dalam kotak tu ada penyakit ‘kronik’
Salam, cikmin update entri ni dalam kereta(ini kah dikatakan blogger tegar?) sambil tunggu mama beli barang di pasaraya lido di bandar Bentong ni.Cuaca kat luar tu lembab sangat sebab siang tadi hujan, tak lah berapa lebat.Malam ni syok tidur lah kan sebab sejukkkk.
Malam ni cikmin nak pecah satu rahsia kat korang, cikmin ni seorang pengidap penyakit kronik tau..
Penyakit kronik ni akibat jangkitan iklan makanan di TV ataupun di blog.Cikmin ni cepat termengidamterpengaruh jika tengok makanan agak pelik atau susah nak dapat.Selagi tak dapat makanan tu selagi tu lah rasa tak senang tekakhati.Tidur malam pun termimpi-mimpi.Bayangkan, kalau mengidam sebab mengandung ke, tak lah pelik sangat kan, risau jugak kalau tak diturutkan kemahuan bimbang nanti air liur anak meleleh.Ini pulak mengidam jenis tak mengandung punya..camne tu?
These small, round cakes, crisp on the outside, smooth and soft in the middle
Macarons dari LADUREE ni lah yang buat penyakit kronik jadi bertambah parah.Mahu taknya, jauh ni cikmin pesan dari seorang kawan yang kebetulan baca entri luahan cikmin sebelum ni.Beliau ketika itu di London dan bila dia offer nak belikan, cikmin tak fikir panjang dah.Padahal selepas luahan kat blog ni, ada beberapa respon yang cikmin terima mengatakan yang macaron ni ada dibeberapa tempat cikmin boleh dapat.Ada juga beberapa blog yang buat bisnes jual macaron ni dan buat pertama kali cikmin dah pun dapat merasa macaron ni selepas terjumpa di Harrods KLCC beberapa minggu lepas.
Yasmin, model of macarons (suka sangat tengok gambar ni)
Walaupun dah merasa, tapi tekak ni tetap jahat..ya’ampun..! tetap nak merasa macaron yang dibuat di kedai asalnya LADUREE Harrods ni.Memag ada perbezaan yang ketara dari segi rasa dan size macarons LADUREE dan macarons Malaysia.Hanya orang yang dah memakannya je yang tahu.Ini lah pertama kali cikmin makan manisan paling mahal, dalam dunia pun boleh jadi kot.Masa cikmin makan macarons ni, sampai terpejam-pejam mata tau, punyalah sedappp dan semestinya manisnya yang agak boleh tahan lah dengan tekak cikmin sebab cikmin memang suka manisan.Amaran!! pada pengidap kencing manis atau yang memang tak minat manis sila jangan makan macarons ni ya.
Tengok bujang kenit ni pun makan sekut perancis ni.Terpejam jugak mata dia lepas first bite tu, hehehe. Dalam kotak yang cantik kaler purple( teringat kat mak mahsuri) tu ada 8 biji macaron pelbagai rasa, semua pilihan irma cikmin suka, thanks a lot dear.( Bersambung kejap lagi..nak drive balik rumah dah)
Sambungan dari cerita tadi..Bujang kenit makan agak berterabur macarons tu, ibunya siap tadah lagi haaa..sayang la nak oiii! 13 pound sterling untuk 8 pcs (sila jangan convert to RM) serpih-serpih ni masuk mulut ibu dia pulak, ngeeee.
This is the best one! Pistachio, betul kata irma, terasa kacangnya yang asli memenuhi mulut cikmin.Selepas dapat makan macarons asal dari Laduree, dapat jugak simpan kotak pepel dan paperbeg yang cantik ni sebagai kenangan, pulih seketika penyakit kronik yang cikmin alami, memang terasa kepuasannya.Selepas ni baru nak cuba buat sendiri pulak, rasanya nak daftar masuk kelas buat Macarons lah, nak buat yang perfect one.Macarons ni kalau di KL agak top, sebab mereka jadikan macarons ni sebagai door gift dalam majlis seperti majlis perkahwinan dan harganya sebijik tak semahal macaron dari Laduree Harrods ni.
Harapan cikmin, biar lah penyakit ni takpulih, supaya jangan lah merapik-rapik nak makan benda yang mahalsusah nak dapat ni lagi, takut jugak kalau lepas ni nampak iklan makanan yang lain pulak.Mujur lah dapat suami yang sangat memahami hati, sekian dari cikmin dan akhir kata “Darling..ai sayang sangat u tau!”
Nota : Ini hint ketiga, meh komen banyak-banyak kalau nak hot ticket!
Number of View :4511Incoming Search Terms:
- laduree malaysia (141)
- laduree macaroons in malaysia (69)
- makanan pelik (62)
- macaroons in malaysia (44)
- laduree macaroons malaysia (26)
- laduree (23)
- Laduree macaroons (17)
- laduree in malaysia (14)
- makanan pelik di dunia (8)
- penyakit pelik (8)

{ 40 comments… read them below or add one }
Arrrrrrrghhhh!! Meleleh air liur mak tgk bujang kenit tu makan! Cehhh..kek mano la plak mak nak mendapatkannya. Kaki yg dok kat obesi x do la plak. Cehhh…
lagenda´s last [type] ..A MILLION THANKS TO ANAK PATUH- ABANG ENSEM-ADEK MANES & OTAI
nanti mak pi KLCC tu cari kat harrods ye..
jangan jeles..jangan jeles bujang kenit makan sekut mahal..
@cikmin, huhuhu nk join juga
Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.
suffer8zine´s last [type] ..Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia
@suffer8zine, mana boleh skandal dengan orang pompuan..
cikmin´s last [type] ..Nak nombor telefon Gay
@cikmin,
ya betol…
jgn cari nahas..
especially isteri org..
@kaklong, ala bukan buat ape2 pun, ala boleh laaa sis
Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
suffer8zine´s last [type] ..Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia
@suffer8zine,
saya suka isteri org! janda! hahahahahhahahahhahaaaa
suarapeople´s last [type] ..Barangan Berjenama Dilelong RM1
@suarapeople,
ni baru betul2 bahaya ni
3 Negeri Paling Subur dan Jumlah Terkini Penduduk Malaysia
suffer8zine´s last [type] ..3 Negeri Paling Subur
@cikmin,
mmg ketara kemahalan sekut tersebut. sampai c ibu tadah serpihan.. kekeke.. rugi wey…
fahem.. mkn elok2. tak baik membazir nak…
Macaroon ka dlm tu..looo..teringin juga…
sue´s last [type] ..Welcomewelcome
@sue, ya lah sue sila percaya..huhuhu…terasa2 lagi ni kat dalam mulut…
cikmin´s last [type] ..Penyakit makin kronik – Laduree Harrods
Huhuhuuuu, jeles tahap gaban ni
Xpe Cikmin belajar rajin2 buat macaran tu, nanti ummi order dari cikmin ye…
ummiross´s last [type] ..KAIN BATIK LEPAS
@ummiross, adoiii..memang rugi sangat kan ummi..tak tahan tu benda dah depan mata kan..hiks..
insya’ALLAH kalau ada kekuatan cikmin mahu belajar bikin macarons ni..
cikmin´s last [type] ..Kisah madu cikmin yang tinggal serumah
@ummiross, rasa nak order jugak..hik3
Ralat: silap eja lah pulak,Macaron
ummiross´s last [type] ..KAIN BATIK LEPAS
@ummiross, hehehe..kan dah sampai tersilap..
cikmin´s last [type] ..Kisah madu cikmin yang tinggal serumah
cikmin, boleh kalau takyah makan. tengok je…
dah terasa2 kat tekak ni haahh…jauh dia dtg tu~
@izanishak, boleh ke camtu izan..tengok jek tak payah makan?
cikmin´s last [type] ..Kisah madu cikmin yang tinggal serumah
cukup ke 8 ketul tu…ehehee
@yanmie,
mesti tak cukup kan ? hehehe
Zqah´s last [type] ..Perkahwinan Merah Hitam Putih
cukup untuk merasa je…
lama tak nampak zqah..pi holiday ke?
@cikmin, kena buat banyak2 ahh
suarapeople´s last [type] ..Barangan Berjenama Dilelong RM1
@yanmie, kak yan makan banyak! hahaha mintak je ngn cik min banyak2
wah menarik je…kt harrods klcc ada ye…tringin gk nk try mcm cikmin ckp, cpt terpengaruh kt blog…hehehehe…pttnye ada kwn nk bg rs cz die nk buat tp tk jd katanye keras…ehhehehe..bole tahan regenye
mama tisya´s last [type] ..MamaTisya @Facebook
ritu el ada tgk kt astro cenel food & travel kot
ada chef pompuan tu apa nm nye pun x igt..ana kot nama dia..
dia ada buat macaron ni..tp just bhgin atas/bwh tu yg tgh2 tu xde
tp dia ada sebut macaron pitacho…haaa macaron ni asal dr mn?paris ke?
insyallah kalo mai kl nti nak jugak rs macaron ni
kena simpan duit sikit2..hahahaha
el´s last [type] ..Lauk Express
OMG! agak menarik..tapi yang menarik..dalam kereta pun leh update! hahahaa mmg kak min ni tegar -tegar orangya
SuaraPeople´s last [type] ..3 Hari 3 Malam Ku Tunggu Teksi !!
waa. nak gak. huhu.
RedBoys´s last [type] ..Blog – Isu Plagiat
nasib baikla yuka xder penyakit kronik mcm cikmin tu…heehehe
yuka´s last [type] ..Hari ke-18
@yuka, hahaha…nasib lah kan…
cikmin´s last [type] ..Kisah madu cikmin yang tinggal serumah
macam tak caya ja, cikmin dapat ori dari obersee…jeles tahan power ranger ni..rasanya kat sabah ni ada ker..ciannya!!
floellen´s last [type] ..Kalori dalam Makanan
@floellen, omegod..tak caya ke dear…i’ve paid 13 pounds tau for 8 pcs ..uwaaaaaaa!!
mmg kronik penyakit ko ni nok..
bkn shj pd kesihatan.. juga pada poket…
@kakngah, hahah apada poket ek
suarapeople´s last [type] ..Barangan Berjenama Dilelong RM1
@suarapeople,
erk!
@yanmie,
kalau aku.. 8 ketul sz camtu.. celah gg jek..
kekekeke..
@kakngah, ahahhaa kena buat 800 ah
suarapeople´s last [type] ..Barangan Berjenama Dilelong RM1
@suarapeople,
800???? ko tgk harga dia..
80 ketul pn aku akn fikir 100X sblm beli hahahha!!
lain la kalau ko nak belanja…
@kakngah, nanti kau masuk kelas buta macarons ni ye nok..
cikmin´s last [type] ..Kerabu Taugeh Kerang Simple
aku tggu harrods bukak cawangan kt tanjung baru ada can merasa.. kekekke…
@kakngah, nampaknya tak merasa lah ko nok…
cikmin´s last [type] ..Kerabu Taugeh Kerang Simple
{ 1 trackback }