
el´s last [type] ..Nak x nak aku redah jugakkk

Reply

cikmin October 28, 2010 at 1:13 pm

@el, beber..beber…kehkehkeh…cikmin tak felik pun dengan dia.. :P

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:13 pm

gambar fesyen terbaru bdk gaga ni..
bj transperen nampak nenen + karipap
alahai…..

Reply

kakngah December 24, 2010 at 9:15 pm

eh.. eh..
comey la reben atas kepala dia tu
ahaks!

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:25 pm

Stefani Joanne Angelina Germanotta (lahir 28 Mac 1986; umur 24 tahun; lebih dikenal dengan nama pentasnya Lady Gaga) adalah seorang pemuzik Amerika Syarikat.
suarapeople´s last [type] ..12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:26 pm

Beliau menulis lagu untuk Interscope Records, selain itu dia sendiri juga menyanyi. Mula-mulanya ia menyanyi di kelab-kelab di bandaraya New York.

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:26 pm

Lady Gaga terutama dikenal kerana pakaiannya yang provokatif dan ranggi serta pengaruhnya yang besar terhadap selebriti lainnya

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:27 pm

@suarapeople, Gaya muziknya diilhami oleh para rocker glam seperti David Bowie dan Queen serta penyanyi seperti Michael Jackson dan Madonna.
suarapeople´s last [type] ..12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: