Home >> Berita, Info, youtube >> Video Terkini : Tsunami Melanda Sumatera Barat | 113 Terbunuh , 502 Hilang

 

tsunami sumatera barat

 

Salam,

Semalam hari yang sangat meletihkan, gigihnya seorang penjual beger part time ni nak mengupdate entri pada pagi ni.Macam-macam nak cerita dari kisah makan 6 cis bedebah kat pizza hut (budget konon nak masuk kontes kat nuffnang tu)kisah masakan simple yang begitu susah payah nak menembak gambar gara-gara kamera Sony tu dah mula minta di servis dan hati ni suka suki jugak sebab Tako Maker yang diidamkan tu dah selamat sampai di tangan, termasuk coklat anak gajah, walawei besnyer makan coklat anak gajah tu.Thank You Ika Bangkok!

 

Blog pertama pagi ni cikmin terjah, my lalink Lana, terkejut baca kisah Tsunami Melanda Sumatera Barat dan ramai jugak yang terkorban tak kurang jugak yang hilang.Ya’ALLAH,sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kan.Jom baca laporan dan ada video jugak..

JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai.
Lebih 150 buah rumah rosak dan kira-kira 2,000 penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi dalam kejadian itu.
Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan.
Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter itu berlaku 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai pada pukul 9.42 malam tadi (10.42 malam waktu Malaysia) dan mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter yang melanda perkampungan di beberapa buah pulau.
Gempa bumi itu berlaku di garis gelincir sama dengan gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi pada 2004 hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara.
Sebuah bot pelancong membawa antara lapan hingga 10 warga Australia terputus hubungan radio sejak gempa bumi itu berlaku, menurut kenyataan Jabatan Hal-Ehwal Luar dan Perdagangan Australia.Situasi sebenar di Mentawai tidak diketahui selepas talian telefon dipercayai terputus.
Beratus-ratus pegawai bencana tidak dapat dihantar segera ke pulau-pulau terjejas di kepulauan Mentawai kerana ia mengambil masa selama 12 jam menggunakan bot untuk sampai ke kepulauan terbabit.
Media tempatan turut melaporkan dua buah perahu layar berlanggar di perairan tersebut menyebabkan dua orang tercampak ke dalam laut dan operasi mencari mangsa masih dijalankan.

sumber : utusan malaysia online & berita liputan 6 indonesia

 

Memang keadaan sedang huru hara lah kat sana ni, kesiannya kat semua penduduk yang masih tinggal.Mereka yang masih hilang jugak apalah nasib mereka kan, ntah hidup ntahkan dah meninggal dunia.Mari lah sesama kita berdoa demi kesejahteraan ‘saudara’ kita disana.Semoga mereka tabah dengan ujian maha hebat dari Allah SWT ini..Amin..

 

 

 

Nota : Paul Sayang pun dah mati.

Number of View :1344

Incoming Search Terms:

  • berita terkini tsunami sumatera (3)
  • berita terkini tsunami (2)
  • kisah-kisah stunami melanda di malaysia (1)
  • laporan tsunami terkini (1)
  • sumatera barat (1)
  • tsunami indonesia terkini (1)
  • tsunami melanda indonesia video (1)

{ 31 comments… read them below or add one }

suffer8zine October 27, 2010 at 9:56 am

fuhhh menakutkan, mintak2 la x terjadi di malaysia

Terkni : ENTER
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

cikmin October 27, 2010 at 10:38 am

@suffer8zine, betul la bro..takut kan… :(
cikmin´s last [type] ..Paul Octopus Sotong peramal Piala Dunia mati

Reply

suffer8zine October 27, 2010 at 9:00 pm

@cikmin, ni pulak najib buat rancangan baru pasal hiburan, hadoiii menggelabah tol, x tau nk amek iktibar agaknya pe yg belaku kat indon, ape pasal la mcm ni najib

Terkini : ENTER
suffer8zine´s last [type] ..UFO di China

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:31 am

@suffer8zine, ada jugak baca tentang tu tapi tak habis..ishhhh…tak tahu lah apa yang bakal terjadi nanti kan..

Reply

suffer8zine November 5, 2010 at 4:48 am

@cikmin, yuppp tu la entah ape la nk jadi , budaya barat makin merebak :P

Terkini : Pengsan 100 kali sehari
suffer8zine´s last [type] ..Mulut paling lebar didunia

Reply

Salmia October 27, 2010 at 9:56 am

morning..

cikmin, syukur negara kita aman makmur sekarang ni,, kuasa Allah, tak terjangka.
Salmia´s last [type] ..Nak pilih yang hitam ke tak

Reply

cikmin October 27, 2010 at 10:40 am

@Salmia, moning mia..alhamdulillah…semoga kita semua terlindung..walau ikutkan ada jugak kita dapat tempias2 kecil..itu ujian dari-NYa yang harus kita akur…
cikmin´s last [type] ..Paul Octopus Sotong peramal Piala Dunia mati

Reply

mario October 27, 2010 at 10:10 am

mmg menakutkan…harap2 dorang tabah…
mario´s last [type] ..mayat kampung morten.

Reply

cikmin October 27, 2010 at 10:31 am

@mario, ye la rio..kalau ada daya nak membantu..tapi tak berdaya..hanya mampu berdoa je lah.. :(
cikmin´s last [type] ..Paul Octopus Sotong peramal Piala Dunia mati

Reply

Mama_Adamz October 27, 2010 at 10:40 am

isk…rsau dgq…kblkgn ni daerah Padang slalu sgt ditimpa bencana.Nauzubillah…lindungilah negara kita…
Mama_Adamz´s last [type] ..PETANDA RIBUT as Daddy said…

Reply

cikmin October 27, 2010 at 10:54 am

@Mama_Adamz, tu la..gunung merapi tu tempat yang cikmin pernah pergi beberapa tahun lepas..diorang cakap kalau ada apa2 yang berlaku memang susah nak lari kemana..
cikmin´s last [type] ..Paul Octopus Sotong peramal Piala Dunia mati

Reply

L@n@ aka Mak Budak October 27, 2010 at 11:09 am

lalink .. syukur alhamdulillah .. negara kita tak kene kan … bala dari allah mmg kita tak jangka ..

Reply

cikmin October 27, 2010 at 11:51 am

@L@n@ aka Mak Budak, alhamdulillah sangat2…semoga terus dilindungi… :)

Reply

ellen October 27, 2010 at 3:33 pm

rasanya kalo gegaran kat sana, kat sini kita kena juga kan cikmin..takut ni..sebab baru2 ni ada juga amaran tsunami akan berlaku kat perairan Tawau, Sabah.

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:33 am

@ellen, sabah memang boleh terasa kan gegaran?

Reply

ProfHariz October 27, 2010 at 3:58 pm

Macam-macam sekarang ini kan.. Dan Alhamdullilah malaysia terselamat.. huhu
ProfHariz´s last [type] ..OST Filem 2 Alam – Andaiku Tahu Ramli Sarip

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:33 am

@ProfHariz, alhamdulillah..harap malaysia tak langsung terkena apa2 bencana… :)

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:21 pm

@cikmin,

aku pun berharap camtu gak..
xleh bygkan kalau bencana ni menimpa kita..

Reply

el October 27, 2010 at 4:21 pm

el kan seriau n takut kalo g piknik kt2 beach …mula la pikio sat lg tsunami mai hempap huhuhu
el´s last [type] ..Nak x nak aku redah jugakkk

Reply

cikmin October 28, 2010 at 11:34 am

@el, sama la dengan cikmin..rasanya macam nak kena telan je duk ombak tu nanti..huhuhu…

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:21 pm

@el,

tetibe aku xjd g teluk batik lg…

Reply

tehr October 28, 2010 at 2:16 am

moga rakyat dan kerajaan indonesia tabah menghadapi dugaan ini
tehr´s last [type] ..50 Tahun Tanpa Kawalan

Reply

cikmin October 28, 2010 at 10:00 am

amin…kita sesama berdoa ye tehr… :)

Reply

SuaraPeople December 21, 2010 at 8:53 pm

sedih lak…teringat tragedi ini… :(

Reply

kakngah December 21, 2010 at 11:20 pm

betapa beruntungnya kita kat mesia ni..

Reply

kakngah December 24, 2010 at 9:13 pm

macam2 bencana alam sedang melanda dunia..

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:21 pm

Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami. Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh. Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat. Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
suarapeople´s last [type] ..12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:22 pm

Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami. Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:23 pm

Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai. Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
suarapeople´s last [type] ..12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:23 pm

@suarapeople, Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai. Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan. Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
suarapeople´s last [type] ..12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Reply

suarapeople December 31, 2010 at 9:24 pm

Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan. Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: