Home >> Food & Receipe, Live Blogging >> Daging Blackpepper

Daging Blackpepper

by cikmin on December 4, 2010

 

daging blackpepper

 

Salam, awal pagi cikmin dah jamu mata korang dengan menu makanan kan, jangan ada yang marah ye kalau perut tetiba lapar, heheh.Daging Blackpepper ni cikmin masak untuk lunch semalam, nak update tu je yang lambat.Resepi Daging blackpepper ni menang mudah sangat-sangat, orang bujang yang belum kahwin tu pun boleh masak ni, senang, cepat dan sedap.Tak percaya try cuba test tengok, eh..tengok buat apa? terus masuk mulut arr..Jom layan resepi..

 

daging blackpepper

 

Resepi Daging Blackpepper

Bahan-bahan:

500 gram daging batang pinang

1 1/2 inci halia muda dihiris nipis

2 labu bawang besar dihiris ‘ring’

3 ulas bawang putih dihiris nipis

2-3 batang daun bawang dipotong 1 inci

2 sudu kecil lada hitam ditumbuk

2 sudu besar Serbuk Pasti Sedap

1/2 biji lada benggala merah

1/2 biji lada benggala hijau

Minyak masak

 

Cara-cara:

Gaulkan daging dengan serbuk pasti sedap ni, perap dalam 5 minit cukup.Panaskan minyak dalam kuali.Goreng daging yang telah diperapkan tadi.

Bila daging dah hampir separuh empuk, masukkan bawang putih, halia muda dan lada hitam tumbuk.Gaul rata-rata dan akhirnya masukkan bawang ‘ring’, ;ada benggala dan daun bawang, kacau seketika hingga layu.

Jika nak sedikit berkuah, boleh tambahkan sedikit air.Daging batang pinang ni cepat empuk, setelah cukup masak tutup api siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

 

terung pipit

 

Regukan daging blackpepper dengan sambal belacan bersama terung pipit yang direbus, perghhhh tak menahan rasanya, mak mertua lalu pun tak perasan wei.Korang tahu ke camne rupanya Serbuk Pasti Sedap tu?

 

knorr

Kat dapur cikmin memang selalu ada serbuk ni, kalau masak makanan bergoreng macam daging blackpepper atau sayuran memang tak guna garam atau perasa dah.Serbuk Pasti Sedap ni memang dah cukup rasanya. :) Korang rasa menu cikmin siang nanti apa?

Number of View :7166

Incoming Search Terms:

  • resepi daging black pepper (321)
  • daging black pepper (318)
  • daging masak black pepper (85)
  • resepi daging masak black pepper (80)
  • resepi daging black paper (74)
  • masak daging black pepper (40)
  • resipi daging black pepper (36)
  • daging black paper (33)
  • ayam masak black pepper (25)
  • cara masak daging black pepper (25)

{ 50 comments… read them below or add one }

ummiross December 4, 2010 at 10:24 am

Yeaah Cikmin, pasti sedaaap, yang regunya terung pipit n belacan tu yang buat ummi tak boleh tahan tuuu,terus lapar…
ummiross´s last [type] ..JOM JALAN2 PARIS-MENGINAP DI MANA

Reply

cikmin December 4, 2010 at 11:49 am

@ummiross, hahaha…yang tu memang sesapa tengok tak boleh tahan ummi.. :P
cikmin´s last [type] ..Kung Pao Chicken

Reply

RedBoys December 4, 2010 at 2:17 pm

@cikmin, termasuk saya pon x tahan tgk ni. huhu. :D
RedBoys´s last [type] ..How To Break Password Behind The Stars

Reply

yanmie December 4, 2010 at 10:59 am

nampak menarik sambal belacan tu :)

Reply

cikmin December 4, 2010 at 11:56 am

@yanmie, sambal tu akak dok try error yan..yang semalam sejibik sejiban rasa mak mertua akak punya sambal..esok lusa tak tahu lah sama ke tak..huhuhu..
cikmin´s last [type] ..Udang Goreng Enoki

Reply

Amir Said December 4, 2010 at 11:54 am

ya allah sedapnya kak min. terliur tengok. lama x makan terung pipit tu. saya pun dah x ingat psl terung pipit, sampai la terpandang dalam entri ni…

Reply

cikmin December 4, 2010 at 12:06 pm

@Amir Said, hihihi..pokoknya ada belakang rumah..terung pipit ni hubby bukan tanam..tapi tetiba je tumbuh..agaknya ada yang semai benih secara tak sengaja kot..dah merasalah makan 2-3 kali..tak payah dah beli.. :)
cikmin´s last [type] ..Macaron VS Macaroon

Reply

Afiq Bukhari December 4, 2010 at 12:12 pm

salam cikmin..memang mengiurkan daging blackpepper ni.. kalau makan ngn nasik, mau abeh sepinggan daging tu haha :D
Afiq Bukhari´s last [type] ..Pulih Seperti Sedia Kala

Reply

cikmin December 4, 2010 at 6:04 pm

@Afiq Bukhari, wasalam afiq..kalau makan 3-4 pinggan pun sapa nampak kan..hihihi..

Reply

ellen December 5, 2010 at 6:14 am

@Afiq Bukhari, Betul Fiq..ni ler, kalo bukak blog cikmin ni mesti nak sediakan nasi depan mata..makan angin jer..haha
ellen´s last [type] ..Tumbuhan dan Kegunaannya dalam mengubati penyakit

Reply

suffer8zine December 4, 2010 at 12:34 pm

fuyooo kak, dah la den x makan lagi ni

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta
suffer8zine´s last [type] ..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Reply

salmia December 4, 2010 at 12:37 pm

salam cikmin..
nmpak menyelerakan.
tp mia kurang makan daging. :)
jom p makan kenduri!
salmia´s last [type] ..WOW! Pergi New Zealand dari serendah RM199

Reply

kakngah December 23, 2010 at 2:00 pm

@salmia,

aku lak.. kurang msk dgg..
ada beza tu.. kurang msk ngn kurang mkn :P

Reply

keenan salim December 4, 2010 at 12:43 pm

Aduyai,lapo polak tengok hidangan ne,,,
keenan salim´s last [type] ..The Classic Gourmet Food and Snacks Gift Basket

Reply

razis December 4, 2010 at 1:15 pm

hmmm. npk macam sedap. nti sy nak copy resepi nie tuk suh wife masak yer cikmin. sekali2 makan daging ok jugak.
razis´s last [type] ..Blog Review- Menumpang kasih dengan Blogger Popular

Reply

RedBoys December 4, 2010 at 2:18 pm

sgt sedap nampaknya daging blackpaper tu. ni kalau mkn dgn nasi, sure tmbh 2 kali ni. hehe. :P
RedBoys´s last [type] ..How To Break Password Behind The Stars

Reply

cikmin December 4, 2010 at 6:10 pm

banyak kali tambah pun tak apa ahh..takde sape nampak pung..huhuhu.. :P

Reply

h4ni3 December 4, 2010 at 3:46 pm

hahahaaa… daging korban ada lagi sekilo dlm peti ais tu
boleh try!
h4ni3´s last [type] ..25 Random Things About Me

Reply

cikmin December 4, 2010 at 6:10 pm

kalau guna daging korban, doktor kena rebus dulu la nooo dagingnya tu…kang mahu macam makan getah sekerap.. :P

Reply

Zqah December 4, 2010 at 4:14 pm

ummi kata pokok terung pipit tuu bukan yang ditanam tapi biasanya dari burung .. burung makan terung tuu pastu tumbuhlah pokok =)
Zqah´s last [type] ..My First Award Dari Dapur Tanpa Sempadan

Reply

cikmin December 4, 2010 at 6:09 pm

boleh jadi la kot zqah..sebab burung2 suka bertenggek kat atas pagar dawai tu.. :P makasih la pada burung2 tu kan..

Reply

Zqah December 6, 2010 at 7:27 pm

@cikmin,
Zqah´s last [type] ..Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Reply

Zqah December 6, 2010 at 7:28 pm

@cikmin,

x dan nak komen .. dah tertekan .. hak hak

pihak burung : sama-sama =)
Zqah´s last [type] ..Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Reply

ecah December 4, 2010 at 4:57 pm

cik min bila nak buat open house.?hehehe
ecah´s last [type] ..Smartphone Terbaik Android- Apple- iPhone- BlackBerry

Reply

cikmin December 4, 2010 at 6:09 pm

uikkkkk…tahun depan baru raya lah..hahaha.. :P

Reply

ellen December 5, 2010 at 6:15 am

@ecah, hahahahaa…lawaklah dik…akak ellen pun nak tempah tiket awal ni nak p serbu cikmin..boleh kan cikmin..hehe
ellen´s last [type] ..Tumbuhan dan Kegunaannya dalam mengubati penyakit

Reply

Johari Hamzah December 4, 2010 at 5:35 pm

argh.. cikmin buatkan joe lapar lgi.. tdi bru makn nasi lauk ayam lemak cili api..
nie dah lapar balik.. huhu..

esok nak try la.. :)
pasti sedap 2 mahal tak?
Johari Hamzah´s last [type] ..Berani Mati – Blog Aku Best!

Reply

cikmin December 4, 2010 at 6:08 pm

alaaaa..tak rock arr..kalau lapar tu bukan sebab salah cikmin..tu salah skrin lappy kau tak OFF…:P mana ada mahal serbuk tu..ringgit2 je..bukan pakai banyak..sikit je bila guna tu.. :P

Reply

Johari Hamzah December 5, 2010 at 2:39 am

@cikmin, owh.. camtu.. huhu.. :)
tgh hari insyaAllah cuba buat kot.. kalau ganti dgn ayam ok tak?? huhu..
Johari Hamzah´s last [type] ..Berani Mati – Blog Aku Best!

Reply

samanosuke_04 December 4, 2010 at 9:22 pm

hehe, kalo resepi blackpepper memang popularlaa kat umah kteorang.. tapi kteorang pakai perencah maggi jer.. :p
samanosuke_04´s last [type] ..World Cup 2018 Bakal Berlangsung di Russia!

Reply

azlina December 4, 2010 at 11:51 pm

Nampak macam mudah je nak sedia kan. Hehhe. Tengok terung pipit tu, teringat pulak kat arwah ayah. wuwu.
azlina´s last [type] ..Umi Yang Baik Hati

Reply

ellen December 5, 2010 at 6:16 am

@azlina, Terung pipit ni yang buat tak tahan..hehe
ellen´s last [type] ..Tumbuhan dan Kegunaannya dalam mengubati penyakit

Reply

akubiomed December 5, 2010 at 12:38 am

Sedap sungguh nampak masakan ini Cik Min
akubiomed´s last [type] ..Posting pun kena ganyang

Reply

kulanz December 5, 2010 at 1:09 am

fuhh.. dah lama tak layan daging blackpepper ni.. mmg sedap
kulanz´s last [type] ..Mansuh Yuran Pengajian untuk Elak Perbuatan Tidak Bermoral Pelajar IPT

Reply

tehcspecial December 5, 2010 at 3:04 am

sedapnya tehc suka black pepper sebab ia boleh meningkatkan tenaga metabolisma..makna nya panas membakar kalori dalam badan…sedapnya..huhu…
tehcspecial´s last [type] ..5 tips kurangkan berat badan Penting!

Reply

Joshua Web December 5, 2010 at 3:20 am

Daging Blackpepper looks delicious! I hope google translate doesnt mess up the recipe…
Joshua Web´s last [type] ..We are now a proud member of Greater Spokane Incorporated

Reply

zik December 5, 2010 at 3:55 am

lama tak layan daging blackpaper nih…
zik´s last [type] ..Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia

Reply

ellen December 5, 2010 at 6:18 am

Cikmin..buat ellen lapar sekali lagi..hahaha…
Cikmin pernah cuba tak masak daging masak blackpaper + peria..sedap giler ni..hehe
ellen´s last [type] ..Tumbuhan dan Kegunaannya dalam mengubati penyakit

Reply

eiela December 5, 2010 at 5:04 pm

bestnya,,ada terung letup-letup
eiela´s last [type] ..Bahagia Bapa Dipenjarakan

Reply

el December 5, 2010 at 7:32 pm

x nah try serbuk pasti sedap ni…dah cikmin promote haruslah beli hahahaha…
daging blackpepper ni mmg senang msk ni lah menu simple kan…
sedapnye smbal belacan ngan terung pipit..terangkat uuu
el´s last [type] ..Joging Mulut

Reply

aried December 5, 2010 at 7:58 pm

huhu..akhirnya my mum ada kat rumah ni cikmin..so dah makin kurang jeles dah ngan mskan cikmin..huhuhu.. bley suh my mum wat ni..hehehe

Reply

assoyfinger67 December 5, 2010 at 9:01 pm

sesuay!untuk musim hujan nie..huhu…..menyelerakan:)
assoyfinger67´s last [type] ..ASSOYFINGER67 1ST TIME JOIN GA!&gtTOP-UP PERCUMA DAN OLE-OLE DARI SARAWAK PERCUMA

Reply

kerja kosong December 6, 2010 at 9:40 pm

Nyam2x.. nampak sedap la daging blackpepper ni..
kerja kosong´s last [type] ..Tiffin Empire Restaurant New Vacancy Chef- Commis- Waitress

Reply

Nur December 7, 2010 at 7:28 am

Rajinya Cikmin ni memasak..
Nur´s last [type] ..Cerita Sedih

Reply

tehr December 7, 2010 at 11:43 am

alamak
hari belum makan apa2 lagi ni
apasal la boleh lupa nak makan :D

Reply

cikmin December 7, 2010 at 7:59 pm

puasa ke teh hari ni..sampai lupa makan?

Reply

kakngah December 10, 2010 at 11:42 pm

@cikmin,

dia diet kot…..

Reply

kakngah December 10, 2010 at 11:40 pm

ada org pggl terung pipit tu, terung berembang.

Reply

kakngah December 10, 2010 at 11:42 pm

lupa lak..
masa aku kecik2 dulu selalu main perang2. terung pipit ni buat peluru senapang. kalau kene.. berbirat beb!

Reply

ida December 13, 2010 at 7:54 pm

wah..sedapnya..minggu ni nak try lah..menggoda betui
ida´s last [type] ..Rangkaian Restoran dan Hotel HPA

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: